YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 28 February 2015

Melawat Pondok & Rumah Usang








Hari Ini Dato Sham Mat Sahat Melawat pondok & rumah usang yang dicadangkan untuk bina baru oleh pihak Baitulmal di Kg Abu Hassan Ban.Insyallah kami akan buat yang terbaik demi kesejahteraan rakyat di sini amin.


Friday 27 February 2015

Mendengar Permasalahan Peneroka Tanah Di Batu 38 Jalan Keretapi.










Dato' Sham Mat Sahat dan Dato' Hamzah Hussin, DO Kerian serta Pejabat Tanah Kerian mendengar permasalahan peneroka tanah di Batu 38 Jln Keretapi.Insyallah kami akan buat yang terbaik 

Thursday 26 February 2015

Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara ini mungkin tidak dapat mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkannya jika diukur pencapaian ekonomi Malaysia pada masa ini.
Menurutnya, ini kerana untuk mencapai Wawasan 2020, negara bukan sahaja diukur melalui pendapatan per kapita rakyat tetapi melibatkan kemajuan dalam pelbagai sektor.
“Kalau kita ada nisbah lima orang kaya dengan 1,000 orang miskin boleh dikira sudah baik.
“Jadi untuk capai sasaran ini kita perlu majukan pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, industri serta pengetahuan. Macam-macam pengetahuan kita perlu ada untuk kita capai (status) negara maju,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan bertajuk Dilema Rakyat Malaysia di satu forum sini, semalam.
Beliau berkata, pada masa ini, ramai yang salah faham bahawa hanya ukuran pendapatan rakyat yang perlu dilihat untuk menentukan sama ada Malaysia sudah mencapai negara maju.
“Kita lihat (ukuran status negara maju) dibuat hanya bersandarkan kepada pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja.
“Ukuran kepada negara maju bukan semata-mata berkaitan dengan anggaran keseluruhan pendapatan (kerana) itu hanya mengambil kira purata sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya sebelum itu turut menggesa golongan sederhana supaya lantang menentang golongan ekstremis di negara ini.
“Saya pernah katakan golongan sederhana lebih ramai daripada ekstremis tapi golongan tersebut (sederhana) tidak mengendahkan apa yang dikatakan kumpulan ekstremis hingga membuatkan ekstremis menguasai masyarakat.
“Oleh itu adalah penting bagi golongan sederhana untuk memastikan suara mereka didengar. Mereka perlu melakukannya (bersuara) untuk diri sendiri,” katanya.
Menurutnya, beliau juga pernah dilabel sebagai ekstremis sepanjang pemerintahannya kerana beliau lantang mengkritik golongan pelampau.
“Saya dikatakan seorang ekstremis apabila cuba melawan ekstremis lain tetapi saya ada sokongan semua pihak, Melayu, Cina dan India selama menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
“Ada orang mengecam saya, ada juga yang simpati. Orang Melayu pada waktu itu tidak menyokong BN kerana mereka kata saya diktator,” katanya.-sinar harian

Wednesday 25 February 2015

MB Hadir Jamuan Makan Sempena Tahun Baru Cina




Menteri Besar Perak hari ini telah menghadiri Majlis Jamuan Makan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2015.
Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Perak (Perak Chinese Assembly Hall) di Hotel Impiana di sini, kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
PERAK TODAY 3 (6)
Turut hadir sama Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Mah Hang Soon dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk S K Devamany.
PERAK TODAY 4 (1)
Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira hampir 300 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, Melayu dan juga India.
Ia telah diserikan dengan persembahan tarian singa, jamuan yee sang dan juga persembahan nyanyian lagu-lagu terkenal Cina.
PERAK TODAY 5 (1)

Tuesday 24 February 2015

Monday 23 February 2015

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP



Jemputan untuk semua memeriahkan lagi PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP ANTARA CAWANGAN ZON BT3 PARIT JAWA dan ZON PANDAK PUTEH Anjuran PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI bersama JKKK KG NIBUNG HANGUS..

Sunday 22 February 2015

Bantuan Kepada Mangsa Ribut







Dato Sham melawat bencana ribut petang semalam di kampung alor kubu dan memberi bantuan kepada keluarga mangsa ribut.Dengan Adanya bantuan ini dapat meringankan bebanan keluarganya..

