YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 29 June 2015

ISMA Kritik Tindakan Pak Samad Sertai DAP



KUALA LUMPUR: Ikatan Muslim Muslim Malaysia (ISMA) dengan lantang mengkritik tindakan Sasterawan negara A Samad Said berikutan tindakannya menyertai DAP.
Memetik sumber daripada laman Freemalaysiatoday, Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman menasihati sasterawan negara itu supaya lebih memikirkan kesan diterimanya setelah memilih keputusannya tersebut.
Tegasnya, Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan dan bukannya membuat keputusan menyertai DAP.
“Dalam usia yang dah cecah lebih 80an, orang fikir nak mati dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Pilih untuk kembali kpada jalan hidayah dan petunjuk bukan masuk dalam kesesatan DAP.
“Semua orang yang ada asas agama tahu bahawa perjuangan DAP bukan jalan hidayah, tetapi hanyut dengan fahaman liberalisme sekular, menyebabkan lahir di kalangan umat Islam individu dan puak yang bertindak tanpa ambil kira halal haram,” katanya.
Sasterawan negar itu memilih menyertai DAP yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang berada di landasan betul kerana memperjuangkan kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.

Sunday 28 June 2015

Tubuh Parti Baharu, Hadi Beri Peringatan



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan ‘tenggelam’ bersama parti baru itu.
Memetik sumber daripada laman Mstar online, peringatan tersebut dinyatakannya menerusi surat terbuka kepada ahli parti berikutan beberapa rancangan bagi penubuhan parti baharu oleh segelintir individu yang mengalami kekekalahan dalam pemilihan pucuk pimpinan.
“Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.
“Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah,” kata Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli-ahli PAS,” katanya lagi.
Beliau turut berpesan kepada ahli PAS supaya terus kekal dengan parti yang berpegang kepada prinsip perjuangan Islam.
“Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
“Gagalnya kita memahaminya, boleh menyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini kerana tidak menghayatinya dengan betul,” kata beliau lagi.
Terdahulu dilaporkan bahawa kumpulan progresif dalam PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini sedang mencari pembaharuan baru dalam meneruskan agenda perjuangan mereka dalam politik.

Saturday 27 June 2015

Kerjasama Dengan DAP Tidak Akan Bertahan Lama



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tetap menegaskan bahawa kerjasama politik di antara PAS dan DAP tidak akan bertahan buat kali yang kedua meskipun hubungan kedua parti itu telah bertahan selama hampir tujuh tahun.
Meskipun begitu, beliau tetap mengharapkan kerjasama politik diantara kedua-dua parti itu akan bertahan lebih lama, jika ada peluang buat kali yang ketiga.
“Dari sudut positifnya, hubungan PAS-DAP pada kali ini berlangsung lebih lama berbanding di zaman Barisan Alternatif selepas berehat selama tujuh tahun (2001-2008).
“Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya,”katanya melalui laman Facebook beliau.
Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila DAP secara berterusan menyerang kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menfitnah bahawa PAS akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO.
“Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada UMNO yang berkuasa di kerajaan Persekutuan,”tulisnya.
Tegasnya lagi, PAS tetap akan bersandarkan kepada prinsip dan dasar parti tersebut sebagai dasar perjuangannya.
Beliau turut berkata, PAS akan tetap bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah bermula sejak penubuhannya.
Katanya lagi, parti itu juga akan tetap meneruskan kerjasama politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kerjasama kedua parti politik itu telah bermula sejak awal penubuhannya.
“PAS kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya,”katanya.

