YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 25 February 2014

Calon BN DUN Kajang : Kerajaan Selangor Perlu Kerjasama Pusat Tangani Krisis Air


KAJANG 25 Feb - Kerajaan negeri Selangor disaran agar bekerjasama dengan Kerajaan pusat dalam menangani krisis masalah air di negeri Selangor.

Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kerjasama kedua-dua pihak perlu dilakukan untuk tidak mengganggu keperluan penduduk di Selangor.

"Saya menyeru kerajaan negeri supaya berkerjasama untuk berbincang bersama kerajaan pusat supaya masalah kekurangan air dapat diatasi dengan secepat mungkin. Kita mesti perlu ada kerjasama negeri (Selangor) dan kerajaan pusat.

"Jika kita mengambil satu pendekatan untuk tidak berkerjasama, akhirnya yang terjejas adalah rakyat Selangor sendiri. Sebenarnya krisis tersebut dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, hari ini.
 
Rakyat News

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim berkata catuan air di Selangor akan bermula pada hari ini.

Jelasnya, catuan air tersebut bermaksud bekalan air akan disediakan untuk dua hari dan dua hari lagi tanpa air.

"Dengan cara ini, paip air tidak akan kering selama beberapa hari lagi.

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir," katanya

Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok.

Antara kawasan yang terjejas termasuk di Bukit Tampoi, Batu 11 dan Cheras

Kerjasama dan penyatuan daripada pemimpin2 masyarakat di parlimen bagan serai.


Kerjasama dan penyatuan daripada pemimpin2 masyarakat di parlimen bagan serai..Kebajikan penduduk adalah tonggak utama prinsip yang perlu diamalkan oleh semua wakil rakyat tanpa mengira perbezaan parti politik. Semoga penyatuan ini dapat diamalkan dan dikekalkan oleh 2 parti utama melayu ini sehingga ke peringkat pusat.. InsyaAllah

#Lawatan dari Yayasan Bina Upaya dan bantuan membaiki rumah di Dun Selinsing turun hadir CEO Yayasan Bina Upaya Dato Ismail Safian,Ahli Parlimen Bagan Serai YB Dr Azmi dan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Dato Sham Mat Sahat dan juga turut hadir dalam lawatan tersebut YB Hj Husin Adun Selinsing dari PAS.

Monday 24 February 2014

Selawat Perdana Turut Dapat Sokongan Selebriti



KUALA LUMPUR 24 Feb - Sambutan Malam Cinta Allah dan Rasul kini akan dilakukan di Putrajaya dengan menampilkan Habib Syech Bin Abdul Qodir Asseqaf untuk membawa alunan selawat dan qasidah.
 
Golongan selebriti turut membantu mempromosi Selawat Perdana "Malam Cinta Allah & Rasul" di laman peribadi mereka antaranya Facebook, Instagram dan Twitter.
 
Erra Fazira, Fizz Fairuz, Adira AF dan Shila Amzah antara rakan artis yang membantu menghebahkan mengenai program ini.
 
altalt
 
Kali terakhir sambutan ini berlangsung bersama Habib Syech Assagaf berlangsung di Stadium Badminton Cheras yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Selawat Perdana akan diadakan pada hari Jumaat 21 Mac di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya. 
 

Zulkifli Noordin : Kalimah Allah De' Liwat


BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya mengecam keras kenyataan Anwar dan tindakan Gereja Holy Family (GHF) Kajang pada hari Ahad 16 Februari lepas di Gereja Holy Family Kajang (GHF) selepas upacara keagamaan mereka yang menyentuh isu kalimah Allah, yang pada saya adalah sangatlah biadap lagi kurang ajar.

1. Pertama yang saya paling hairan ialah bagaimana pihak pentadbiran GHF Kajang boleh membenarkan kegiatan politiking kepartian dilakukan didalam gereja? Adakah ini bermakna pendedahan saudara Razali Abdul Rahman, bekas aktivis veteran DAP ujudnya konspirasi gereja dan pendakyah kristian dalam politik negara dengan tujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian benar?

Sudah tentu pihak GHF sedar bahawa Anwar telah mewawarkan dirinya sebagai calon untuk bertanding dalam PRK N.25 Kajang pada 23 Mac 2014 ini. Bermakna pihak gereja secara langsung terlibat dalam kempen Anwar untuk meraih undi dan sokongan bagi PRK N.25 nanti.

