YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 11 December 2014

Kerajaan Mahu Pemaju Guna Konsep Smart Growth



Kerajaan negeri bercadang mengenakan konsep Smart Growth kepada pemaju-pemaju di dalam Laporan Cadangan Pemajuan mereka nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, apapun ia bergantung kepada sesebuah kawasan kerana konsep Smart Growth ini perlu disesuaikan dalam konteks negeri ini.
"Kita perlu fahami jangan kita ambil 100 peratus daripada konsep negara Barat atas nama istilah yang begitu cantik tapi sebenarnya ia tidak sesuai untuk diguna pakai bagi membangunkan sesebuah kawasan atau negeri,'' katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohamed Ziad Zainal Abidin (BN-Manjoi ) pada persidangan Dewan Negeri Perak pada Rabu.
Dr Zambry menjelaskan tujuan pembangunan Smart Growth ini adalah bagi mengelak terjadinya rebakan bandar yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan kawasan-kawasan pertanian dan hutan.
"Garis Panduan Smart Growth ini turut menekankan tumpuan pembangunan pesat di luar bandar dan di kawasan pusat bandar,'' katanya.
Selain itu, katanya, garis panduan ini meningkatkan pengunaan pengangkutan awam dengan adanya pembinan terminal-terminal pengangkutan awam yang bersepadu, menggalakkan penggunaan berjalan kaki, pemuliharaan bangunan serta lain-lain.
Dr Zambry juga berkata, kerajaan negeri akan melihat konsep pelaksanaan Smart Growth ini dalam merancang kawasan-kawasan khususnya yang melibatkan bandar besar seperti Ipoh, Manjung dan Taiping.
"Sekarang ini kita melihat pembangunan pesat sedang berlaku di Teluk Intan, Tanjung Malim dan yang terbaharu di Parit Buntar yang bersempadan dengan Pulau Pinang,'' katanya.

No comments:

Post a Comment