YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 31 October 2014

Saiful Dan Anwar Memang Ada 'Hubungan' Istimewa - Pendakwaan



 Mahkamah diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan mempunyai hubungan istimewa berdasarkan elaun dan manfaat yang diterima Saiful sepanjang berkhidmat bersama majikannya itu.

Ketua Pendakwaraya kes Liwat 2 Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun lumayan serta dihantar ke luar negara.

Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke Hong Kong.

Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan wujud "hubungan".

Anwar, 67, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Thursday 30 October 2014

Bajet2015 : Inspirasi Kepimpinan Nabi Yusuf a.s



Apa yang tersurat dan tersirat dalam Bajet 2015 telah diketahui umum setelah pembentangannya dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober lalu. Ramai pihak termasuk pakar ekonomi, penganalisis, ahli akademik dan orang awam telah memberikan pandangan masing-masing.

Pelbagai perkara telah disentuh mengenai bajet ini. Ia meliputi isu perancangan untuk tempoh 12 bulan akan datang, peruntukan untuk pembangunan, pihak-pihak yang mendapat manfaat langsung dan tidak langsung, kesan makro dan mikro ekonomi dan banyak lagi.

Sebagai contoh, banyak pihak akan mendapat manfaat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah dinaikkan kadarnya kepada RM950. Begitu juga dengan bonus kepada penjawat awam yang dibayar sebanyak setengah bulan gaji di samping bantuan-bantuan lain yang telah diumumkan.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah masyarakat harus memanfaatkan bantuan yang diterima ini agar kesannya dapat dinikmati sebaik mungkin? Adakah model pengurusan ekonomi yang boleh dijadikan panduan?

Bagi penulis, sedar atau tidak urusan bajet ini telah lama dibicarakan dan dilaksana sejak zaman dahulu. Masyarakat harus mencontohi dan mempelajari perancangan kewangan yang dicetuskan oleh Nabi Yusuf a.s. Hebatnya perancangan kewangan ini sehingga ia tercatat di dalam al-Quran Surah Yusuf ayat 47 hingga 49.

Intipati daripada ayat ini adalah sangat besar dan luas yang merangkumi pelbagai aspek seperti model ekonomi, perancangan jangka panjang, kemahiran, teknologi, penyelidikan dan pembangunan, tenaga kerja yang cekap, pengeluaran yang optimum dan lain-lain lagi. Setiap perancangan yang dibuat akan melalui dua fasa, iaitu fasa ekonomi sedang berkembang dan fasa kemelesetan ekonomi. Setiap fasa mengambil tempoh masa selama tujuh tahun.

Model ekonomi yang diasaskan oleh Nabi Yusuf ini adalah satu model yang terbaik dan sesuai diaplikasi pada setiap zaman termasuklah sekarang. Walaupun model ini lebih merujuk kepada perancangan ekonomi negara, namun ia juga sesuai untuk dipraktikkan dalam pengurusan ekonomi keluarga.

Bagi penerima BR1M misalnya, perancangan jangka panjang perlu dilakukan bagi tujuan pengurusan wang yang diterima. Bantuan BR1M tidak seharusnya dijadikan sebagai sumber pendapatan tetap walaupun ia diterima setiap tahun. Ia harus dianggap sebagai bonus atau wang tambahan.

Seharusnya perlu ada perancangan bagi manfaat wang tersebut. Para penerima wajar bertanya pada diri masing-masing apa yang telah dilakukan dengan wang BR1M yang diterima pada tahun lepas? Adakah manfaat daripada wang tersebut dapat dirasai sehingga sekarang atau dapat duit pada waktu pagi, sebelah petangnya sudah habis dibelanjakan?

Pemerhatian rambang penulis mendapati kebanyakan penerima menggunakan wang tersebut untuk membeli barang-barang yang kurang penting. Misalnya, ada yang menggunakan wang tersebut untuk menukar telefon bimbit yang baru. Ada yang menggunakannya untuk membeli pakaian dan sebagainya yang bukan merupakan keperluan asas harian.

Hal ini seharusnya wajar difikirkan semula. Fikirkan tentang bagaimana wang ini perlu dibelanja agar ia boleh memberi manfaat untuk tempoh masa yang lama. Setidak-tidaknya perlu ada perancangan masa hadapan terhadap wang tersebut. Jika dahulu sebelum BR1M diberikan masyarakat masih boleh berbelanja sebagaimana biasa. Apa kata jika pada masa BR1M diberikan ini perbelanjaan dilakukan sebagaimana sebelum mendapat BR1M ini.

Jika perkara ini boleh dilakukan maka wang BR1M tersebut boleh disimpan untuk digunakan pada hal-hal kecemasan dan situasi yang mendesak. Wang yang kecil ini jika kena perancangannya bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada diri sendiri malah boleh membantu orang lain.

Dalam kisah Nabi Yusuf misalnya, masyarakat dari negara-negara jiran memohon bantuan Mesir ketika berhadapan dengan masalah kemelesetan ekonomi pada waktu tersebut. Pada masa ekonomi meruncing sudah pasti golongan berpendapatan rendah dan orang miskin akan mendapat kesan yang paling besar. Namun, atas kebijaksanaan Nabi Yusuf A.S. golongan-golongan ini tidak berhadapan dengan masalah tersebut.

Inilah yang sewajarnya dilakukan oleh setiap ketua keluarga pada waktu sekarang. Wang bantuan dan bonus yang diterima boleh digunakan untuk manfaat masa kesusahan. Jangan terburu-buru berbelanja dan menghabiskannya dalam tempoh yang singkat. Simpan wang tersebut atau jadikannya sebagai modal permulaan perniagaan kecil-kecilan.

Nabi Yusuf juga mengajar tentang pentingnya penguasaan teknologi dan kemahiran tertentu oleh sesebuah masyarakat. Jangan hanya mengharap dan bergantung kepada orang lain selama-lamanya. Kecanggihan teknologi dan kemahiran ini merupakan perkara penting yang harus ada pada setiap masyarakat untuk sekurang-kurangnya boleh mengeluarkan makanan untuk kegunaan sendiri.

Sebagai contoh, masyarakat boleh cuba menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan mengelak kebergantungan kepada pihak lain. Sayuran ini mungkin boleh disimpan, dikongsi bersama jiran atau dijual bagi menambah pendapatan.

Teknologi tanaman terkini menjadikan proses penanaman sayur-sayuran kini lebih mudah dan tidak memerlukan ruang luas untuk bercucuk-tanam. Curahkan sedikit tenaga dan hasil yang besar tentu menanti kita.

Manfaat musim hujan pada masa sekarang juga boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan air. Jika awal tahun lalu masyarakat sedih dengan kekurangan air sehingga menyebabkan catuan dilakukan, sekarang air hujan turun dengan banyak.

Mungkin satu perancangan besar boleh dirangka sama ada di peringkat keluarga mahupun negara. Tong-tong simpanan air yang dibeli pada waktu catuan air boleh digunakan untuk mengisi air hujan ini untuk manfaat pada bulan atau tahun hadapan.

Sebagai kesimpulannya penulis menyeru kepada semua ketua keluarga agar sama-sama menghayati prinsip-prinsip yang terdapat dalam model ekonomi Nabi Yusuf. Pemimpin-pemimpin negara juga wajar menjadikan model ini sebagai asas setiap kali bajet dirangka. Moga-moga setiap daripada kita mendapat manfaatnya.
*Penulis artikel Ram Al Jafri Saad yang dipetik dari Utusan Online ini merupakan Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Wednesday 29 October 2014

#Bajet2015 Usaha Menangi Hati Rakyat


Agenda di dalam Bajet 2015 termasuk rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan kerajaan berusaha memenangi hati rakyat dan mengimbangi kewangan negara.

Ketua Cukai Negara Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng berkata, pada waktu ini, kerajaan berusaha memastikan kadar hutang negara dapat dikurangkan dan meningkatkan kredibiliti fiskal.

Menurutnya, kerajaan juga berterusan menyokong kelas bawahan dan pertengahan dengan memberi pelbagai bentuk bantuan seperti peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pengurangan cukai individu satu hingga tiga mata peratusan.

Katanya, langkah-langkah yang diperkenalkan itu dapat melindungi kepentingan kedua-dua pihak iaitu rakyat dan kerajaan.

“Langkah-langkah dan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2015 dapat menebalkan poket rakyat untuk terus berbelanja terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya memetik laporan Utusan Online semasa menjadi panel seminar Deloitte TaxMax 2014 di sini baru-baru ini.

Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lalu dengan tema ekonomi keperluan rakyat.

Tambah Wing Peng, Bajet 2015 dilihat sebagai usaha kerajaan memastikan Malaysia mencapai negara maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, hal ini berbanding dengan tumpuan pada Bajet 2014 iaitu menumpukan usaha dalam mendidik kalangan perniagaan dan rakyat mengenai GST.

“Pada waktu ini, beberapa langkah kerajaan seperti rasionalisasi subsidi dan GST mungkin dianggap kurang popular. Namun, ia menjadi sangat penting dan bermanfaat dalam jangka panjang,” ujarnya.

Kata Wing Peng, Bajet 2015 turut membuktikan sokongan kerajaan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan dana-dana mudah.

Jelasnya, cabaran utama PKS selama ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan berpotensi.

“Platform akaun pelaburan (IAP) di dalam Bajet 2015 yang mematuhi syariah dijangka menyuburkan aktiviti PKS di negara ini,” ujarnya.

Tuesday 28 October 2014

'KY Jelly' Dipersoal : Peguam Bela Gagal Nafi Air Mani Milik Anwar



Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari inimempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.

Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful, di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.

Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir dikenali sebagai 'KY Jelly' telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.

Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.

Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.

"Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan," katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.

Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.

Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaan KY Jelly) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh.

Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.

"Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten," katanya.

Sri Ram berkata KY Jelly adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful dan Mohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan.

Sri Ram berkata apabila ditanya Karpal pada kali pertama sama ada jeli berkenaan adalah sesuatu yang difikirkan kemudian, Mohd Saiful menjawab 'ya', tetapi saksi utama itu mengubah jawapan kepada 'tidak' selepas dia meminta Karpal mengulang pertanyaan itu.

Pada perbicaran hari ini, Ky Jelly menjadi fokus pihak pembelaan, walaupun ia tidak begitu diberi tumpuan ketika rayuan kes ini dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 6 dan 7 Mac tahun ini.

Dalam rayuan terakhirnya ini, Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya kerana meliwat Mohd Saiful, 27, manakala pihak pendakwaan memfailkan rayuan balas untuk memohon mahkamah menambah hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar, 67.

Pihak pembelaan mengemukakan 46 alasan untuk memohon mahkamah melepaskan Anwar daripada tuduhan itu dengan berkata sabitan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac adalah tidak kukuh.

Dalam satu lagi hujahnya, Sri Ram mempertikai perbuatan Mohd Saiful yang hanya membuat laporan polis dua hari selepas berlakunya kejadian yang didakwa itu dengan memberi alasan dia bimbang tentang keselamatan dirinya.

Kata peguam itu, sekiranya perkara itu betul, Mohd Saiful pasti telah membuat laporan polis atau dengan sendiri pergi mendapatkan pemeriksaan fizikal dengan secepat mungkin, tetapi Mohd Saiful menunggu sehingga dua hari sebelum pergi ke hospital dan seterusnya membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Ketika menyerang kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi utama, Sri Ram berkata tingkah laku Mohd Saiful ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku adalah tidak konsisten dengan keterangannya. Dalam hujahnya, Sri Ram berkata Mohd Saiful pergi berjumpa Anwar pada hari berikutnya selepas hari yang dikatakan berlaku kejadian itu untuk mengadakan perbincangan dan selepas itu minum teh bersama Anwar di rumah Anwar. "Tingkah lakunya pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian itu didakwa berlaku, menjelaskan sesuatu. Dia mengenal pasti dirinya dalam foto yang dirakam ketika minum teh di situ.

Berdasarkan gambar berkenaan, tingkah laku saksi pertama ini (Mohd Saiful) adalah sangat penting," katanya.

Sri Ram berkata Mohd Saiful hampir tidak langsung kelihatan seperti seseorang yang sedang diancam atau seseorang yang berada dalam ketakutan, tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terlepas pandang mengenainya dalam kes ini.

Mengenai alasan berikutnya, Sri Ram berhujah tentang dua seluar dalam Mohd Saiful yang dipakai saksi itu dalam kejadian berkenaan dan ketika dia membuat laporan polis, tetapi tidak disebut dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Katanya Mohd Saiful memakai seluar dalam pada hari dia didakwa diliwat, tetapi dari segi forensik, ia tidak bermakna kerana apabila pegawai penyiasat merampas seluar dalam itu, ia telah dicuci oleh ibu tunang Mohd Saiful.

Bagaimanapun, ahli kimia mendapati wujud kesan air mani pada satu lagi seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful pada hari dia membuat laporan polis iaitu 28 Jun 2008.

"Menurut pihak pendakwaan, kesan itu berasal daripada perayu, tetapi seluar dalam berkenaan bukanlah yang dipakai Mohd Saiful pada waktu berkenaan. Ini menyebabkan keterangan Mohd Saiful tidak boleh diterima.

"Mahkamaah Tinggi terlepas pandang sepenuhnya tentang semua perkara ini. Mahkamah Rayuan tidak mendapati seluar dalam berkenaan disebut dalam penghakiman (mahkamah Tinggi) pada kali pertama. Ia juga tidak mendapatinya disebut dalam penghakiman yang mensabitkan kesalahan perayu (Anwar)," katanya.

Monday 27 October 2014

Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat



Yb dato sham bin mat sahat bersama isteri.... pemimpin yang berjiwa rakyat dan disenangi semua masyarakat parlimen bgn serai.

Sunday 26 October 2014

Meraikan Kejayaan Pemain Pemuda Bola Sepak Bagan Serai Yang Menang Tempat Ketiga Dalam Liga Amanjaya








Terima kasih Dato' Sham Mat Sahat kerana sudi meraikan pemain bola sepak pemuda bagan serai.. tahniah kepada semua pemain diharap pasukan pemuda akan terus mendapat kejayaan pada masa2 akan datang...

Saturday 25 October 2014

Sekitar Bengkel Keahlian UMNO Bagan Serai









Hari ini Dato Sham Mat Sahat Telah merasmikan Bengkel Keahlian UMNO Bagan Serai,Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Bengkel ini..

Friday 24 October 2014

Pertembungan Budaya Asing, Agama Pesongkan Umat Islam


BLOG REZQEEN HILL - Program yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Program itu telah melanggar dua point di bawah :

Hukum menyentuh anjing?


1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Hukum membela anjing?


2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak." [riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)


Aznil meluahkan pendapatnya di Twitter tetapi dijawab semula oleh Aziz M. Osman. Ini di antara perbezaan orang yang tahu mengenai hukum dan tidak tahu. Mungkin Aziz M. Osman tak pernah mendengar ungkapan agenda pihak tertentu untuk meliberal & mempluralkan agama Islam.

Ada pendapat agama mengatakan, ada perbezaan sengaja dan tidak sengaja terkena najis. Sengaja tu haram, tak sengaja tu tak haram. Banyak orang berpendapat semua itu tak haram sebab mereka memudahkan hukum² Allah.

Pendapat peribadi saya mudah saja untuk para Pembaca fahami.


Thursday 23 October 2014

Sentuh Anjing : Ada Kepala Tapi Tak Ada Otak - Nik Aziz



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.
"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.
"Perkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam nanti.
"Saya berharap perkara ini dapat ditangkis secara rasional supaya ia tidak menggugat keharmonian di negara ini," katanya.
Nik Aziz berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam.

Wednesday 22 October 2014

UMNO : Perwakilan Parti Gerakan Kurang Ajar



Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar perwakilan parti Gerakan yang terlalu kurang ajar dan biadap yang mendakwa orang Melayu sebagai pendatang di negara ini.

Katanya, dakwaan tersebut amat serius dan dilabelkan sebagai cubaan menghasut yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

“Tuduhan bahawa Melayu juga pendatang sememangnya berniat jahat dan perbuatan menghina orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Ia amat rasis, berniat jahat, kurang ajar, biadap dan tidak tahu berterima kasih,” katanya menerusi laman blog UMNO Bahagian Cheras

Beliau mengulas laporan media mengenai dakwaan seorang perwakilan Gerakan yang mengingatkan pemimpin UMNO untuk tidak menggunakan kenyataan ‘pendatang’ kepada bangsa lain semasa mesyuarat agung tahunan parti itu yang berlangsung hari ini.

Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berkata, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

Syed Ali berkata, dakwaan perwakilan tersebut turut dilihat sebagai satu percubaan untuk menanam persepsi jahat dalam kalangan bukan Melayu.

Katanya, UMNO tidak boleh menerima penghinaan dan sifat kurang ajar seperti itu serta menentang sekeras-kerasnya dakwaan perwakilan dari Johor itu.

“Melihat kepada ucapan perwakilan itu, ternyata ahli Gerakan hanya bermain sandiwara dan secara terbuka menghina kedudukan orang Melayu di negara ini.

“Saya cabar Presiden Gerakan supaya segera ambil tindakan terhadap perwakilan Johor yang berniat jahat mendakwa orang Melayu sebagai pendatang,” ujarnya.

Beliau turut memberi amaran kepada ahli Gerakan supaya tidak memesongkan fakta sejarah kerana orang Melayu mempunyai tahap kesabarannya.

Tuesday 21 October 2014

Bantu dan terus membantu. Diskaun istimewa di KB1AJ Dun Alor Pongsu






Terima kasih Yb Dato' Sham Mat Sahat di atas kerjasama dan sokongan.Alhamdullilah KB1AJ berjalan dengan lancar dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini aminnn...


Monday 20 October 2014

Seminar Pecutan SPM & STPM anjuran Sekretariat Rakyat Setia Perak











 Seminar Pecutan SPM & STPM anjuran Sekretariat Rakyat Setia Perak dibwh YDP Cikgu Zulkarnain Ismail.. Tahniah usaha yg murni utk anak bangsa. Tksh semua ahli SETIA yg menjayakan dan YB DatoDato' Sham Mat Sahat yg memberi sokongan. Ketua dan Jkuasa Puteriumno Baganserai juga turut hadir memberi sokongan.

Sunday 19 October 2014

Majlis Perasmian Program Eksplorasi Ilmu







Majlis Perasmian Program Eksplorasi Ilmu
Bersama Dato Sri Ahmad Husni Bin Haji Hohd Hanadzlah Menteri Kewangan dan terima kasih juga kepada kepimpinan Dato Sham Bersama Umno bagan serai yang telah menyempurnakan majlis ini.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat aminnn

Majlis Santai Anak Muda Bersama Pemuda Umno Bagan Serai











Selesai Majlis Santai Anak Muda anjuran Pemuda UMNO Bahagian bersama JKKK Batu 38 serta Penyerahan barangan sukan untuk Cawangan Pemuda UMNO berhampiran.. Terima kasih Dato' Sham Mat Sahat dan Zarina Abdol Majid

Saturday 18 October 2014

Moh Kita Ke Majlis Santai Anak Muda



Salam Perak Amanjaya kepada semua sekali,Jom pakat semua datang Ke Majlis Santai Anak Muda Anjuran Pengerakan Pemuda Umno Bagan Serai,Pelbagai Aktiviti Yang Menarik Akan dijalankan bersama sesi santai anak muda.Jangan ketinggalan semua........Pemuda Harapan Rakyat membawa berkat terutamanaya pemuda Bagan serai...

Seminar Pecutan Akhir SPM & STPM 2014



Salam Perak Amanjaya kepada semua,Di minta semua hadir ke seminar pecutan akhir SPM&STPM 2014,Moh kita ramai-ramai memeriahkan majlis ini nanti.....

Friday 17 October 2014

Jom Pakat Mai Ke Kedai Bergerak Amanjaya Di Dun Alor Pongsu



Salam YB Dato' Sham Mat Sahat..KB1AJ akan berada di dun Yb pada 19 oct 2014 ( Ahad ).Tkasih pada Yb yg telah sudi menyumbang lg 5% diskaun kpd pengguna disamping Ybudr jugak memberi 5%..Semua dijemput hadir..

Jom Pakat Mai Semua !!!





Program "EKSPLORASI ILMU" anjuran Puteri Umno dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pd 19 Oktober 2014 (ahad) jam 8.00 pg bertempat di Dewan Kompleks Sukan Bagan Serai.
Semua di jemput hadir...
Note:- Gerai Jualan terbuka utk sesiapa yg ingin berniaga (diutamakan ahli puteri...sekiranya masih ada kekosongan tapak sy akan buka utk orang awam. Borang tapak niaga blh dapatkan dari saya.
Utk keterangan lanjut blh hubungi sy di talian 017-4945643.

Thursday 16 October 2014

Sambutan Hari IADA Peringkat Daerah Kerian














Hari ini Dato Sham telah merasmikan Sambutan Hari IADA Peringkat Daerah Kerian,Alhamdullilah Program berjalan lancar dan terima kasih juga kepada pihak penganjur yang telah menjemput saya untuk merasmikan program ini...aminnn

Wednesday 15 October 2014

Takziah


Al Fatihah,Kembalinya ke rahmatullah Allahyarham ayahanda Menteri Besar Perak....

Tuesday 14 October 2014

Bersama pelajar-pelajar perak di Universiti Islam Pekan Baru Riau


Hari ini Dato Sham Mat Sahat Telah menghadiri dan merasmikan program di sana bersama pelajar-pelajar perak di Universiti Islam Pekan Baru Riau.Syabas YB Sham....

Monday 13 October 2014

PAS gantung Saari, Hasnul selama setahun



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat mengumumkan penggantungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin, selama setahun, berkuatkuasa hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata kedudukan dua ADUN itu bagaimanapun tidak berubah namun mereka tidak dibenarkan mewakili parti selama setahun.
"Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan penggantungan keahlian dua ADUN di Selangor namun mereka kekal sebagai ADUN kita.

Sunday 12 October 2014

ProgramTurun Padang 2014 Dun Gunung Semanggol









Hari ini Dato sham Mat Sahat bersama Dato ismail saffian serta rombongan umno bagan serai dan juga YBU Perak telah melaksanakan program turun padang 2014 di Dun Gunung Semanggol.Alhamdullilah semua berjalan lancar,Dengan adanya sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan penduduk yang miskin dan dapat mengurangkan kos hidup mereka.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini amin....

Saturday 11 October 2014

Guan Eng Jangan Keterlaluan



KUALA LUMPUR  - Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng diminta tidak bersikap keterlaluan sehingga menu­duh Pas sebagai talam dua muka dalam hubungan parti itu dengan pakatan pembangkang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng itu seolah-olah menganggap Pas sebagai sebuah parti hipokrit dalam perjuangannya.

Beliau berkata, pada hal, Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya sedar bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menegaskan pada ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas sebelum ini bahawa parti itu akan beristiqamah dalam tahaluf siyasi.

"Mungkin di sana (muktamar) ada pimpinan-pimpinan kita yang mengkritik dan menegur serta mungkin perkara-perkara yang dikritik itu berlaku sesama sendiri maka itu pada saya, adalah sesuatu yang positif atas dasar ingat mengingatkan antara satu sama lain. Perkara ini melibatkan tegur menegur dan kritik mengkritik terutama dalam ruang demokrasi yang ada.

"Semua ini adalah satu perkara yang selayaknya dipandang positif. Bukannya kita mahu menjatuhkan pakatan pembangkang tetapi adalah membetulkan atau memperbaiki keadaan itu sama ada dibuat secara tertutup ataupun dipetik oleh pihak media yang akhirnya menjadi terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam laporan portal berita semalam, Guan Eng dengan terus terang meminta ahli Pas yang menentang pakatan pembangkang untuk menunjukkan diri, dan jangan menjadi 'talam dua muka'.

Mengulas lanjut, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh memberitahu, perkara paling penting adalah bagi semua pihak dalam pakatan pembangkang untuk berlapang dada dalam menerima teguran serta kritikan mendatang.

Beliau berkata, sekiranya terdapat perkara yang menuntut sebarang penjelasan maka penjelasan secukupnya perlu diberikan bagi memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam kerjasama antara pakatan pembangkang.

Friday 10 October 2014

Bajet 2015 : OKU Mohon Pengecualian Pelaksanaan GST



KUALA LUMPUR- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di sini berharap agar kerajaan dapat membuat suatu pengecualian terhadap golongan itu dalam perancangan untuk melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula April tahun hadapan.

Menurut seorang OKU, Husin Muhammad, 42, beliau meminta agar pengecualian GST terhadap golongan istimewa ini mendapat perkenan pihak kerajaan dan menganggapnya  sebagai satu bentuk kebajikan dari pihak kerajaan.

"Bagi saya GST untuk OKU biarlah dikecualikan ataupun dikenakan separuh harga untuk membeli barang-barang keperluan seperti ditempat-tempat khas yang disediakan oleh kerajaan dan juga ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Bagi saya itu adalah satu kebajikan sebab OKU jarang berkunjung ke tempat-tempat seperti pusat membeli-belah yang sememangnya mengenakan GST," katanya kepada Rakyat News dalam satu tinjauan yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
alt
Tambah Husin, sekiranya perkara tersebut enggan direalisasikan oleh pihak kerajaan, beliau memohon agar pihak kerajaan mencari alternatif lain bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik ini seperti memperkenalkan kemudahan kad separuh harga buat mereka yang diiktiraf sebagai OKU sebenar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurutnya lagi, antara golongan  yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah sebahagian besar pekerja yang datang dari golongan bawahan dan mereka yang mempunyai isi rumah yang ramai.

"Masalah GST akan dirasai oleh orang ramai,lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai ramai anak.

"Kita juga tidak tahu nilai GST sebenaryang akan dikenakan. Jadi biarlah ia bersifat ala kadar dan tidak terlalu tinggi kerana bimbang harga barang akan melonjak naik atas alasan GST yang tidak relevan," ujarnya.