Cuba bayangkan kalau sebuah Masjid di Kajang memanggil pemimpin UMNO untuk berucap atau berkempen selepas solat Jumaat. Saya cukup pasti puak-puak pembangkang dan sekutu sekongkolnya akan memekak melalak sampai ke Bangsa-Bangs Bersatu!

Selanjutnya, adakah pihak GHF akan membenarkan pihak lain termasuk daripada UMNO, Perkasa, PPIM, ISMA dan lain-lain untuk menyampaikan ceramah didalam Gereja tersebut dihadapan penganut kristian selepas upacara keagamaan mereka?

Mungkin elok UMNO, Perkasa atau Ibrahim Ali meminta pihak GHF ruang untuk berbuat sedemikian dalam masa terdekat ini, dan kita lihat apa respon mereka nanti! Adakah mereka pengamal politik hipokrit atau benar-benar melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara secara adil dan saksama.

Apapun, kalau niat dan tujuan pihak GHF adalah untuk melibatkan diri secara langsung dalam politik kepartian, saya tiada pilihan melainkan mengutuk keras tindakan GHF yang mencampuri urusan politik kepartian dan pilihanraya negara.

Bermakna pendedahan oleh Ustaz Muhamad Al-Amin mengenai penglibatan gereja secara langsung dalam politik kepartian terutama pembangkang seperti yang terkandung dalam risalah Rainbow Nation yang ditemui beliau di Jerusalem adalah benar! (sila rujuk www.ustazamin.com)

2. Kedua, kenyataan Anwar bahawa akibat pelarangan penggunaan kalimah Allah terhadap kristian, maka kaum kristian tidak boleh menyebut alhamdulillah tetapi alhamduliLord. Kenyataan ini adalah bukti betapa dangkal dan jahilnya Anwar dalam perkara ini. Samada kenyataan ini menunjukkan satu tahap kebodohan melampau atau pengamalan pendirian politiking matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan Machiavelli sendiri menangis terkejut!

3. Ketiga, kenyataan Anwar ini jelas memperlekeh titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah kecuali melalui cara yang dibenarkan Islam, iaitu Allah itu Satu, Maha Esa! Rasanya Tuanku Sultan Selangor telah mengeluarkan titah yang sangat jelas dalam isu ini. Perlakuan Anwar ini dengan sengaja melanggar titah Tuanku Sultan.

Apatah lagi Tuanku Yang DiPertuan Agong sendiri telah mengeluarkan titah yang sama melarang penggunaan kalimah Allah selain daripada Islam!

4. Keempat, tindakan Anwar dan GHF ini jelas melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988. Ianya menggalakkan penganut kristian untuk melakukan kesalahan jenayah!

5. Kelima, kenyataan Anwar berkaitan penggunaan kalimah Allah ini juga berbaur hasutan kerana menghasut penganut kristian melanggar undang-undang negara, tidak menghormati titah Tuanku Sultan Selangor, bercanggah dengan roh dan semangat Rukunegara, dan membelakangkan keputusan Mahkamah Rayuan.

6. Keenam,  kenyataan Anwar mempertahankan tuntutan pendakyah kristian untuk menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bibel versi bahasa Melayu jelas bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS dan pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr. Haron Din dan mantan Ketua Dewan Ulama' PAS Allahyarham Datuk Harun Taib. Ini adalah satu penghinaan kepada rakan sekongkol yang banyak membantu Anwar selepas dipecat daripada UMNO atas pertuduhan meliwat dan amalan seks bebas!

7. Ketujuh, tindakan biadap Anwar ini dan penglibatan pihak GHF pasti akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam. Ini adalah kerana isu ini membabitkan aqidah umat Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan; satu pendirian yang turut dikongsi oleh Majlis Syura' PAS dan para ulama didalam PAS. Sudah pasti jika tidak dicegah dan dibendung, ianya boleh membawa kepada konflik keagamaan yang serius yang boleh menjejaskan dan mengancam keharmonian antara agama dan keselamatan negara!

Saya berasa hairan mengapa Anwar masih beriya-iya mahu mempertahankan tuntutan pendakyah krsitian disini mahu menterjemahkan perkataan God kepada Allah sedangkan seorang penganut tegar kristian, Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri Air, Tenaga & Teknologi Hijau menyatakan sebaliknya.

"Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu bukan KRITIKAL malah tidak menggunanya tidak akan menjejas kualiti pengamalan agamanya.


Akhbar Daily Express, 7 Feb 2014, melaporkan bahawa Maximus “became the first Christian Minister in the Federal Cabinet to openly distance himself from the church action of seeking a court solution on the use of the word “Allah” in Christian worship”.


Maximus laporkan berkata:  “… if ‘Allah’ is critical in my prayers, then I can understand the sentiment. But if other words carry the same meaning (in addressing God), then I will not want to hurt others whose views are different from mine …”

“Besides Allah, I can always address God as Bapa Syurga in Bahasa, my native dialect ‘Kinorohingan’ Bapa Syruga, or Latin/Hebrew Jehovah, Yahweh and Trinity God in English. Using such terms does not in any way affect the quality of my worship.”


Kata-kata sebegini datangnya dari seorang yang beragama Kristian yang memperakui bahawa nama suci Allah itu bukan suatu istilah yang “KRITIKAL” dalam upacara keagamaan Kristian. Inilah juga yang disebut dalam penghakiman yang dibuat oleh Hakim Zawawi Haji Salleh dalam rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tahun lalu, bahawa penggunaan nama suci Allah itu bukan suatu yang integral yang dimestikan penggunaannya dalam ajaran Kristian" (sila rujuk http://akarimomar.wordpress.com/2014/02/17/perspektif-berbeza-dari-dua-pejuang-untuk-orang-kristian/)."

Begitu juga apabila pihak media antarabangsa menyiarkan lapuran mempertikaikan tindakan Pope Benedict kononnya menggunakan kalimah Allah semasa berucap di dataran St. Peters pada 10.10.2012 merupakan penyebaran syiar Islam, pihak Vatican dengan segera menafikannya.

Pope Benedict-Rabb not Allah"Kalau Pope sendiri menolak penggunaan nama khas Allah untuk orang Kristian, kenapa ada orang Melayu Islam kita yang bersungguh menuntut sesuatu yang Pope Kristian sendiri tolak?


Pope Benedict pula sebagai ketua tertinggi Kristian tersebut bertegas membetulkan laporan media antarabangsa yang memetik ucapannya di dataran St. Peters pada 10 Okt 2012.

Sebuah media antarabangsa melaporkan bahawa Pope Benedict menyebut nama suci Allah dalam ucapannya tersebut seolah-olah telah menaikkan syiar Islam di pusat pentadbiran Vatican.


Laporan tersebut telah membuat pihak Vatican segera membantah serta membetulkan laporan tersebut bahawa Pope tidak menyebut Allah tetapi menyebut Al-Rabb apabila memetik satu ayat didalam bahasa 'arab. Kenapa perlunya Pope betulkan laporan yang mengatakan beliau menyebut Allah kalau benar dakwaan kristian berhak mengguna-pakai kalimah Allah? Pendirian ini jelas bercanggah dengan tuntutan ekstremis Kristian di Malaysia ini bersungguh-sungguh mahu menggunakan nama suci Allah? (sila rujuk www.akarimomar.wordpress.com)."

Oleh itu, saya mendesak pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim dan pihak pengurusan dan pentadbiran Gereja Holy Family Kajang berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988, dan/ atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dan/ atau Akta Hasutan, dan/ atau mana-mana peruntukkan undang-undang lain yang berkaitan.

Mutakhir ini kita dilihat terlalu berlembut dan bertolak ansur dalam isu membabitkan penghinaan terhadap Islam dan bangsa Melayu. Setakat ini belum ada sebarang tindakan tegas dan konkrit diambil terhadap mereka-mereka dan mana-mana pihak yang secara jelas dan terang melanggar dan mencabul undang-undang negara, terutama dalam kes membabitkan penghinaan dan pencabulan terhadap Islam.

Sampai bila umat Islam mahu disuruh bersabar? Adakah sehingga nasi sudah menjadi bubur? Adakah sehingga umat Islam mengambil tindakan sendiri kerana sudah hilang keyakinan kepada pihak berkuasa?

