YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 31 December 2014

Perdana Menteri Tinjau Keadaan Banjir Di Perak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan ke negeri Perak untuk mengetahui lebih dekat keadaan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Beliau yang diringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak kira-kira jam 1.20 tengahari untuk melawat 1,023 mangsa daripada 267 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat sendiri keadaan penempatan di situ di samping bertanya khabar bertanyakan khabar mangsa banjir.
Terdahulu, beliau tiba kira-kira di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kira-kira jam 12 tengahari sebelum dibawa menaiki kenderaan melalui jalan darat ke kawasan Daerah Perak Tengah yang dilanda banjir.
Selain MRSM Pasir Salak, Najib turut meninjau sebuah lagi pusat pemindahan yang dibuka di kawasan Kampung Gajah iaitu Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah yang menempatkan 654 mangsa daripada 168 keluarga.
Beliau kemudiannya meninjau dan melihat dengan lebih dekat keadaan banjir di
kawasan sekitar terutama kawasan pekan Kampung Gajah yang kini ditenggelami air hampir satu meter.
Perdana Menteri kemudiannya melawat dan bermesra dengan mangsa banjir yang
ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, Parit.

"Ops ubi kayu"









"Ops ubi kayu".. Supper di Batu 38 Alor Pongsu.Hari ini Dato Sham Mat Sahat bersama sukarelawan banjir memasak ubi kayu rebus untuk di makan bersama dengan mangsa banjir.sekali sekala makan ubi rebus sedap juga.Terima kasih kepada mereka yang telah memasak ubi kayu rebus ini.

Tuesday 30 December 2014

Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Perak ke Pusat Pemindahan Banjir


















Hari ini Menjunjung kasih di atas keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Perak ke Pusat Pemindahan Banjir SK Bukit Merah & Alur Limpah Utara Kolam Bukit Merah petang tadi dan Diiringi oleh YAB MB Perak Serta Dato Sham Mat Sahat Adun Alor Pongsu.
Tuanku Sultan berjiwa rakyat dan Sanggup duduk berbual mesra dengan rakyat jelata

Sumbangan Skuad Sayang WANITA UMNO Perak















YB Dato' Rusnah Kassim menyerahkan sumbangan Skuad Sayang WANITA UMNO Perak kepada YB Dato' Sham Mat Sahat untuk di agih2kan kepada mangsa banjir di SK Bukit Merah. Selepas dari itu YB dan team bergegas pula ke Kg Gajah untuk meninjau keadaan di sana yang semakin kritikal.

Monday 29 December 2014

Lawatan YAB Menteri Besar Perak memantau situasi banjir di Kerian











Hari ini Lawatan YAB Menteri Besar Perak memantau situasi banjir di Kerian dan ditemani oleh Dato Sham Mat sahat.Alhamdullilah semua keadaan mangsa banjir dalam keadaan baik dan selamat.Insyallah kerajaan negeri akan membantu sebaik mungkin masalah yang menimpa penduduk di daerah kerian.

Mengikuti Perkembangan Terkini Di Alur Limpah, Tasik Bukit Merah














Hari ini Dato Sham Mat Sahat Mengikuti Perkembangan Terkini Di Alur Limpah, Tasik Bukit Merah.Nampaknya tekanan air limpahan sangat deras laju dan kita berharap pihak yang terlibat akan kendalikan dengan baik bagi mengelakkan masalah banjir yang berlaku di daerah kerian.

Sunday 28 December 2014

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)Parlimen Bagan Serai 2014








Hari ini Dato Sham Mat Sahat Hadir dan merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)Parlimen Bagan Serai 2014.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada yang mereka menjayakan program ini amin.

Tiada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 –



KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteran Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan.
“Konsert Ambang Tahun Baru Anjuran Ambank di Putrajaya dibatalkan namun Program Selawat Cinta Rasul Di Masjid Putra dan Dataran Merdeka pada malam itu akan diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Krismas yang disambut sederhana namun meriah di sini hari ini.
Menurutnya, keputusan itu diambil adalah bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir.