Friday 26 June 2015

Ketua Kampung & JKKK Perlu Laksana Tanggungjawab -DS Zambry



IPOH: Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disarankan supaya melaksanakan tanggungjawab dalam memperkukuhkan lagi peranan mereka di kawasan masing-masing.
Salah satu daripadanya adalah dengan menjadi agen pendaftar pengundi bagi mengesan pengundi yang masih belum berdaftar di kampung masing-masing.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Kampung dan JKKK berkenaan bertanggungjawab dalam memastikan pengundi yang sudah layak untuk berdaftar perlu berbuat demikian.
“Saya telah sarankan kepada Ketua Kampung dan JKKK tadi supaya dapat pergi ke kawasan-kawasan dan memastikan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi hendaklah dilaksanakan.
“Kita memberi perhatian untuk mendaftar pengundi-pengundi kerana tanggungjawab sebagai warganegara, apabila mereka cukup umur untuk mengundi, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya,” jelasnya.
PERAK TODAY 4
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Kampung dan JKKK di kediaman rasminya pada Selasa.
Ujarnya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa Ketua Kampung dan JKKK ini boleh menjadi agen pendaftar pengundi.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak SPR bahawa ketua-ketua kampung dan penghulu boleh bertindak sebagai agen
“Lantaran itulah pada pertemuan pada hari ini, saya telah memaklumkan kepada mereka supaya menjalankan tanggungjawab ini kerana merekalah yang lebih dekat kepada masyarakat di kawasan mereka dan lebih tahu anak-anak muda ataupun sesiapa sahaja yang perlu menjadi pengundi,” tegasnya.
PERAK TODAY 1
Beliau juga berharap agar penekanan berkenaan akan dapat memberi peluang untuk mereka mengenalpasti individu yang berkewajiban untuk mengundi dan seterusnya memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Sementara itu, Zambry juga telah menyarankan agar kesemua Ketua Kampung dan JKKK dapat memainkan peranan dalam mengambil langkah untuk membanteras penularan penagihan najis dadah.
Beliau berkata, ia adalah sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan lagi peranan JKKK di setiap kawasan di negeri ini.
PERAK TODAY 2
“Kerajaan Negeri menyarankan dan telah meletakkan satu penanda aras kepada JKKK untuk mereka melaporkan daripada segi penglibatan masyarakat di kawasan berkenaan.
“Sebagai contoh, Ketua Kampung dan JKKK kena membuat laporan berkala dalam salah satu sesi mesyuarat yang mana dimasukkan agenda pembasmian najis dadah di kawasan kampung berkenaan,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, ia termasuklah sejauh mana masyarakat di kawasan kampung berkenaan telah terlibat dalam penagihan dadah.
“Bila kita tengok statistik yang telah ditunjukkan kepada kita adalah sangat membimbangkan yang mana lebih daripada 70 peratus yang terlibat dalam najis dadah adalah terdiri daripada anak muda kita
“Apa yang nak jadi kepada mereka kalau kita tidak mengambil langkah yang segera?” soal beliau.
PERAK TODAY 5
Justeru, beliau berharap agar kesemua Ketua Kampung dan JKKK dapat memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab bagi membasmi penularan dadah dan seterusnya dapat dibendungnya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.
Terdahulu, seramai hampir 500 Ketua Kampung dan JKKK di seluruh negeri Perak telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini.
Majlis kemudiannya di teruskan lagi dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawih yang telah diketuai oleh Syeikh Osama Mohamad Ikbal.
Zambry kemudiannya telah menyerahkan sumbangan kepada kesemua hadirin yang hadir pada majlis tersebut sebaik sahaja selesai solat tarawih berkenaan.

Wednesday 24 June 2015

MAjlis Pelancaran Program Help Tuisyen 2015













Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelancaran HELP TUISYEN Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai 2015.Terima Kasih kepada Dato Sham Mat SAhat Yang Telah merasmikan Program ini amin.........

Tuesday 23 June 2015

Alhamdullilah Semua Mangsa Banjir Telah Kembali Ke Rumah Masing-Masing











 Seramai 60 orang mangsa banjir di DUN G.Semanggol telah pulang ke rumah msg2 pada jam 4 petang tadi setelah air dikawasan kediaman mereka surut sepenuhnya. Terima kasih kepada YB Dato Dato' Sham Mat Sahat Dato Hamzah Hussin Penghulu2, Ketua2 Kampung, ajensi2 yang terlibat dan sukarelawan yang membantu di Pusat Penempatan Banjir sejak 13 Jun lalu.

