YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 9 December 2014

Masalah Pemilikan Tanah Pusaka Beri Kesan Keuntungan Gagal Diagih



Masalah pemilikan tanah pusaka oleh waris-waris dan masalah pemilik waris tidak dapat dikesan merupakan isu yang dihadapi oleh Felcra Berhad ketika ini sehingga memberi kesan kepada keuntungan yang terkumpul tidak dapat diberikan kepada waris-waris.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, selain itu kegagalan mendapatkan persetujuan daripada waris-waris untuk menyertai program tanaman semula juga menyebabkan pembangunan tanaman semula semakin mengecil dan menjadikan tanah terbiar yang dulunya telah dimajukan akan menjadi tanah terbiar baharu
"Felcra Berhad telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan program turun padang sehari bersama waris dengan kerjasama Unit Pembahagian Pusaka Kecil bagi memberi penerangan dan membantu waris mengemukakan permohonan bicara kuasa,'' katanya.
Dr Zambry menjawab soalan lisan Abdullah Fauzi Datuk Ahmad Razali (BN-Kampung Gajah) dalam persidangan Dewan Negeri Perak pada Isnin.
Di samping itu, kata Menteri Besar, usaha juga dibuat bagi mengesan waris seperti dengan cara membuat carian rasmi dipejabat tanah daerah dipejabat SPR, KWSP, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan lain-lain.
Namun demikian, katanya, usaha itu tidak dapat diselesaikan secara keseluruhan kerana isu utama yang dihadapi adalah berkaitan dengan daftar hak milik yang tidak lengkap ada antaranya sebelum merdeka seperti nombor kad pengenalanan, alamat nombor daftar hak milkk dan sebagainya.
Katanya, maklumat peserta Felcra yang belum menandatangani perjanjian dan tidak dapat dikesan sehingga Oktober 2014 adalah pertama, belum bicara kuasa iaitu 225 lot dengan melibatkan keluasan 900 ekar.
Kedua, katanya, tidak dapat dikesan iaitu 671 lot melibatkan kelausan 2,684 ekar dan kerajaan negeri akan mencari jalan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan isu ini.

No comments:

Post a Comment