YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 13 October 2015

'Saya Setuju Kaum Melayu Marah Kerana Tercabar' - Ketua Pemuda MCA



"Kebelakangan ini orang Melayu marah kerana maruah orang Melayu tercabar!  saya setuju jika dikatakan maruah orang Melayu tercabar," demikian ucapan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Himpunan Agung Tahunan  MCA, di Wisma MCA hari ini.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan berkata,  ini kerana segelintir peserta ‎dalam Perhimpunan Bersih  4.0 sebelum ini telah memijak gambar pemimpin Melayu.

 "Adanya yang menggunakan colok untuk sembahyang kepada pemimpin-pemimpin Melayu , saya turut kecam perbuatan demikian dan boleh disifatkan sebagai biadab.

"Tetapi ada sesetengah pihak yang kononnya NGO mengatakan bahawa mereka hendak buat 'balasan' dan menjadikan isu itu sebagai menegakkan nama Melayu lantas mengadakan perhimpunan yang cuba merempuh benteng polis, dan cuba memasuki Jalan Petaling Street mereka menuntut separuh  perniagaan di Petaling Street dibenarkan orang Melayu berniaga di sana, adakah mencabar maruah orang Cina?  tidak.

"Ada pemimpin  Melayu sifatkan orang Cina dan India pendatang walaupun kami sudah lama jadi anak watan Malaysia, adakah ini mencabar maruah orang Cina dan India tidak!. Ada pemimpin menyeru memboikot peniaga-peniaga Cina adakah ini mencabar maruah orang Cina, tidak!," katanya.

Dalam pada itu, Sin Woon berkata ketika insiden Low Yat berlaku, beliau turut tidak nampak maruah kaum Cina dicabar.

"Bila insiden Low Yat  berlaku,  tiga anak muda Cina diheret keluar dari kereta mereka ditumbuk, adakah maruah Cina dicabar ! tidak sama sekali, tidak sebab kita tahu dan faham majoriti orang Melayu di negara ini rakyat yang baik.

"Kita yakin dan percaya budaya Melayu adalah bersopan yang bertunjangkan ajaran Islam yang adil," katanya.

Oleh itu ujarnya, masalah yang berlaku kini, tidak menunjukkan bahawa Malaysia dibelenggu dengan sikap rasisme di kalangan rakyat.

"Tidak ada isu sebenarnya dalam kalangan rakyat antara pelbagai kaum, lihatlah di pasar, semua kaum bersatu hidup harmoni.

"Yang menjadi isu adalah  ada segelintir orang yang memainkan isu ini menjadikan isu perkauman, itu sahaja," katanya.

Monday 12 October 2015

Jadikan Sukan Sebagai Satu Budaya - Najib



 Malaysia mampu melahirkan jaguh sukan hebat di mata dunia jika menjadikan sukan sebagai budaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, rakyat tidak harus melihat Hari Sukan Negara sekadar sambutan tetapi gaya hidup.

"Kita hendak buat konsep Hari Sukan Negara ini sebagai setiap hari bersukan, bukan hari ini sahaja. Kalau tidak dapat bersenam sejam sehari, setengah jam pun jadi.

"Kalau tidak dapat bersenam, buat regangan pun tak apa, masih ada kebaikannya," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara di Dataran Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Sahol Hamid.

Sebaik merasmikan sambutan itu, Najib dan Khairy kemudiannya menyertai ribuan pengunjung dalam acara 2KM Fun Walk.

Tambahnya, Malaysia cukup dikenali sebagai negara sebagai penganjur sukan yang hebat tetapi reputasi itu tidak sejajar dalam aspek pencapaian sukan.

Beliau turut menyifatkan Hari Sukan Negara sebagai titik permulaan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Budaya bersukan katanya akan mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang kesihatan.

Sunday 11 October 2015

Melawat kejadian tanah mendap di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah



Dato Sham Mat Sahat bersama-sama Dato Hamzah Hussin dan Mohamad Nor Hassan melawat kejadian tanah mendap di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah.
Hampir 8 buah rumah terputus hubungan jalan darat dan bekalan air bersih.
Saya mencuba sedaya upaya saya untuk disegerakan perbaikai jalan yang runtuh dan bekalan air bersih kepada penduduk Kampung Tepi Kolam Bukit Merah.

Saturday 10 October 2015

Kejadian tanah mendap di Kg Tepi Kolam Bukit Merah









Kejadian tanah mendap di Kg Tepi Kolam Bukit Merah. 8 buah rumah terputus hubungan darat. Bekalan air bersih turut terputus & pihak LAP sedang memasang paip sementara. Jalan tersebut akan dibaiki segera slps PLB & JKR buat anggaran kos.

Wednesday 7 October 2015

Melawat dan menyampaikan sumbangan kepada rakan se'persekolahan











Dato' Sham Mat Sahat dengan Bekas Pelajar SMAI Bagan Sarai.77/78 menziarahi En. Azhar Maulana di Taman Berlakang Petronas Bagan Sarai menyampaikan sumbangan kerusi roda dan sumbangan lain.Tahniah semua.Kami bekas pelajar SMAI 77/78 Mengucapkan terima kasih kepada YB yg prihatin kepada rakyat turun padang jam 4 ptg 5/10/2015 T.kasih.

Tuesday 6 October 2015

Majlis Minum Petang







Terima kasih atas sumbangan dan kehadiran di majlis Hi Tea anjuran WI dan kerjasama lain-lain persatuan ..

Monday 5 October 2015

Ziarah Kasih Mingguan DUN Selinsing












Ziarah Kasih Mingguan DUN Selinsing di Parit 3 Selinsing. Semoga dengan sumbangan yang kecil ini dapat meringankan bebanan mereka.