Saturday 27 December 2014

Jangan Percaya Khabar Angin – MB



TELUK INTAN : Pelbagai khabar angin yang timbul berkaitan kawasan Hilir Perak atau Teluk intan berpontensi untuk berhadapan dengan banjir ternyata tidak benar sama sekali.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang membuat lawatan ke salah sebuah Jeti Kampung Terengganu Teluk Intan hari ini mengatakan setakat ini aliran dan paras air masih lancar.
“Setakat jam 4 petang tadi pemantauan pelbagai jabatan di kawasan Daerah hilir Perak dari segi aliran air dan parasnya terutama sekali di kawasan Teluk Intan masih belum memberi kesan yang jelas berikutan keadaan air yang mengalir lanacar dan kawasan sungai yang luas,” katanya.
Jelasnya lagi, Setakat ini masih tiada tanda-tanda bahawa kawasan ini akan mengalami banjir dan dijangkakan sekiranya tiada masalah aliran ke laut khususnya pasang surut kemungkinan air akan terus mengalir lancar.
Jelasnya lagi, langkah persiapan menghadapi banjir perlu terus dilakukan berikutan air daripada hulu Perak akan mengalir ke arah Hilir Perak.
“Kawasan Kampung Gajah telah mengalami peningkatan parasnya dan saya berharap supaya semua jabatan mengambil tindakan perlu,” katanya.
Sementara itu, Perkembangan terkini di daerah Kerian memperlihatkan kenaikan air di empangan Bukit Merah berikutan hujan yang turun dengan lebat air mengalir sungai Perak, Lembah kerian dan kawasan sekitarnya.
“Daerah Kerian terdapat banyak sungai kecil dan terdapat juga Bukit Merah perlu perhatikan kerajaan negeri telah memaklumkan langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, perkembangan terkini keadaan banjir di Perak masih memperlihatkan taburan hujan yang masih meningkat sejak semalam di hulu Perak keseluruhan namun masih ada kawasan yang menunjukkan taburan menurun paras air menurun.
“Kita akan terus memantau ramalan cuaca dalam tempoh beberapa hari ini perlu terus dipantau sepenuhnya bagi melihat aliran air sepanjang Sungai perak,” katanya.
Beliau turut menasihati Orang ramai yang tinggal berhampiran kawasan sungai hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hilir Perak perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
“Mereka yang tinggal di tebing sungai supaya memberi kerjasama jika menerima arahan untuk berpindah kerana ada segelintir yang enggan,” katanya.
Nasihat daripada jabatan yang bertanggungjawab perlu didengar kerana matlamat hanya untuk membantu rakyat.

Misi Sayang Anjuran Pengerakkan Umno Bahagian Bagan Serai



Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai melancarkan kutipan barangan keperluan untuk dihantar ke kawasan2 banjir di Perak. Mohon semua yang berhajat menyumbangkan barangan dapat menghantar ke Pejabat UMNO Bahagian Bagan Serai pada Isnin 29.12.14 dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Antara barangan keperluan adalah:-
-makanan
-pakaian dewasa dan kanak2
-selimut
-telekung
-sejadah
-toto
-tuala
-tuala wanita
-pampers kanak2 dan dewasa
dan apa juga barangan yang sesuai.
Terima kasih atas keprihatinan anda..

Friday 26 December 2014

Pesta memancing di Sungai Baru


















Hari ini dato Sham Mat Sahat Merasmikan Pesta memancing di Sungai Baru ,Selising anjuran Kelab Pemotoran Selising.Alhamdullilah penyertaan yang di buat sangat baik sekali dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini amin.

Thursday 25 December 2014

Bilangan Mangsa Banjir di Perak Terus Meningkat



Bilangan mangsa banjir di Perak dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 1,650 orang dari 414 keluarga sehingga jam 12 tengahari Rabu.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin berkata, sebanyak 20 pusat pemindahan di dua daerah di Hulu Perak dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.
"Seramai 1,291 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan di daerah Kuala Kangsar. "Seramai 359 mangsa banjir di Hulu Perak ditempatkan di lapan pusat pemindahan.
"Pada jam 8.15 pagi Rabu, pusat penempatan sementara di daerah Kinta iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Tasek telah ditutup dan orang ramai telah kembali ke kediaman masing-masing," katanya.
Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

Majlis Makan Malam AJK P.S.K.K







Hari ini Dato Sham Mat Sahat Hadir ke Majlis Makan malam AJK P.S.K.K di Hotel Damai Inn Pb.Alhamdullilah semua berjalan lancar dan baik serta terima kasih kepada pihak penganjur yang menjayakan Majlis ini.

