YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 14 February 2014

Protes di Pulau Pinang : Umat Islam Bantah Kebiadaban Teresa Kok



Pulau Pinang 14 Feb - Umat Islam dan Melayu Pulau Pinang hari ini membakar poster Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai simbol membantah penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan perkauman.

Wakil protes, Salleh Ismail berkata video berdurasi hampir 11 minit 39 saat itu turut menggambarkan seperti masyarakat Sabah merupakan daripada keturunan lanun.

"Ia merupakan respon kami terhadap video tersebut. Teresa turut memberikan alasan dengan menggunakan dua bahasa yang berbeza.

"Disamping itu, dalam video itu dia (Teresa) seperti menggambarkan masyarakat Sabah merupakan daripada keturunan lanun," katanya ketika dihubungi wartawan Rakyat News, hari ini.
 
Rakyat News

Himpunan protes tersebut dilakukan di perkarangan Masjid Umar Bin Aktab, Bayan Baru selepas selesai bacaan doa solat Jumaat.

Video Teresa yang mengandungi perkataaan 'Malaysi' yang membawa maksud Melayu Mati itu turut menyebabkan para protes membantah penerbitan video tersebut.

Himpunan protes tersebut turut dilakukan  selepas para jemaah menunaikan solat Jumaat di Johor, Kedah,Perlis, dan Shah Alam.
 
Rakyat News

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan sedang menyiasat kandungan video yang diterbitkan bersempena sambuta Tahun Baharu Cina itu.

Polis juga telah memanggil Teresa Kok dan ketiga-tiga pelakon video tersebut bagi mendapatkan keterangan.

Klip video berdurasi hampir 11 minit 39 saat itu didakwa telah menghina pemimpin negara dan beberapa isu semasa termasuk insiden di Lahad Datu.

Berkonsepkan bual bicara, video tersebut turut mendapat kecaman dari pelbagai pihak susulan dakwaan terdapat ungkapan 'Melayu Sial'. Foto - Wakil Protes Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment