YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 23 February 2014

Pemberian BR1M Bukan Rasuah



KUALA LUMPUR 24 Feb - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan bukannya satu bentuk rasuah seperti dakwaan segelintir pihak.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu rasuah dan tidak mematuhi syariah Islam tidak sepatutnya timbul kerana hasrat kerajaan memberi bantuan itu terlebih dahulu dibentangkan dan diperbahaskan di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan bagi Bajet 2014.
 
"Sepatutnya orang yang arif dan waras tidak perlu menimbulkan isu ini.
 
Sebelum BR1M ini dibentangkan dalam belanjawan negara pada Oktober tahun lepas, ia dibincangkan, diperdebatkan, diperbahaskan dan kemudian dimuktamadkan di Parlimen.
 
"Maknanya semua yang diberi ini bukan tiba-tiba muncul tapi diberikan melalui pendekatan pembentangan bajet. Apabila pembentangan bajet diluluskan di Parlimen maka tidak timbul soal rasuah untuk pancing undi atau tidak ikut syariah," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan pelancaran Zon Hijau di sini. -

No comments:

Post a Comment