Wednesday 24 December 2014

‪#‎TitipanKasihHarianMetro‬








‪#‎TitipanKasihHarianMetro‬ memberi sumbangan untuk pembinaan semula Surau Nurul Hasaniah di Kg Parit Abu Hassan, Alor Pongsu, Perak hari ini. Hadir pada acarapecah tanah, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Pengerusi Titipan Kasih HM, Othman Mamat serta ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Cabaran KUISAS Lahirkan Graduan Berminda Terbuka

Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) mempunyai cabaran yang lebih besar untuk melahirkan graduan yang memiliki minda terbuka kepada realiti dunia yang dihuni pelbagai umat manusia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, KUISAS juga perlu melahirkan graduan yang bersedia menerima kepelbagaian perbezaan, memilik kemahiran dan berjaya melakukan penyatuan dalam kepelbagaian.
Titah baginda, hakikat kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bahasa di negara ini perlu difahami kerana hakikat itu adalah juga realiti yang telah dicipta oleh Allah.
"Kesediaan saudara saudari menerima hakikat kepelbagaian ini akan menentukan dan mempengaruhi penerimaan warga dunia terhadap saudara saudari.
"Jika saudara saudari memilih berfikiran tertutup, saudara saudari dengan sendirinya telah menutup pintu dan jendela dan telah menghalang minda saudara saudari daripada dapat mengembara melihat realiti dunia yang lebih luas," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen KUISAS ke - 7 di Kuala Kangsar pada Khamis yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Rektor KUISAS, Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Sultan Nazrin bertitah, Allah telah mengurniakan umat manusia akal untuk berfikir dan manusia yang bijaksana akan mentafsir kepelbagaian ciptaan itu sebagai aset berharga.
Titah baginda, perbezaan pandangan dan pendapat mampu melahirkan idea yang bernas serta penemuan baharu untuk manfaat manusia
Baginda bertitah, amatlah malang kepada tamadun sesuatu bangsa dan peradaban manusia sejagat jika kelainan serta perbezaan dilihat dari lensa negatif yang sarat dengan buruk sangka.
Titah baginda lagi, kelainan pendapat dan pandangan hendaklah diuruskan secara positif, disediakan platform konsultasi untuk menerokai titik pertemuan di samping menghormati sempadan perbezaan.
"Islam mengharuskan dan membolehkan berlakunya kelainan pendapat dan pandangan hingga terbentuknya empat mazhab utama," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, perdebatan secara konstruktif, amalan konsultasi dan perundingan berlaku pada era Rasulullah diteruskan oleh para sahabat dan dilanjutkan oleh ulama tersohor.
Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan anugerah kepada seramai 233 graduan.
Pada konvokesyen itu, graduan Diploma Syariah Islamiyyah, Fakulti Pengajian Islam, Nur Hidayah Yusoff diumumkan sebagai penerima Anugerah Diraja.
Graduan Diploma Kaunseling Islami, Rodhiyah Shahimi menerima Anugerah Menteri Besar Perak manakala graduan Diploma Pengajian Islam, Nurul Husna Junus menerima Anugerah Rektor KUISAS.


Tuesday 23 December 2014

Pelancaran Program Kawalan Harga Musim Perayaan (Krismas) Peringkat Negeri Perak di Pasar Awam Parit Buntar & Mydin Parit Buntar












Hari ini Dato Sham Mat Sahat Hadir ke Pelancaran Program Kawalan Harga Musim Perayaan (Krismas) Peringkat Negeri Perak di Pasar Awam Parit Buntar & Mydin Parit Buntar.Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan baik sekali amin.