YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 2 December 2014

UMNO Bagan Serai Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir:- Datuk Sham Mat Sahat













UMNO Bahagian Bagan Serai bersama-sama 4 peringkat parti itu mengambil initiatif untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Lembah Beriah.
Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat memberitahu, kesemua mereka bakal memberi sumbangan kepada 51 buah rumah mangaa banjir di kawasan berkenaan.

"Hari ini saya bersama jawatankuasa 4 peringkat termasuk daripada bahagian, pemuda, puteri dan wanita dan juga bersama-sama dengan Ketua Kampung di Parlimen Bagan Serai kita datang ke kawasan yang ditimpa banjir.

"Kita memberi sedikit bantuan ataupun sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak berpindah hampir 51 buah rumah.

"Kita beri sumbangan kewangan dan juga kotak makanan yang diberi oleh YBU kepada mangsa-mangsa banjir ini.

Menurut beliau, banjir yang berlaku di Lembah Beriah ini adalah disebabkan oleh hujan yang tidak berhenti terutama di bahagian Hulu, Ijok dan Selama.

Katanya, hujan yang berlaku selama satu atau dua jam dan ia akan turun ke kawasan yang lebih rendah iaitu di sekitar Lembah Beriah.

"Hujan berlarutan ini telah menyebabkan 5 kampung mengalami banjir yang agak lama.

"Dan kita diperingkat UMNO Bahagian hari ini tampil untuk menyumbangkan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir.

Beliau menambah, fasa pertama musibah berkenaan telah surut namun hujan kembali turun lebat selama tiga hari berturut-turut dan kawasan ini kembali dinaiki air.

Bagaimanapun jelasnya lagi, buat masa ini air sudah mula surut dan jalan raya sudah dibuka untuk lalu lintas.

"Air di kampung-kampung sudah mula surut dan untuk fasa kedua ini, tidak ada sebarang perpindahan.

"Dari segi teknikal mungkin kita tidak berapa arif tetapi dari segi pengalaman penduduk kampung, ada beberapa masalah yang menyebabkan banjir terutama apabila flag gate tidak berfungsi dengan sebaiknya dan juga antara ban ke ban itu mungkin air agak terkepung.

"Ini antara yang akan saya bangkitkan kepada jurutera JPS sama ada di peringkat daerah mahupun negeri untuk memikirkan cara untuk kita selesaikannya.

Katanya, UMNO bahagian tidak boleh membiarkan ia berlarutan, setiap kali hujan lebat pasti berlaku banjir.

Menurut beliau, kepimpinan akar umbi perlu mencari jalan untuk selesaikan masalah ini.

"Kita tidak boleh tunggu banjir dan kemudian beri bantuan.

"Kita kena pastikan banjir tidak lagi berlaku di 5 kampung dan saya akan bawakan perkara ini kepada JPS.

"Kita nak minta JPS supaya berbincang dengan ketua-ketua kampung serta pengerusi JKKK cara bagaimana sama ada kita perlu letakkan pam yang kekal di beberapa kawasan yang dikenalpasti untuk atasi masalah banjir.

Katanya lagi, ada beberapa tempat yang difikirkan JPS boleh ambil initiatif untuk sediakan pam dikawasan itu.



No comments:

Post a Comment