YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 31 August 2015

Cari Dana Untuk Gerakan Parti -Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan bahawa bagi memastikan UMNO terus berkhidmat kepada rakyat, beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti.
Najib menerusi penulisan terbaharunya di laman blog NajibRazak.com berkata, beliau telah lama berada dalam politik dan akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.
Tegasnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah mengakui bahawa setiap parti politik memerlukan dana.
“Tun Dr Mahathir sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut ‘every political party needs money’,” tulisnya.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting untuk mendapatkan dana politik.
“Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting iaitu jangan mencuri duit orang dan tidak menyalahi undang-undang.
“Isu dana ini saya boleh terangkan kepada ahli-ahli UMNO secara terperinci tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup. Perbincangan secara terbuka hanya akan merosakkan UMNO,” tegasnya lagi.
Najib juga menegaskan bahawa beliau mempunyai hak sebagai seorang presiden dalam parti UMNO.
“Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.
“Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.
“Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO,” kata beliau lagi.

Sunday 30 August 2015

501 Pelajar Terima Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak



IPOH: Seramai 501 orang anak-anak Perak telah menerima cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak sebagai bantuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ianya telah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Jumlah tersebut terbahagi masing-masing di peringkat Diploma seramai 83 orang, Ijazah Sarjana Muda (355), Sarjana (53) dan juga Ijazah Falsafah (PHD) seramai 10 orang.
PERAK TODAY 3
Zambry berkata, pinjaman tersebut adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak Perak yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi.
“Kita akan meneruskan agenda untuk membantu anak-anak negeri Perak supaya mereka berjaya dalam pelajaran dan tidak menjadikan halangan-halangan kemiskinan, kesusahan sebagai faktor untuk mereka tidak melanjutkan pelajaran.
“Kita yakin bahawa pendidikan merupakan satu asas yang sangat penting dalam kehidupan kita. Mahu tidak mahu, kita perlu memberikan perhatian yang secukupnya bukan hanya ibu bapa, tetapi juga guru-guru dan termasuk juga Kerajaan negeri,” kata beliau.
PERAK TODAY 2
Dalam pada itu, beliau berkata, pelajar yang menerima pinjaman tersebut seharusnya bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik dalam tempoh yang telah ditetapkan.
“Cuma apa yang kita tekankan, dalam situasi yang sukar seperti sekarang, kita tidak mahu memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri tidak begitu prihatin dengan permasalahan yang berlaku.
“Masing-masing perlu saling faham memahami iaitu tanggungjawab mereka untuk membayar, tapi kalau mereka ada masalah, mereka datang bertemu dengan pihak kerajaan untuk memaklumkan di mana mereka,” jelasnya.
PERAK TODAY 1
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas diminta mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri sama ada mahu menambah peruntukan ataupun mengurangkan jumlah peminjam di masa hadapan.
Tegasnya, perkara yang menjadi permasalahan adalah apabila individu tersebut gagal dikesan seolah-olah menunjukkan mereka lari daripada membayar pinjaman tersebut.
Oleh sebab yang demikian, tambah beliau, kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan individu yang gagal untuk membuat pembayaran balik pinjaman tersebut.
PERAK TODAY 5
“Pihak jawatankuasa telah pun mengkaji dan telah menetapkan beberapa langkah yang perlu dibuat.
“Mereka sedang melihat dari segi tahap kes-kes yang terbabit itu umpamanya kes dimana peminjam langsung tak nak bayar, tak tahu dimana mereka, berkali-kali dihantar peringatan pun langsung mereka tidak memberi jawapan. Kes-kes begini yang akan dicari,” tegasnya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan anugerah kepada 10 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Anugerah Pinjaman Boleh Ubah kepada Biasiswa kerana telah mendapat keputusan kepujian kelas pertama dalam bidang yang diceburi.

Friday 28 August 2015

Sekitar Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Bg Serai pada 16 Ogos 2015.
















Sekitar Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Bg Serai pada 16 Ogos 2015. Perasmian disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri b. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Thursday 27 August 2015

Menyampaikan watikah kepada imam sungai protan



YB Dato' Sham Mat Sahat ADUN Alor pongsu merangkap ketua Umno Bahagian bagan serai menyampaikan watikah kepada imam sungai protan sapiee bin nayan.Peruntukkan dari kerajaan pusat daripada 1MDB.Terima kasih semua..

Wednesday 26 August 2015

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 58



Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 58 kepada semua rakyat Malaysia dan Al-Fatihah kepada pewira bangsa yang berjuang mempertahankan tanah air Malaysia.

Tuesday 25 August 2015

Program Hari Bersama & Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Batu 14 Teluk Medan..




Assallamualaikum. Jemput semua warga Bagan Serai dan yang berdekatan untuk turut memeriahkan program Hari Bersama & Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Batu 14 Teluk Medan..
 Khamis 20 Ogos 2015
Banyak acara menarik untuk penglibatan masyarakat dengan kerjasama SKMM dan Pusat Khidmat ADUN Alor Pongsu.(Ketua UMNO Bahagian)


Monday 24 August 2015

Majlis sumbangan kepada mangsa -mangsa ribut










Di majlis sumbangan kepada mangsa -mangsa ribut yang di sampaikan oleh Dato' Sham Mat Sahat bertempat di Hotel Kelisa, Bagan Serai.


Sunday 23 August 2015

Terbaikk Dato!!!!



Berkaitan isu 1MDB dan dana, Ahli UMNO perlu memeriksa fakta terlebih dahulu membuat persepsi kerana kutipan dana yang terlebih dahulu sebelum membuat persepsi kerana kutipan dana yang dibuat adalah semata-mata untuk kepentingan parti dan banyak tanggugjawap sosial koporat (CSR) yang dilakukan selama ini.

Oleh yang demikian, UMNO Bahagian Bagan Serai menyokong saranan supaya setiap parti mengistiharkan punca dan sumber kewangannya.dari sini baru kita tahu dana pembangkang dari mana, sama ada dalam atau luar negara, tauke-tauke atau sumber dari aktiviti haram. Ini yang ditentang pembangkang sewaktu kerajaan mencadangkan isu ini sebagai peraturan dan undang-undang.

Mereka bimbang tembelang mereka pecah. UMNO menerima dana bukan kerana memberi kontrak-kontrak kepada penderma. Pembangkang terima dana sebab dapat kontrak. Tetapi SPRM mengesahkan dana yang diterima UMNO melalui Presiden UMNO bukan rasuah dan juga bukan duit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

UMNO Bahagian Bagan Serai berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tegas menyatakan kesediannya membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga mesti melakukan perkara yang sama.

UMNO Bagan Serai juga amat menyokong penuh perlantikan YAB. Dato' Seri Dr ahmad Zahid Hamidi Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan keyakinan mampu untuk membantu Perdana Menteri Mengembalikan keyakinan kepada parti dan negara srta membawa perubahan untuk meneruskan legasi dan asas perjuangan UMNO yang murni dan besar. UMNO Bagan Serai meyakini Dato Zahid akan melakukan perkara yang besar untuk parti,

Saturday 22 August 2015

Persiapan terakhir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Bg Serai di pejabat UMNO Bhg Bg Serai.








Mesyuarat Khas AJK UMNO Bhg Bg Serai berkenaan Persiapan terakhir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Bg Serai di pejabat UMNO Bhg Bg Serai.

Friday 21 August 2015

Majlis Lestari Cakna Mahabbah Aidil Fitri PDK Harmoni 2015











Majlis Lestari Cakna Mahabbah Aidil Fitri PDK Harmoni 2015. .Terima kasih kepada semua yang hadir. .Turut Hadir YDH OKK LAKSAMANA RAJA MAHKOTA DATO ' HJ.MEOR REDWAN BIN MAHAYUDIN (ORANG BESAR JAJAHAN KERIAN), Dato 'Hamzah Husin (Pegawai Daerah Kerian ), Dato' Sham Mat Sahat( ADUN Alor Pongsu ), OCPD SPS, Puan Rohani (Pengarah AADK Penang)& Penolong Pengarah JKM PP & semuajemputan..maaf jika ada sebarang kekurangan. .terima lah ia seadanya.

Tuesday 18 August 2015

Program Taklimat Kemantapan Koperasi dan Jamuan Hari Raya Majlis Perunding Koperasi Parlimen(MPKP)









Program Taklimat Kemantapan Koperasi dan Jamuan Hari Raya Majlis Perunding Koperasi Parlimen(MPKP) Bg Serai di Dewan Komuniti Bg Serai.

Monday 17 August 2015

Sunday 16 August 2015

Majlis Sumbangan Untuk Bakal-bakal Haji 2015









Dato Sham Mat Sahat hadir ke majlis dan memberikan sumbangan kepada bakal-bakal haji 2015