Saturday 21 February 2015

Selamat Tahun Baru Cina





Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada warga buddha di sekitar bagan serai serta Malaysia Dari Dato Sham Mat Sahat.Semoga semangat 1 Malaysia di perkukuhkan selamanya...

Friday 20 February 2015

Rumah Projek Mesra Rakyat Hadiah Tahun Baru Cina


Seorang warga emas, Lam Seiw Cheong, 75, menyifatkan projek pembaikan rumahnya di Kampung Baharu, Bukit Merah, Ipoh di bawah Projek Mesra Rakyat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai hadiah sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Katanya, projek itu berjaya mengubah masa depannya berbanding sebelum ini yang terpaksa tinggal di rumah usang yang sering dimasuki air hujan kerana atapnya bocor dan dinding reput akibat dimakan anai-anai.
"Saya tidak perlu bimbang lagi kerana rumah saya sudah berada dalam keadaan sempurna hasil pertolongan pihak TNB bagi membolehkan saya menyambut Tahun Baru Cina bersama empat orang anak dan tujuh cucu kesayangan saya," katanya.
Lam, bekas mekanik sebuah kilang di Ipoh berkata demikian kepada pemberita di Majlis Keraian Projek Mesra Rakyat TNB Peringkat Negeri Perak 2015 di rumahnya di Kampung Baharu, Bukit Merah, Ipoh pada Selasa.
Pada majlis itu, Lam menerima kunci rumah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Perak, Datuk Mohd Zahir Md Nagor.
Zainol dalam ucapannya berkata, usaha TNB membantu memperbaiki kediaman golongan sasaran antaranya warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin perlu dicontohi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.
"Ini bagi membolehkan golongan sasaran seperti warga emas dan golongan miskin mengharungi kehidupan dengan lebih sempurna dan selesa," ujarnya.
Terdahulu Mohd Zahir pula berkata, bagi negeri Perak sebanyak dua buah rumah milik dua warga emas telah diperbaiki pada tahun ini yang menelan kos berjumlah RM40,000.
Katanya, dua warga emas itu ialah M. Appasamy dari Buntong dan Lam Seiw Chong dari Kampung Baharu Bukit Merah, Ipoh.

Thursday 19 February 2015

BAIDURI Beri Sumbangan Tahun Baru Cina Di Batu Gajah



Mengambil kira Sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan masyarakat Tionghua tidak lama sahaja lagi, Badan Amal Dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) sekali lagi tampil memberikan keceriaan dengan penyampaian sumbangan di daerah Batu Gajah.
Kunjungan pertama bertempat di Tadika Meriah Ria dan disusuli dengan lawatan ke Hospital Batu Gajah, kedua-duanya melibatkan penyampaian sumbangan dan 'angpau' sebagai simbolik kepada perayaan tersebut.
Pengerusi BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli ketika ditemui berkata, penganjuran program itu sudah menjadi aktiviti tahunan badan itu setiap kali menjelang musim perayaan di negeri ini.
"Kebiasaannya, apabila tiba musim perayaan, BAIDURI akan turun ke daerah yang belum pernah kami lawati dan pada tahun ini kami ke Batu Gajah untuk sumbangan Tahun Baharu Cina.
"Hari ini kita beri 'goodies' dan 'angpau' tidak mengira kaum samada Cina, Melayu atau India, kita faham pesakit yang ada di hospital ini mungkin berasa sedih dan tujuan utamanya untuk berikan kegirangan pada mereka.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang saling memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program ini," kata Saripah.
Seramai 35 pesakit menerima sumbangan tersebut dengan melibatkan 4 buah wad termasuk wad kanak-kanak, bersalin dan pemulihan.
Rata-rata pesakit yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan keprihatinan pihak BAIDURI mengunjungi mereka.
Choong Poi Foun, 43, yang menerima rawatan akibat dari kemalangan jalan raya baru-baru ini berkata, kunjungan itu sedikit sebanyak mengembirakan dirinya dan pesakit lain.
"Seronok dapat jumpa ramai orang hari ini, terima kasih dengan sumbangan BAIDURI," katanya yang tidak sabar menyambut perayaan besar itu bersama kaum keluarga.
Chee Na Gu, 63, yang juga salah seorang pesakit kelihatan ceria ketika menerima sumbangan tersebut.
"Walaupun tidak dapat beraya seperti biasa di rumah, saya tetap ada isteri sebagai peneman di sini. Terima kasih dengan lawatan dan sumbangan ini,"katanya.
Terdahulu, Saripah bersama ahli BAIDURI menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 52 orang murid Tadika Meriah Ria, disamping penyerahan buah limau kepada para penerima.


Wednesday 18 February 2015

Lubuk Timah Hotspring Tarikan Terbaharu Pelancongan



Lubuk Timah Hotspring yang terletak di Simpang Pulai, Ipoh, mampu menjadi satu lagi tarikan pelancongan terbaharu di negeri Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kedudukannya yang strategik antara Ipoh dan Cameron Highlands mampu menjadi tumpuan pelancong yang berulang-alik antara kedua-dua tempat itu.
Sehubungan itu, beliau berharap syarikat yang menguruskan pusat rekreasi itu, Pusat Rekreasi Lubuk Timah Sdn Bhd dapat meningkatkan kemudahan yang disediakan, sekaligus menarik lebih ramai pengunjung.
"Bagi masyarakat kota, pusat rekreasi inilah yang menjadi tumpuan keluarga setiap hujung minggu, tambah-tambah lagi apabila pihak pengurusan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti chalet, surau dan sebagainya, sudah tentu ia menarik lebih ramai pengunjung, termasuk dari luar Perak," katanya ketika merasmikan pusat rekreasi itu pada Ahad.
Hadir sama Pegawai Daerah Batu Gajah, Tarmidzi Abd Manap, Pengerusi Eksekutif Pusat Rekreasi Lubuk Timah Sdn Bhd, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim dan Pengarah Urusannya, Fadzil Datuk Wira Mohd Yusoff.
Tarmidzi memberitahu, pengurusan pusat peranginan seluas 3.095 hektar itu telah diserahkan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2014.
Sementara itu, Mohd Yusoff memberitahu, program pembangunan Lubuk Timah Hotspring akan dilaksanakan dalam empat peringkat yang melibatkan kos antara RM15 juta dan RM20 juta dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
Menurut beliau, melalui pembangunan fasa pertama yang telah dirasmikan itu, pihaknya menyediakan enam chalet berharga antara RM113 dan RM313 semalam di samping kemudahan lain seperti surau, wakaf dan gerai.
Bagaimanapun, kata beliau, apabila siap sepenuhnya kelak, pusat rekreasi itu mungkin mempunyai 100 bilik dari pelbagai kategori termasuk dewan serbaguna, hostel dan bajet chalet berharga antara RM50 dan RM80 semalam.
Mohd Yusoff berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan pihak Felcra untuk menaik taraf jalan masuk sepanjang 800 meter dari jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands ke pusat rekreasi itu.
"Kami berharap pusat rekreasi ini juga dapat dimasukkan ke dalam peta pelancongan negeri Perak bagi menarik lebih ramai pelancong," katanya sambil memberitahu kira-kira 1,300 orang mengunjungi pusat itu pada hari-hari hujung minggu.
Beliau memberitahu, ketika lawatan ke empangan di kawasan itu, Dr Zambry telah meminta pihak Pejabat Daerah menjalankan kerja-kerja baik pulih empangan itu yang telah pecah di kedua-dua bahagian kiri dan kanannya.
Katanya, memandangkan beberapa kemudahan telah dinaiktaraf, pihaknya mengenakan bayaran masuk sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Mereka yang ingin membuat tempahan boleh melayari facebook PUSAT REKREASI LUBUK TIMAH atau laman sesawang www.pusatrekreasilubuktimah.com untuk keterangan lanjut.


Tuesday 17 February 2015

JOM SERTAI AKADEMI BOLA SEPAK PEMUDA SETIAKAWAN BAGAN SERAI



ANDA mempunyai anak lelaki berumur 11 tahun ke bawah... Adakah anda ingin anak anda menjadi pemain bola sepak profesional.. Kami mempunyai jurulatih yang berpengalaman untuk mencungkil bakat anak-anak anda....jom sertai AKADEMI BOLA SEPAK PEMUDA SETIAKAWAN BAGAN SERAI

Monday 16 February 2015

Program Ziarah Umno Bahagian Bersama YB. Dato' Sham Mat Sahat








Program Ziarah Umno Bahagian Bersama YB. Dato' Sham Mat Sahat mengeratkan hubungan rakyat dengan pemimpin,Tiada Tertinggal dan Tiada Yang Terpinggir.

