YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 8 February 2015

MB - Tiada Tolak Ansur Guna Nama



Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dan individu, termasuk kakitangan pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang terbabit menyalahgunakan nama Menteri Besar untuk tujuan menipu dan memanipulasi melalui kutipan wang atau dana.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap tindakan individu dan pihak-pihak yang menjual namanya untuk tujuan menipu, boleh merosakkan imej kerajaan negeri.
Menurut beliau, kerajaan negeri mendapat laporan pihak-pihak yang menggunakan modes operandi itu untuk memperdaya orang ramai kononnya mereka boleh menjadi penghubung kepada pihak Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) bagi mendapatkan sesuatu.
"Saya tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini, walaupun mereka daripada kakitangan pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," tegasnya.
Dr Zambry mengulangi pengingatan itu dalam sidang media di Majlis Penyampaian Wang Bantuan Ihsan kepada mangsa banjir Daerah Kuala Kangsar dan daerah Kecil Sungai Siput (U) di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Beliau melahirkan rasa sedih kerana masih ada di kalangan orang ramai yang percaya seolah-olah kerajaan negeri bergerak menggunakan orang-orang tertentu untuk mengutip wang dari kalangan orang tertentu sedangkan perkara itu tidak benar.
Sehubangan itu, beliau menyeru orang ramai yang didatangi oleh individu ini agar membuat semakan terlebih dahulu di Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pentadbiran, bagi kesahihan dokumen, fail, surat atau apa-apa maklumat yang dikemukakan.
Di majlis itu, Dr Zambry menyampaikan bantuan ehsan RM1,000 kepada 515 mangsa banjir.
Bantuan itu merupakan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM500 dan juga RM500 lagi sumbangan daripada kerajaan Persekutuan.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-rul Anwar Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan ADUN Manong, Mohamed Kamil Datuk Shafie.

No comments:

Post a Comment