Janganlah sampai keadaan sudah tidak boleh terkawal baru kita terhegeh-hegeh mahu mengambil tindakan. Kerajaan wajib meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan daripada populariti dan sindrom ketagihan undi!

Sunday 23 February 2014

Pemberian BR1M Bukan Rasuah



KUALA LUMPUR 24 Feb - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan bukannya satu bentuk rasuah seperti dakwaan segelintir pihak.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu rasuah dan tidak mematuhi syariah Islam tidak sepatutnya timbul kerana hasrat kerajaan memberi bantuan itu terlebih dahulu dibentangkan dan diperbahaskan di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan bagi Bajet 2014.
 
"Sepatutnya orang yang arif dan waras tidak perlu menimbulkan isu ini.
 
Sebelum BR1M ini dibentangkan dalam belanjawan negara pada Oktober tahun lepas, ia dibincangkan, diperdebatkan, diperbahaskan dan kemudian dimuktamadkan di Parlimen.
 
"Maknanya semua yang diberi ini bukan tiba-tiba muncul tapi diberikan melalui pendekatan pembentangan bajet. Apabila pembentangan bajet diluluskan di Parlimen maka tidak timbul soal rasuah untuk pancing undi atau tidak ikut syariah," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan pelancaran Zon Hijau di sini. -

Saturday 22 February 2014

Hina Sultan : 11 Mac Tarikh Hukum Karpal




KUALA LUMPUR 22 Feb - Mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadap peguam Karpal Singh akan berlangsung pada 11 Mac ini sebagai tarikh baru selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
 
Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP mengesahkan tarikh itu kepada BERNAMA ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini. 
 
Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman. 
 
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, beliau dimaklumkan secara lisan tarikh baharu itu oleh Timbalan Pendaftar hari ini kerana hakim perbicaraan Datuk Azman Abdullah yang bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Baharu, tidak dapat hadir pada tarikh awal itu. 
 
Karpal Singh, 73, didapati bersalah pada Jumaat lalu, mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah. 
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. 
 
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal Singh menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun. 
 
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan. 
 
Dalam perkembangan berkaitan, Karpal Singh juga memberitahu BERNAMA jika sabitannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan (Mahkamah Rayuan dan Persekutuan) beliau tidak boleh mengekalkan jawatan Pengerusi DAP. 
 
Beliau berkata, perlembagaan parti tidak membenarkan individu yang disabitkan dengan sebarang pertuduhan jenayah memegang atau menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan parti. 
 
Karpal Singh merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. 
 
Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004. 
 
Bagaimanapun, Karpal Singh menegaskan beliau boleh meneruskan amalan guamannya kerana kesalahan yang dihadapinya itu tidak termasuk dalam tafsiran 'salah laku profesional' seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 94 Akta Profesion Undang-Undang 1976. 

Friday 21 February 2014

Kassim Ahmad Dinasihat Bertaubat



KUALA LUMPUR 20 Feb - Bekas aktivis politik, Kassim Ahmad dan umat Islam yang bersetuju dengan ucapannya dalam Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu diminta bertaubat kerana jelas ia bercanggah dengan ajaran Islam.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ucapan Kassim yang bertajuk "Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang" itu mengandungi pemikiran yang boleh merosakkan akidah dan membawa kepada murtad.
 
"Asasnya beliau bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa Arab dan ilmu usul Fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum, sebaliknya beliau hanya menggunakan ilmu logik dan ilmu bahasa yang mudah sifatnya," katanya kepada pemberita.
 
Kassim dalan sesi seminarnya mempertikaikan dua kalimah syahadah sebagai mendewa-dewakan NabiMuhammad SAW, selain mempersolakan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekehkan wanita berhijab.
 
Tambah Harussani,  mempertikaikan dua kalimah syahadah adalah perkara yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kerana ini bertentangan dengan hadis Nabi serta mempertikaikan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah juga bertentangan dengan ajaran Allah dalam Al-Quran - ayat 29 surah al-Fath.
 
"Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu...adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril," katanya.
 
Harussani berkata mempertikai selawat ke atas Nabi juga bertentangan dengan firman Allah dalam ayat 56, surah Al-Ahzab.

Program bersama CEO YBU DATO ISMAIL SAFIAN di Dun Selinsing turut di hadiri oleh Yb sham











Hari ini yb sham dan dato ismail safian turun padang di dun selinsing untuk memberi bantuan yayasan bina upaya kepada penduduk yang memerlukan.........

Thursday 20 February 2014

BONGKAR !!! #DAP CUBA CETUSKAN RUSUHAN DI #PULAUPINANG ??? WAJIB BACA !!!



Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali kali.Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat- menghormati dalam hubungan antara kaum.Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan  hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap ‘tidak-apa’ terhadap  setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap ‘tidak apa’ satu pihak telah diambil mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.13 Mei bukan berlaku secara  spontan,tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU  1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok  makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik,pastinya sebagai  bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut,pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap  kerajaan. 

Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama,meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri  mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.Sementara itu,orang-orang Melayu  masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima  sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan  pengorbanan mereka.Kini,sejarah ini telah berlalu,namun,beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.Malah,antara yang ditangkap sebagai penghasut,iaitu Lim Kit Siang mendapat  tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.Anaknya juga kini berjaya  menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.   

Seperti yang kita sedia maklum,Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana  mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.Apa yang jelas kelihatan hari  ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti  DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.Lebih buruk lagi,Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan  pihaknya.Hari ini,dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung  atau melalui proksi,maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa  kononnya UMNO lah yang memulakan 13 Mei.Untuk itu,Kit Siang memerlukan agar 13 Mei  berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.Sekiranya benar,bagi menjayakan matlamat ini,Kit Siang perlu menaikkan kemarahan  orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   

Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.    Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di  dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan  hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.DAP pastinya tahu,bahawa jika mereka  ingin mengulangi 13 Mei,maka inilah masanya.Maka tidak hairanlah,sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang,DAP mula menunjuk  bongkak.Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa  tapisan.DAP seolah-oleh berkata ‘aku berkuasa,apa yang kamu boleh buat ???’DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan  berbagai cara.Di masa yang sama,DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan  penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.    

Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk  kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan  panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang  Melayu.Tidak cukup dengan itu,DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan  Islam.Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta ‘bersiri’.Apabila saja terdapat tindak balas dari orang-orang Melayu,maka DAP akan menuduh orang- orang Melayu sebagai ekstrem,radikal serta rasis.Akhir-akhir ini,Lim Kit Siang dilihat  lebih ‘agresif’ lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai ‘kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem’.Hakikatnya,yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.Kit Siang adalah ekstremis Cina  yang berlindung di sebalik nama ‘rakyat yang berjiwa Malaysia’,walhal seluruh perjuangannya  adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus  peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara,iaitu ‘kaum Cina’.  
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis  dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi  kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.Jika benar Melayu itu ektremis  dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi  pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan  ini terhadap kerajaan.Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan,buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu  sekolah untuk semua kaum.Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus  pendidikan nasional.Oleh itu,fikirkanlah sendiri,siapa yang bongkak,siapa yang rasis,siapa yang ekstrimis dan  siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Ketua Bahagian DAP Mati Ditembak


MANJUNG 20 Feb -  Ketua Bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini, malam tadi. 
 
Mangsa, Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya kira- kira jam 10 malam. 
 
Ahli keluarga mangsa membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak. 
 
Terdapat empat kesan tembakan pada tubuh mangsa

Wednesday 19 February 2014

PM : Jangan Biar Anak Terjebak dengan Dadah


KUALA LUMPUR, 19 Feb - Rakyat Malaysia disaran agar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, memberi perhatian kepada perasaan dan kehendak anak-anak dan sentiasa berkomunikasi agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerjasama semua pihak juga perlu bagi menjadikan komuniti di negara ini selamat daripada ancaman dadah supaya anak-anak dapat membesar dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berjaya.

"Kerajaan prihatin dengan masalah dadah yang selalunya berpunca daripada kepincangan institusi keluarga. Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar memastikan keluarga kita mengamalkan kehidupan yang sejahtera.

"Saya percaya situasi ini akan menghindarkan anak-anak atau orang yang anda sayangi daripada terlibat dengan masalah dadah," katanya dalam perutusan sempena Hari Antidadah 2014 bertemakan 'AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) Prihatin, Rakyat Sejahtera' yang akan disambut hari ini.