Sunday 15 February 2015

Jom Bersenam




Hari ini Dato Sham bersama warga bagan serai bersenam aerobik untuk megalakkan mereka aktif dan sihat bersukan..

Thursday 12 February 2015

Wednesday 11 February 2015

Jom Pakat Datang Semua!!!!!



Jemputan untuk semua program sihat & cergas Pemuda Setiakawan Bagan Serai.. Datang jangan x datang ye....

Tuesday 10 February 2015

Monday 9 February 2015

Dr Zambry Kecewa Projek ICC Lewat Daripada Jadual



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) kecewa kerana kemajuan projek itu lewat daripada jadual.
Dr Zambry berkata, projek itu yang sepatutnya siap dalam masa terdekat, tetapi hanya 50 peratus siap setakat ini.
Menurutnya, beliau telah pun memanggil pihak yang bertanggungjawab iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan pemaju untuk mengetahui permasalahan sebenar berhubung projek tersebut.
Katanya, beliau telah pun mendapatkan maklum balas dari pihak yang terbabit dan kerajaan negeri telah mengarahkan supaya tidak ada lagi kelewatan bagi menyempurnakannya.
"Ia merupakan salah satu daripada mercu tanda daripada apa yang telah kita rancang bagi menjadikan negeri Perak sebagai pusat untuk konvensyen pameran yang bersifat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, demikian semasa mengadakan lawatan dan tinjauan mengejut di tapak pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pada Isnin.
Dr Zambry menegaskan, pembinaan itu penting dalam usaha memajukan negeri ini memandangkan ICC nanti mampu menarik minat orang ramai dari serata pelusuk negeri.
"Sepatutnya projek ini sudah hampir siap dalam beberapa bulan lagi dan harapan saya supaya ia disiapkan penghujung tahun ini, apabila siap sahaja tentunya negeri Perak akan menjadi lokasi pilihan mana-mana pihak untuk adakan program mereka
"Sebab itu saya nyatakan kita panggil pihak pemaju dan MBI untuk duduk berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi , kita mahu masalah teknikal melibatkan kedua belah pihak diselesaikan dengan kadar segera," katanya.

Sunday 8 February 2015

Kami Juga sokong, Ketua Umno Bahagian Bagan Serai



"Kenyataan D'S Ismail Sabri Perlu Disokong Oleh Semua Rakyat Kerana Semua Rakyat Adalah Pengguna Tidak Kira Kaum. Tiada Istilah Rasis Demi Kepentingan Rakyat."

MB - Tiada Tolak Ansur Guna Nama



Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dan individu, termasuk kakitangan pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang terbabit menyalahgunakan nama Menteri Besar untuk tujuan menipu dan memanipulasi melalui kutipan wang atau dana.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap tindakan individu dan pihak-pihak yang menjual namanya untuk tujuan menipu, boleh merosakkan imej kerajaan negeri.
Menurut beliau, kerajaan negeri mendapat laporan pihak-pihak yang menggunakan modes operandi itu untuk memperdaya orang ramai kononnya mereka boleh menjadi penghubung kepada pihak Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) bagi mendapatkan sesuatu.
"Saya tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini, walaupun mereka daripada kakitangan pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," tegasnya.
Dr Zambry mengulangi pengingatan itu dalam sidang media di Majlis Penyampaian Wang Bantuan Ihsan kepada mangsa banjir Daerah Kuala Kangsar dan daerah Kecil Sungai Siput (U) di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Beliau melahirkan rasa sedih kerana masih ada di kalangan orang ramai yang percaya seolah-olah kerajaan negeri bergerak menggunakan orang-orang tertentu untuk mengutip wang dari kalangan orang tertentu sedangkan perkara itu tidak benar.
Sehubangan itu, beliau menyeru orang ramai yang didatangi oleh individu ini agar membuat semakan terlebih dahulu di Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pentadbiran, bagi kesahihan dokumen, fail, surat atau apa-apa maklumat yang dikemukakan.
Di majlis itu, Dr Zambry menyampaikan bantuan ehsan RM1,000 kepada 515 mangsa banjir.
Bantuan itu merupakan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM500 dan juga RM500 lagi sumbangan daripada kerajaan Persekutuan.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-rul Anwar Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan ADUN Manong, Mohamed Kamil Datuk Shafie.

