YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 21 June 2015

2,500 Pelajar Tahfiz, Anak Yatim Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Perak



IPOH: Hampir 2,500 pelajar Maahad Tahfiz dan anak-anak yatim dari seluruh negeri Perak telah diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, majlis iftar berkenaan merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.
“Saya menganggap mereka ini sebahagian daripada kita semua di negeri Perak.
Screenshot_2015-06-21-00-32-19_1
“Jangan kita lupakan mereka ini dan kita lakukan majlis ini selama enam tahun semenjak saya jadi Menteri Besar,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Katanya lagi, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim tersebut bukan sahaja dijemput untuk berbuka puasa, malah mereka turut dijemput ke kediaman rasmi beliau setiap minggu untuk majlis agama yang diadakan.
“Anak-anak ini pun dah jadi mesra dengan saya, dan ini bukan hanya di waktu bulan Ramadhan sahaja.
Screenshot_2015-06-21-00-32-05_1
“Mereka jadikan kediaman ini sebagai tempat mereka dan dapat kita lihat, mereka begitu seronok berada di sini,” ujarnya.
Tambahnya, kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah maahad dan rumah anak-anak yatim di negeri ini seperti yang dilakukan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
Dalam majlis tersebut, Zambry kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama berbuka puasa dengan para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim yang hadir.
Screenshot_2015-06-21-00-32-17_1
Beliau juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan bertarawikh secara berjemaah bersama para jemputan.

No comments:

Post a Comment