Beliau menjelaskan, setiap ibu bapa dan anggota keluarga perlu prihatin dengan perubahan tingkah laku anak-anak agar pencegahan awal dapat dilaksanakan kerana penyalahgunaan dadah cenderung untuk berlaku di dalam rumah sendiri.

Katanya penyalahgunaan dadah dalam kalangan klien yang mendapatkan rawatan dan pemulihan terutama di Klinik Cure and Care 1Malaysia menunjukkan masalah itu telah bermula seawal umur 10 tahun.

"Luangkanlah masa yang berkualiti dengan anak-anak, hormatilah perasaan dan pendapat mereka serta didiklah mereka mengenai kesan buruk dadah supaya mereka mendapat maklumat yang betul," katanya. Beliau berkata kehidupan yang tidak bahagia dan tidak selesa di rumah menjadikan kanak-kanak dan remaja terus terdedah dengan masalah penyalahgunaan dadah kerana kepercayaan kepada ibu bapa sangat sedikit berbanding dengan pengaruh rakan sebaya.

Najib turut berkata, kajian ke atas kos ekonomi penyalahgunaan dadah oleh pengkaji dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2009 mendapati sejumlah RM8.65 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan melalui kos langsung dan tidak langsung.

"Sekiranya kos tersebut digunakan untuk membina sekolah menengah kebangsaan berkapasiti 1,200 orang pelajar, kerajaan berupaya menyediakan 216 buah sekolah dan sebanyak 259,200 pelajar boleh mendapat faedahnya.

"Pada hemat saya, sekiranya kita berjaya menangani masalah penyalahgunaan dadah secara bersama, sudah pasti kos seperti ini boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting dan memberi manfaat kepada semua rakyat," katanya. Najib berkata kerajaan komited dan bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih prihatin dan mesra serta memenuhi keperluan setiap pelanggan.

Selain Klinik Cure and Care 1Malaysia, beliau berkata kerajaan juga menyediakan perkhidmatan perubatan, rawatan dan pemulihan dalam komuniti di Cure and Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH) yang merupakan pusat aktiviti harian yang menyediakan perkhidmatan bimbingan, khidmat nasihat serta rujukan dan advokasi kepada masyarakat setempat yang mempunyai masalah dadah.

Beliau turut menyeru agar anggota komuniti menyertai sukarelawan antidadah AADK yang dikenali sebagai SKUAD 1Malaysia untuk memberi bantuan kepada orang atau anggota keluarga mereka yang mempunyai masalah dadah.

"Sehingga kini, skuad itu mendapat keanggotaan berjumlah 223,201 orang di seluruh negara dan 80.5 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan remaja dan belia yang berusia 15 hingga 39 tahun," katanya.

 Najib juga mengucapkan tahniah dan menghargai sumbangan yang diberikan kepada semua badan-badan bukan kerajaan, jabatan dan kementerian atas segala usaha membanteras masalah dadah di negara ini.

Hina Sultan : Nasib Karpal Singh Ditentukan Jumaat Ini


KUALA LUMPUR 19 Feb - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal menentukan nasib Karpal Singh Jumaat ini berhubung tindakannya yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam pentadbiran kerajaan kuasa negeri pada 2009 lalu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa di bawah Seksyen 4(1)B, Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggap sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (pada ketika itu) supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April 2009, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Tindakan biadap Karpal mendapat tentangan daripada kepimpinan UMNO kerana ia bukan sahaja dilihat sebagai menghina malah mencabar kedudukan dan kedaulatan sultan.
Namun, Karpal yang juga Pengerusi DAP berkata beliau tidak berniat untuk menghina Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Jamry.
Karpal telah didakwa menyebut kata yang berunsur hasutan pada sidang media yang diadakan di pejabatnya Tetuan Karpal Singh & Co, di Jalan Pudu Lama di sini, antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.
Sebanyak 103 laporan polis telah dibuat dari 7 hingga 24 Februari 2009 seluruh Semenanjung Malaysia yang menyatakan ketidakpuasanhati terhadap Karpal.
Nasib Karpal akan ditentukan Jumaat ini dan jika beliau didapati bersalah,kerusi parlimen Bukit Gelugor terpaksa dikosongkan dan secara tidak langsung pilihan raya kecil akan diadakan.
Namun, Karpal tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu walaupun sedar kariernya akan musnah jikadia didapati bersalah.