Monday 22 June 2015

400 Pelajar Terima Anugerah Kecemerlangan UPSR & SPM



IPOH: Seramai 400 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang memperolehi keputusan cemerlang di seluruh negeri Perak telah menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 serta 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diadakan di sini, hari ini
Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Dewan Bankuet di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Speaker Dewan Negeri, Datuk Seri SK Devamany dan Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk V. Elango.
PERAKTODAY2
Menurut ibu bapa kepada salah seorang pelajar yang memperolehi anugerah berkenaan, mereka amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah diberikan tersebut.
Mereka yang merupakan ibu bapa kepada Anbarasan Segar yang memperolehi keputusan 11 A dalam SPM berkata, anugerah tersebut merupakan suntikan semangat kepada anak mereka untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
“Anugerah seperti ini akan menaikan lagi semangat dan menjadikan anak kami lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai impian mereka,” kata mereka kepada Peraktoday.com.my ketika ditemui di sini, hari ini.
PERAKTODAY (1)
Selain itu, seorang lagi pelajar yang turut mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, Sobana Mohan berkata, anugerah yang telah diterima hari ini telah memberikan semangat kepadanya untuk terus memperolehi keputusan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.
“Saya amat berbangga kerana memperolehi anugerah ini, dan saya akan berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelajar, Breven Bal Dev menyatakan bahawa sumbangan yang telah diperolehi pada hari ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahannya.
Beliau yang memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR turut berkata, penghargaan tersebut akan menjadi motivasi kepadanya untuk lebih gigih berusaha sehingga dapat menyambung pelajaran ke menara gading.

Sunday 21 June 2015

2,500 Pelajar Tahfiz, Anak Yatim Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Perak



IPOH: Hampir 2,500 pelajar Maahad Tahfiz dan anak-anak yatim dari seluruh negeri Perak telah diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, majlis iftar berkenaan merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.
“Saya menganggap mereka ini sebahagian daripada kita semua di negeri Perak.
Screenshot_2015-06-21-00-32-19_1
“Jangan kita lupakan mereka ini dan kita lakukan majlis ini selama enam tahun semenjak saya jadi Menteri Besar,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Katanya lagi, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim tersebut bukan sahaja dijemput untuk berbuka puasa, malah mereka turut dijemput ke kediaman rasmi beliau setiap minggu untuk majlis agama yang diadakan.
“Anak-anak ini pun dah jadi mesra dengan saya, dan ini bukan hanya di waktu bulan Ramadhan sahaja.
Screenshot_2015-06-21-00-32-05_1
“Mereka jadikan kediaman ini sebagai tempat mereka dan dapat kita lihat, mereka begitu seronok berada di sini,” ujarnya.
Tambahnya, kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah maahad dan rumah anak-anak yatim di negeri ini seperti yang dilakukan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
Dalam majlis tersebut, Zambry kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama berbuka puasa dengan para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim yang hadir.
Screenshot_2015-06-21-00-32-17_1
Beliau juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan bertarawikh secara berjemaah bersama para jemputan.

Saturday 20 June 2015

“Mereka Hanya Mahu Tunjuk Keangkuhan,” -DS Tajuddin



PASIR SALAK: “Mentang-mentang mereka (DAP) dah berkuasa di Pulau Pinang… dia nak tunjuk dia ada kuasa dan boleh buat apa sahaja,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berhubung tindakan parti itu yang cuba untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang semalam.
Ujarnya, tindakan tersebut menunjukkan bahawa parti tersebut sengaja membangkitkan kemarahan ramai masyarakat sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.
Katanya lagi, ia menunjukkan keangkuhan mereka sebagai parti politik yang berkuasa di Pulau Pinang.
“Mereka (DAP) ini adalah kesinambungan kepada pemimpin dan ahli DAP pada satu masa dahulu pernah mencetuskan peristiwa 13 Mei,” ujarnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, tiada gunanya untuk berkelakuan seperti parti DAP berkenaan berikutan ianya hanyalah membuang masa.
“Nak berbalas macam itu boleh, tetapi apa ertinya?… Bergaduh begitu jelah,” jawabnya apabila disoal adakah wajar sekiranya ahli UMNO melakukan perkara yang sama dengan perbuatan yang dilakukan oleh DAP tersebut.
Tegasnya, semua pihak khususnya orang Melayu dan Islam harus bersatu padu untuk mengelakkan perpecahan sehingga boleh mendatangkan kerugian kepada negara.
“Yang paling penting sekali ialah orang Islam dan Melayu mesti bersatu padu dan pastikan kita kuat dan berkuasa.
“Meskipun kita berkuasa, namun kita tidak pernah zalim kepada mana-mana pihak selama 58 tahun kita merdeka,” kata beliau lagi.
Ujarnya, parti lain seperti MIC dan MCA juga tidak pernah mencetuskan kekecohan seperti yang dilakukan oleh DAP.
“Orang bukan Islam seperti MIC dan MCA juga tidak ada masalah serta masih boleh bekerjasama dengan baik dan tidak pernah memusuhi kita,” tambah beliau lagi.
Terdahulu, satu struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang telah cuba dirobohkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim dalam kenyataannya mengecam tindakan tersebut kerana ia dilihat bertujuan sengaja untuk ‘mencari pasal’ di bulan Ramadhan.
Beliau juga mendakwa, Lim Guan Eng telah memperkudakan anggota MBPP untuk merobohkan struktur tersebut tanpa melakukan perbincangan dengan pihak UMNO Pulau Pinang.

