YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 5 December 2014

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Akan Berlangsung Pada 8 Disember Ini



Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak penggal kedua akan berlangsung selama lima hari bermula pada 8 hingga 12 Disember ini.
Speaker DUN, Datuk SK Devamany dalam satu sidang media berkata, mesyuarat kali ketiga itu akan membincangkan berkaitan isu Bajet 2015.
“Persidangan yang akan dimulakan pada 8 Disember nanti akan dimulakan tanpa ada perasmian dimana kita akan terus adakan pembentangan.
“Pada hari tersebut,mesyuarat akan bermula pada jam 10 pagi dan dijangka tamat pada jam 1.20 petang,” katanya.
Beliau berkata, persidangan akan membincangkan berkaitan dengan pembentangan Bajet 2015.
Jelasnya, ia akan berlangsung bermula dengan pembentangan surat-surat Dewan Negeri, dan seterusnya soalan lisan kepada perbahasan yang telah dibentangkan.
“Kita akan ada pembentangan Enakmen iaitu Perbekalan 2015 (Bajet 2015) yang akan berlangsung sehingga hari terakhir persidangan.
“Pada 12 Disember, iaitu pada hari Jumaat, kita akan mengadakan sesi penggulungan perbahasan daripada ahli-ahli exco bagi tempoh satu hari.
“Saya menjangkakan perkara tersbut akan berlangsung sehingga lewat malam,” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau meminta kepada semua pihak yang terlibat untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi semua arahan yang telah dikeluarkan.
“Kita mesti mengikut etika yang telah ditetapkan oleh Dewan bagi melancarkan perjalanan sidang Dewan itu nanti,” jelas Devamany lagi.

No comments:

Post a Comment