Saturday 7 February 2015

Kerugian Akibat Banjir Di Perak Lebih RM379 Juta



Keseluruhan kerosakan infrastruktur dan aset awam akibat bencana banjir di negeri Perak setakat ini berjumlah RM379,536,960.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri telah membuat penilaian terhadap jumlah kerosakan bagi infrastruktur dan aset awam yang menjangkau sebanyak RM269,517,204.
Menurut beliau, kerosakan rumah dan eset persendirian adalah sebanyak RM63,335,304 manakala kehilangan pendapatan pula sebanyak RM46,648,452.
"Ini bermakna keseluruhan kerosakkan akibat bencana banjir di Perak adalah berjumlah RM379,536,960," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan ehsan RM1,000 kepada setiap 515 keluarga mangsa banjir Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Kecil Sungai Siput (U) di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad, ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan ADuN Manong, Mohamed Kamil Shafie.
Dr Zambry berkata, nilai keseluruhan kerosakan rumah akibat bencana itu setakat ini berjumlah RM11,651,991.
Katanya, ia melibatkan 94 rumah di Daerah Kuala Kangsar, 20 rumah di Daerah Hulu Perak, 3,453 rumah di Daerah Perak Tengah dan 22 rumah di Daerah Hilir Perak.
Mengenai bantuan ehsan, Dr Zambry berharap, penerima bantuan yang belum menerima bantuan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang berusaha bagi mempercepatkan proses pemberian bantuan tersebut.
Menurutnya, berlaku sedikit masalah teknikal, umpamanya dari segi alamat yang digunakan di mana terdapat kampung-kampung tertentu menggunakan alamat satu tempat sedangkan rumah itu rumah yang berlainan kerana tidak ada nombor rumah serta rumah di sepanjang sungai yang tidak didaftar.

Perak Mulakan Langkah Kanan Dengan Tiga Mata



Perak di bawah bimbingan jurulatih baru, Datuk M. Karathu memulakan langkah kanan dalam aksi pembukaan Liga Super di Ipoh malam kelmarin.
Perak yang lebih dikenali The Bos Gaurus berjaya melakar kemenangan manis membenam pasukan berstatus kelab, Sime Darby 2-0 di Stadium Ipoh.
Hasrat The Bos Gaurus mengutip tiga mata penuh yang pertama berbunga apabila Muhd Nurridzuan Abu Hassan menyumbangkan gol pertama Perak pada minit ke-28.
Selepas itu, anak buah Karathu terus mengasak kubu lawan bagi menambahkan jaringan gol.
Namun begitu, jentera serangan Perak yang diketuai oleh pemain import, Charles Sauza Chad gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan bagi menambahkan jaringan gol.
Sauza Chad juga gagal menyempurnakan sepakan penalti setelah dikasari oleh ketua pasukan Sime Darby, Ivan Dragicevic pada minit ke-56.
Dragicevic dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah menyebabkan Sime Darby terpaksa mengharungi 36 minit dengan sepuluh pemain sahaja.
Harapan Perak mendapat kemenangan pertama semakin cerah apabila pemain import dari Korea Selatan, Namkung Woong menambah gol kedua pada minit ke-84.
Karathu berpuas hati dengan kemenangan pertama itu sebagai cetusan semangat untuk perlawanan akan datang.
Sementara itu, dua kuasa Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan telah memulakan kempen Liga Super 2015 dengan kemenangan bermakna.
Terengganu menggunakan sepenuhnya aksi di laman sendiri, Stadium Sultan Ismail dengan membenam Selangor juga dengan keputusan 2-0.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, ATM gagal menggunakan kelebihan di laman sendiri apabila tumbang 2-0 kepada Kelantan.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pendatang baharu Liga Super, FELDA United diikat seri 3-3 oleh Sarawak.
Pada aksi lebih awal, Lions XII menewaskan juara Liga Perdana, PDRM 5-3 di Stadium Jalan Besar.

Friday 6 February 2015

Selamat hari lahir Dato' Sham Mat Sahat


 Selamat hari lahir Dato' Sham Mat Sahat semoga terus dilimpahi rahmat Allah swt buat Dato dan keluarga.