Friday 19 June 2015

Program Gotong royong














Alhamdulillah,Program gotong royong membersihkan kawasan masjid Dan tanah perkuburan Masjid Jamek Sungai Bogak,Parlimen Bagan Serai.Terima kasih kepada Dato' Sham Mat Sahat dan semua Ajk JKKK,Ajk masjid dan penduduk2 kampung.

Thursday 18 June 2015

Melawat Penempatan Mangsa Banjir Di Daerah Kerian



YB Dato' Sham Mat Sahat dan YBhg Dato Hamzah Hussin Pegawai Daerah Kerian menunggu mangsa banjir yang tiba di Pusat Penempatan Banjir S.K. Bukit Merah.

Wednesday 17 June 2015

Menghadiri Kenduri Di Kawasan



Dato Sham Mat Sahat Menghadiri Kenduri Di Kawasan Dun Alor Pongsu Dan Terima Kasih Kepada Tuan Rumah Yang Menjemput Kami Hadir.

Tuesday 16 June 2015

Menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Parlimen Bg Serai







Dato Sham Mat Sahat Menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Parlimen Bagan Serai di Dewan SMK Abu Bakar Al- Baqir.Bg Serai.Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini.

Monday 15 June 2015

Bajet 2016 Dibentang Pada 23 Oktober – PM Najib



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2016 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober ini dengan fokus memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2016 akan menjadi bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentang di Parlimen pada 21 Mei.
“Sasaran makro dan strategi meluas yang digariskan di bawah RMK11 akan direalisasikan melalui bajet tahunan.
“Bajet tahunan merupakan blok kritikal ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya pada Majlis Konsultasi Bajet 2016 di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Chua Tee Yong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.
Melahirkan keyakinan beliau untuk mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita USD15,000, Najib berkata kerajaan perlu mengurus pengagihan kekayaan ini dengan cara yang adil demi kepentingan rakyat dan pendekatan modal ekonomi.
“Bergerak ke hadapan, pendekatan ini akan menjadi tulang belakang bagi merangka bajet tahunan kita,” katanya.
Mengimbas kembali Bajet 2015, Najib berkata daripada 91 ‘touch point’ yang menjadi inti pati bajet itu, lapan telah disempurnakan, 69 masih di peringkat pelaksanaan dan 14 lagi dalam perancangan yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.
Satu daripada inisiatif yang selesai ialah pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Mac, yang telah memanfaatkan 49,968 peminjam untuk melangsaikan pinjaman, katanya.
Antara inisiatif dalam proses pelaksanaan ialah pembinaan Lebuhraya Pantai Barat-Taiping, Perak; pembiayaan usahawan; pinjaman mikro kepada penjaja dan peniaga kecil; pembinaan 32 klinik 1Malaysia dan penambahbaikan bekalan air dan elektrik di luar bandar, katanya.
Mengenai majlis konsultasi bajet hari ini, Najib yakin ia dapat menjana idea bernas dan merancakkan lagi usaha-usaha transformasi dan pembangunan negara supaya mencapai hasrat Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi serta menjamin kesejahteraaan rakyat.
“Majlis tahunan ini adalah satu platform yang penting bagi saya, di mana kerajaan dan sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dapat memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu-isu semasa dalam memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh demi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.
Najib berkata setiap isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi serta diberi pertimbangan sewajarnya dalam penyediaan Bajet
2016.
“Saya tidak sabar untuk menerima cadangan atau idea mengenai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup Kumpulan Bawah 40 (B40).
“Saya juga mahu sektor swasta bekerjasama dengan sektor awam untuk terus membangun dan mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memanfaatkan tenaga kerja kurang mahir kita,” katanya.
Beliau menambah hujahan itu meliputi spektrum makro, sektor dan isu sosial yang luas untuk persediaan bajet dan mesyuarat kumpulan sasaran yang akan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.
Beliau menggesa setiap orang untuk bekerja bersama-sama dalam semangat 1Malaysia bagi menjana pertumbuhan mampan dan kemakmuran yang berterusan demi
kebaikan rakyat dan negara.
-BERNAMA

