YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 13 December 2014

WPS Jana Pendapatan Baru Perak



Pembangunan Wilayah Perak Selatan (WPS) yang sedang dirancang oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan menjana pendapatan baru bagi hasil kerajaan negeri Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pembangunan WPS ini yang meliputi daerah Batang Padang dan Hilir Perak akan menyediakan bandar baharu, pertadbiran, perniagaan, hub pendidikan, teknologi ICT dan sebagainya.
"Rasionalnya pembangunan WPS dipilih adalah kerana ia mempunyai sumber tanah, alam semula jadi dan tarikan pelancong sedia ada dan wilayah ini tidak terlibat dengan mana-mana rancangan koridor pembangunan,'' katanya.
Dr Zambry menjawab soalan lisan Datuk Azhar Jamaluddin (BN-Changkat Jong) dalam Persidangan Dewan Negeri Perak pada Jumaat.
Beliau berkata, PKNP sebagai salah satu agensi yang diberi amanah oleh kerajaan negeri untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri Perak juga sentiasa merancang pembangunan bandar-bandar baharu agar setanding dengan negeri-negeri lain.
Namun begitu, katanya lagi, terdapat juga usaha oleh pihak swasta yang memberikan cadangan kepada kerajaan negeri bagi membangunkan projek-projek bandar baharu, termasuk daripada beberapa agensi-agensi negeri seperti Perbadanan Menteri Besar.
Dr Zambry juga memberitahu, PKNP sedang membangunkan Bandar Meru Raya yang berkeluasan 2,400 ekar dan kemajuan pembangunan Bandar berkenaan telah mencapai 80 peratus.
"Bandar Meru Raya telah dibina mengikut kesesuaian geografi, setempat selain menyediakan pusat perniagaan, pentadbiran, tempat kediaman di samping dilengkapi pusat pelancongan antarabangsa,'' katanya.
Selain itu, menurut beliau, PKNP juga sedang merancang untuk membangunkan bandar baharu di Batu Kurau yang dikenali sebagai Bandar Satelit, Bandar Baharu Keramat Pulai di Simpang Pulai, Bagan Datoh dikenali sebagai Rungkup Port City.

No comments:

Post a Comment