YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 15 February 2016

Amaran Keras Kepada Penternak Ayam




IPOH: Kerajaan negeri tidak akan mempertimbangkan permohonan untuk memberi kelulusan kepada mana-mana penternak ladang ayam yang didapati membina ladang ternakan terlebih dahulu sebelum permohonan kelulusan dibuat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri memberi amaran kepada penternak di negeri ini supaya tidak mengambil jalan mudah dengan membina terlebih dahulu tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negeri.
“Andai mereka telah membina dengan mengeluarkan belanja yang besar dan mula menjalankan penternakan tersebut baru permohonan itu masuk dan mereka meminta kerajaan negeri meluluskan tempat penternakan mereka atas alasan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar, kerajaan negeri tidak akan pertimbangkan.
“Ini kerana, sebagai contoh, industri penternakan ayam adalah satu industri yang sensitif terhadap alam sekitar, khususnya kepada kawasan yang berkenaan akibat daripada pembiakan lalat.
“Sebelum mereka bina pusat ternakan tersebut, permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada kerajaan akan membenarkan atau tidak,”katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri, hari ini.
Jelasnya lagi, kerajaan mempunyai dasar-dasar bagi setiap zon-zon yang akan dijadikan atau dipindahkan menjadi kawasan penternakan malah kerajaan negeri sama sekali tidak akan meluluskan dengan begitu sahaja.
“Saya ingin memberi amaran kepada mereka yang mengambil mudah dengan membina terlebih dahulu tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menyuruh mereka menutup tempat-tempat tersebut.
“Ini termasuklah industri-industri atau bidang-bidang penternakan yang mendatangkan masalah dan keresahan dalam kalangan penduduk di kawasan-kawasan tertentu,”tegasnya.
Ulasnya lagi, ianya bukan sahaja melibatkan industri penternakan ayam, tetapi termasuk juga penternakan yang lain.
“Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan berkali-kali dan jawatankuasa bi-partisan telah bermesyuarat.
“Mereka akan membuat kenyataan tentang perkara-perkara yang mereka akan lakukan khususnya bagi membendung masalah lalat,”ujarnya.
Tambah Zambry lagi, kerajaan negeri sudah memberi masa yang cukup kepada penternak dan ada diantara mereka telah mengikut arahan yang telah diberikan.
“Berdasarkan kepada pengezonan yang telah dilakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kita tahu kawasan itu untuk pertanian, perumahan atau sebagainya.
“Ada kawasan-kawasan yang dipilih, mereka membuat ladang-ladang ayam di kawasan yang tidak dibenarkan, maka mereka kena tutup,”ujarnya.

Sunday 14 February 2016

Mesyuarat Agung Persatuan Ketua Kampung Bahagian Bagan Serai







Hari ini Dato Sham Mat Sahat hadir dan merasmikan  Mesyuarat Agung Persatuan Ketua Kampung Bahagian Bagan Serai

Tuesday 9 February 2016

Jualan Khas Sempena Tahun Baru Cina Di Pasar Tani Bagan Serai












Yb sham hari ini hadir dan merasmikan Jualan Khas Sempena Tahun Baru Cina Di Pasar Tani Bagan Serai