Sunday 14 June 2015

Kerajaan Guna Semua Sumber Cari Kapal Tangki Yang Hilang – Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menggunakan sumber-sumbernya untuk mengesan kapal tangki yang hilang bersama 22 kru di 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis.
Najib berkata beliau berasa sedih mendengar berita kehilangan kapal tangki itu dan berdoa semoga semua kru dalam kapal tersebut berada dalam keadaan selamat.
“Saya sedih mendengar berita kehilangan kapal tangki milik Malaysia itu. Saya berdoa semoga 22 kru yang 16 daripadanya ialah warga Malaysia berada dalam keadaan selamat.
“Doa saya adalah bersama keluarga masing-masing. Kerajaan akan menggunakan sumber-sumbernya untuk mengesan kapal tangki itu,” katanya menerusi catatan terbaharu beliau dalam laman Twitter dan Facebook pada Ahad.
MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik muatan minyak petrol RON95 sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Kuantan apabila dilaporkan hilang Khamis lepas.
Selain 16 kru warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar berada dalam kapal tangki itu.
Operasi mencari untuk menjejaki kapal tangki itu telah dilancarkan denganTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengerahkan tiga buah kapal bersama 150 anggota sementara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakansebuah helikopter, tiga buah kapal dan sebuah bot.
-mstar

Saturday 13 June 2015

Tun Mahathir Bidas Nazri Aziz



KUALA LUMPUR: Tun Mahathir mengakui beliau hanyalah rakyat biasa, namun idea-idea yang dilontarkan beliau sentiasa mendapat sokongan orang ramai.
Tun Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang menegaskan beliau tidak layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, berikutan beliau hanyalah rakyat biasa.
“Dia (Nazri) berkata begitu kerana mewakili orang yang membayarnya. Saya tiada siapa untuk dibayar.
“Tapi apabila saya lihat blog saya dalam masa sejam, kira-kira satu juta rakyat menyokong saya,”katanya, memetik laporan daripada Mstar.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media satu sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau berucap di satu majlis ‘Dangerous Ideas’ di sini, semalam.
Tun Mahathir turut menegaskan, beliau mempunyai banyak sokongan dan rakyat juga sering berkata beliau tidak bersendirian.
“Adakah saya bersendirian? Saya fikir tidak. Saya rakyat biasa tetapi ramai yang menyokong idea saya.
“Apabila saya kata saya sendirian, mereka (rakyat) kata saya tidak bersendirian. Saya tidak fikir saya bayar mereka,”katanya dalam nada yang sinis.
Terdahulu, Nazri dengan tegas menyatakan bahawa Tun Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tidak mempunyai hak untuk berdebat dengan Perdana Menteri.
“Saya tidak mahu Perdana Menteri merendahkan dirinya kerana beliau adalah Perdana Menteri, manakala Tun Mahathir hanyalah rakyat biasa,”kata Nazri.
Tun Mahathir turut mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Nazri yang meminta supaya Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk tidak mencampuri urusan politik Negara atau bakal dikecam.
“Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara.
“Melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara,”katanya.
Nazri turut berkata Tunku Ismail perlu menjauhkan diri daripada dunia politik atau beliau akan ‘dibelasah’.
“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia mahu jadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh jawab balik.
“Kamu memegang jawatan penting di negeri..kalau kerajaan ‘belasah’ kamu balik, jangan marah,”kata Nazri.
Tun Mahathir dengan tegas berkata, Tunku Ismail turut mempunyai hak kebebasan bersuara untuk menyuarakan pendapat Baginda.

Friday 12 June 2015

Najib Perjelas Isu 1MDB Kepada Wakil UMNO



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadualkan bakal memberikan taklimat berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada wakil-wakil UMNO Bahagian dalam satu sesi tertutup, hari ini.
Memetik laporan daripada Mstar, penerangan tersebut akan diberikan kepada wakil-wakil UMNO Bahagian sebagai salah satu usaha bagi menangani serangan terhadapnya berkenaan isu 1MDB.
Sesi tertutup itu dijangka akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putwa, di sini.
Di dalam program yang sama, Najib turut dijangka akan memberi taklimat dan penerangan mengenai beberapa isu semasa yang lain kepada wakil-wakil UMNO yang hadir.
“Sesi seperti ini akan diadakan lebih kerap di mana beliau secara peribadi dapat menjelaskan kepada akar umbi dan orang ramai mengenai isu-isu kritikal,”kata sumber.
Dalam perkembangan yang lain, Perdana Menteri turut menzahirkan kekagumannya mengenai kebolehan rakyat Malaysia yang berjaya dibuktikan melalui kontrak pengurusan Metro Line bernilai RM900 juta kepada Prasarana Malaysia Bhd oleh kerajaan Arab Saudi.
“Walaupun kita tidak membinanya, kita masih diberi kepercayaan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menguruskan talian keretapi tersebut.
“Keputusan mereka adalah suatu pengakuterimaan kemampuan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam,”katanya ketika berucap di Kampung Bukit Udang, di Pekan, semalam.

Thursday 11 June 2015

Saran Tun Mahathir, Najib Berdamai



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Seri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah melahirkan pandangan ikhlas beliau terhadap krisis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar dapat diselesaikan segera .
Menurut bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, beliau mencadangkan agar Perdana Menteri bersemuka dengan Tun Mahathir.
“Saya minta Datuk Seri Najib pergi ‘menghadap’, bukan Tun Mahathir ‘menghadap’ Najib,” katanya, memetik laporan daripada Mstar.
Ibrahim berkata demikian selepas beliau hadir ke taklimat tertutup Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.
Beliau berpandangan sedemikian kerana Tun Mahathir lebih berusia berbanding Perdana Menteri dan juga pernah mentadbir negara ini selama 22 tahun.
“Tun Mahathir ni sebenarnya baik hati, tapi daripada konsep keluarga, dia lebih tua dan bekas Perdana Menteri.
“Tak ada apa masalah jika Perdana Menteri pergi jumpa dan sebagai anak didik Tun M, cuba rapatkan hubungan dan selesaikan masalah perbezaan pendapat,” jelas beliau lagi.
Ujarnya lagi, sekiranya krisis perbezaan di antara kedua-dua tokoh kehormat berkenaan berterusan, ianya akan merugikan parti dan juga banyak pihak.

Wednesday 10 June 2015

Anggap Duit hilang selagi 1MDB Tidak Tunjuk bukti-Tun M



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengasak dengan pelbagai persoalan mengenai duit pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkannya telah hilang selagi masih tiada bukti mengenai pelaburan dan pembayaran mengenainya dibuktikan.
Menerusi penulisan blog beliau chedet.cc hari ini, beliau mengesa supaya kerajaan perlu mengemukakan dokumen sah yang bertandatangan dan bukan sekadar mereka pelbagai cerita tentang kehilangan wang dalam 1MDB.
“Sehingga tiada bukti dokumentari ditandatangani dan bukan hanya kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif  atau Perdana Menteri, ditunjukkan,..kita  menganggap bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang,” katanya.
Tambah beliau lagi bukti juga perlu diberikan berkenaan kewujudan syarikat Petro Saudi dan pelaburan dalam Cayman Island juga mengelirukan.
“Pemilikan telaga minyak di Argentina dan Kazakhstan (atau adakah ia Turkmenistan) tidak begitu jelas, dan tiada pemilikan kapal penggerudian.
“Kemudian tiba-tiba USD 300 juta bayaran oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha. Ini USD 300 juta seolah-olah telah bertukar tangan dengan kelajuan kilat.
“Kami benar-benar tidak tahu di mana ia dan 1MDB juga tidak akan memberitahu kita mengenai,” tulisnya.
Tambahnya lagi, 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak menunjukkan bukti kewujudan wang USD 1 Billion yang di simpan di Kepulauan Caymandan dan persoalan mengenai wang tersebut disimpan di Singapura atau ianya telah hilang.
“Kita perlu bukti semua pelaburan dan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB…tetapi tiada bukti telah ditunjukkan untuk menerima pengambil alihan loji janakuasa dan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur serta tanah persendirian di Pulau Pinang,” katanya lanjut.