Wednesday 4 February 2015

BN Perak Atur Strategi Hadapi Pilihan Raya Umum



IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak sedang giat mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup yang berlangsung hari ini.
“Kita mengadakan perbincangan bagi merangka bentuk kerja berkaitan pengukuhan program dan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Ia melibatkan kehadiran barisan pimpinan utama komponen-komponen BN negeri Perak bersama pengerusi sayap-sayap masing-masing
“Sesi perbincangan gerak kerja ini menjurus kepada semakan mengenai perancangan yang perlu BN lakukan untuk memperkukuhkan kedudukan, memperbaiki kelemahan dan kekurangan serta merancang masa depan.
“Kita juga melihat kepada perkara-perkara yang memerlukan kita bekerjasama dan mendengar sekiranya timbul sebarang permasalahan yang perlu diselesaikan,” ujar beliau lagi.
Beliau yang juga merangkap Menteri Besar Perak berkata demikian pada media selepas mempengerusikan mesyuarat khas BN negeri di Bangunan UMNO Perak di sini.
PERAK TODAY 2 (5)
Katanya, mesyuarat itu juga diharap dapat memberi rangsangan kepada BN untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat di negeri itu.
“Kita telah mendengar pembentangan yang dibuat oleh setiap parti komponen tentang usaha mereka untuk mengemaskini perancangan di peringkat parti dan juga kawasan,” katanya lagi.
Mengulas sama ada kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan MIC menjejaskan perancangan yang dibuat oleh BN Perak, beliau berkata, pihaknya akan melihat isu itu secara menyeluruh.
PERAK TODAY 3 (4)
“Kita lebih menekankan kepada aspek perancangan di peringkat negeri, bukan sahaja melibatkan MIC tetapi juga semua parti kerana apabila kita merancang untuk negeri Perak, ia melibatkan kepentingan bersama.
“Setiap parti mempunyai kelebihan, kekurangan dan peluang yang perlu digarap.
“Kelemahan itu harus diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya kerana permasalahan ini tidak tertumpu kepada MIC semata-mata.
“Kita juga perlu melihat dari sudut demografi politiknya, perkhidmatan dan juga bagaimana kami perlu memperbaiki dan menambah perkhidmatan yang sedia ada kerana kita tidak boleh berdiri pada kedudukan yang sama.
“Kita perlu merancang dan merencana dengan lebih baik bagi mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang,” jelas beliau lagi.

Kongsi kejayaan



Pekan: Komuniti setempat perlu berperanan aktif dalam memberi sokongan dan sumbangan kepada pelajar dan sekolah sebagai usaha menjamin kecemerlangan pendidikan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, ia meliputi penyertaan ibu bapa dalam bidang akademik dan kokurikulum terutama bagi menjayakan program pendidikan anak mereka dari peringkat sekolah ke institusi pengajian tinggi.
Pada masa sama katanya, bekasa pelajar yang sudah berjaya perlu menyalurkan dana kewangan kepada sekolah dan IPT di kawasan mereka bagi membolehkan lebih banyak program pendidikan dilaksanakan.
“Jika (seseorang) bukan dermawan, tanpa wang ringgit, pihak terbabit boleh tampil menyokong sebarang aktiviti yang dilaksanakan menerusi pembabitan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“(Ini) kerana (pelajar) adalah jaminan aset kepada negara pada masa depan,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ishak Muhamad dan Pengurus Besar Yayasan Pahang Mahmud Mohd Nawawi.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, masyarakat negara ini perlu mencontohi budaya masyarakat Barat yang sentiasa membantu institusi pendidikan mereka selepas berjaya dalam lapangan masing-masing.
Beliau berkata, lepasan universiti terkemuka seperti Universiti Harvard di Amerika Syarikat menyalurkan sumbangan kepada institusi pengajian itu sehingga ia memiliki dana yang besar untuk dimanfaatkan pelajar baru.
Katanya, langkah itu juga membolehkan institusi pendidikan tersohor itu menjadi pilihan pelajar dari seluruh dunia.
“Mereka tidak keberatan membeli peralatan dan kemudahan untuk memajukan (institusi itu). Ini adalah penanda aras yang baik dan perlu kita contohi,” katanya.
-Metro

Tuesday 3 February 2015

Fasa bantuan kekal



Kuala Krai: “Mudah-mudahan ini semua (bantuan diberikan) memberi kelegaan dan di sebalik kesusahan dialami ada kesenangan nanti,” kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri meluahkan harapan itu di hadapan lebih 2,000 penduduk daerah ini yang hadir pada Majlis Pelancaran Fasa Bantuan Kekal Untuk Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, di sini, semalam.
Pada majlis itu beliau mengumumkan permulaan fasa bantuan kekal untuk disumbangkan kepada mangsa banjir yang didahului dengan projek pembinaan rumah kekal iaitu lima buah bagi peringkat pertama.
Najib berkata, beliau memilih Manek Urai untuk melancarkan program sumbangan kekal itu disebabkan ia paling teruk terkesan dan menerima malapetaka paling dahsyat akibat banjir, bulan lalu.
“Saya melihat sendiri keadaan di sini, saya membayangkan keadaannya ketika tempoh kritikal terutama di Manek Urai yang paling teruk ditimpa malapetaka. Justeru, kalau mahu memulakan fasa bantuan kekal, maka di bumi Kuala Krai ini patut dimulakan.
“Kami tahu dan sedar Allah akan menguji dalam kesusahan dan Allah akan uji dalam kesenangan. Hanya mereka yang tabah dan kuat iman, mereka yang bertakwa, insya-Allah akan lepasi ujian.
“Insya-Allah ini saja yang kita berdoa supaya Allah SWT melindungi kita dan supaya fasa bantuan yang kita harapkan ini akan ditunaikan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata, dalam fasa itu kerajaan akan memastikan penyaluran sumbangan dibuat secara berperingkat dengan projek pembinaan rumah kekal di Manek Urai dimulakan ke atas lima kediaman sebelum diteruskan ke 138 unit lagi.
“Kementerian Kerja Raya diletakkan sebagai kementerian bertanggungjawab untuk memastikan rumah dijanjikan ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana di bawahnya terdapat agensi Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
“Rumah ini nilainya RM48,000 tak termasuk perbelanjaan membuat kerja pembersihan tapak mahupun kerja asas. Keluasan adalah 61.3 meter persegi, menggunakan kaedah binaan terus di atas tanah atau binaan di atas tiang setinggi 2.6 meter dari aras tanah.
“Saya mahukan bukan saja rumah mesti sempurna, tetapi apabila rakyat tidur pada waktu malam, dia tidur dengan selamat, dia tidur dengan rasa selesa itu yang kita mahukan,” katanya yang memberitahu jumlah keseluruhan rumah itu mencapai 120.7 meter persegi termasuk ruang bawah rumah yang boleh digunakan.
Katanya, ada juga penduduk meminta dibinakan rumah di atas tapak tanah dan model rumah begitu disediakan yang mengambil keluasan 74 meter kaki persegi.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan lebih cenderung kepada pembinaan rumah bertiang berikutan memberi jaminan masa depan selain mengurangkan risiko ditenggelami air sekiranya berlaku banjir lagi.
“Kami buat berperingkat dan untuk Kelantan saya juga sudah mohon kepada kerajaan Negeri memberi kelulusan kepada mereka yang tidak ada tanah umpamanya yang status setinggan, tapi rumah musnah seperti mereka yang diami tanah rizab sungai, kumpulan begini, kita minta kerajaan negeri luluskan tapak baru yang selamat dengan segera.
“Lebih utama kita mesti menggunakan kontraktor dan pekerja tempatan supaya ekonomi negara mendapat manfaat kerja pemulihan ini,” katanya yang menjangkakan projek fasa pertama siap dalam tempoh setahun.
Menurutnya juga, rumah yang tidak musnah sepenuhnya, namun rosak akan dibantu membabitkan peruntukan maksimum bagi sebuah rumah RM10,000.
-Metro

Monday 2 February 2015

Nik Abduh Tempelak Tindakan Guan Eng Serang MB Kelantan



Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang anggap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak pandai buat kerja berkaitan dengan musibah banjir terburuk, bulan lalu.

Sebaliknya, Nik Abduh bersyukur kerana menteri besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sebelum ini.

Nik Abduh berkata, hasil daripada sikap teladan mulia tersebut, membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan.

“Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB (menteri besar) kaya dan bongkak. Adakah ALLAH SWT akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk habiskan wang untuk membantu?,” kata Nik Abduh dalam Facebooknya.

Dalam masa sama, Nik Abduh berkata, kerana tauladan mulia kepimpinan di Kelantan, telah menyebabkan puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir dari seluruh rakyat Malaysia sampai ke negeri ini.

“Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan penuh dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara.

“Definisi baru demokrasi tegar ketua menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah, you are fired (awak dipecat)!” katanya.