YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 30 April 2014

Demo Anti GST Alasan Nak Guling Kerajaan - Tun M



KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa berselindung di sebalik isu bantahan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menganjurkan perhimpunan di ibu negara hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tujuannya untuk mengganggu kerajaan, seboleh-bolehnya untuk menjatuhkan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Reka di sini hari ini.

Mahathir sebelum ini pernah mendedahkan menerusi blog beliau bahawa protes jalanan adalah dibenarkan namun kaedah tersebut kini semakin berpajangan dan boleh mengakibatkan negara lumpuh.

Dengan memberi contoh beberapa negara bergolak, Mahathir menyifatkan Mlaaysia berkemungkinan akan berdepan dengan masalah sama sekiranya sifat ingin melakukan protes dijalanan diteruskan.

"Ternyata terdapat warga Malaysia yang ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih menerusi demonstrasi," katanya.

Tambah beliau, sungguhpun jumlah keanggotaan demonstrasi tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil gulung tikar namun phak penganjur akan berusaha untuk meningkatkan jumlah protestan sehingga mencecah jutaan orang supaya kerja harian akan terganggu.

"Langkah seterusnya adalah untuk mengambil alih bangunan kerajaan," ujarnya.

Tuesday 29 April 2014

'Fuck Media' : Penyokong Himpunan Bantah GST Serang Wartawan



KUALA LUMPUR 1 Mei - Sekumpulan pemuda yang dikenali sebagai Rejimen Anarki telah bertindak menyerang petugas media ketika melakukan rakaman sejurus selesai Himpunan Bantah GST.

Kumpulan yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.10 petang di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dengan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah seperti 'Fuck Media' dan mengeluarkan isyarat jari tengah.

Di samping itu, kumpulan tersebut turut melontarkan kayu yang mempunyai permukaan tajam kepada pihak media.
 
alt

Namun, kumpulan media sempat menyedari tindakan tersebut sempat mengelak tindakan kejam oleh para pendemo tersebut.

Antara yang terlibat pada saat tersebut adalah jurugambar dan juruvideo media.

Kekecohan yang berlaku selama sejam itu berjaya diselesaikan sejurus Unit Amal PAS tiba di lokasi kejadian.

Monday 28 April 2014

"Jangan Sentuh Anwar" - Azmin Ali



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali pada Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan agar tidak 'sentuh' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Amaran yang dikeluarkan Azmin itu seolah-oleh membayangkan bahawa himpunan yang diadakan hari ini bukanlah untuk membantah GST tetapi untuk membela ketua pembangkang itu.
 
"Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ingin ulang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman kepada Anwar. Jangan kamu zalimi rakyat dan Anwar. Jangan kamu sentuh Anwar.
 
"Rakyat Malaysia tidak akan benarkan walau sesaat Anwar dimasukkan ke dalam penjara. Lawan tetap lawan. Kezaliman yang dilakukan bukan hanya kepada Anwar tetapi kepada rakyat," katanya.
 
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20 ribu peserta yang hadir pada perhimpunan bantah GST di ibu negara.
 
Dalam ucapannya, Azmin turut memberi gambaran bahawa akan mengadakan demostrasi jalanan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Anwar bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sunday 27 April 2014

Melawat penduduk di parit sungai dungun bagan serai


Hari ini yb sham dan wakil umno  melawat penduduk di kawasan parit sungai dungun bagan serai dan menyelesaikan permasalahan penduduk di kawasan tersebut bagi memastikan masalah penduduk dapat di selesaikan dengan baik...........

Saturday 26 April 2014

Sekolah Rendah Agama Rakyat yang memerlukan pembangunan dan ia diperjelaskan untuk pengetahuan YB sham



Hari ini yb sham melawat sekolah rendah agama yang memerlukan bantuan kewangan untuk pembanggunan sekolah agama ini bagi memudahkan anak-anak yang belajar di situ berasa selesa untuk belajar..........

Program Hari Membaca Sedunia di Perpustakaan Desa Bukit Merah








Program Hari Membaca Sedunia di Perpustakaan Desa Bukit Merah....yg di rasmikan oleh Zulkarnain Ismail YDP Sekretariat Rakyat Setia Perak bagi mewakili dato sham mat sahat


Friday 25 April 2014

Yb sham bersama NKUB menbuat lawatan kasih di Parit Gabis bagan serai






Hari ini yb sham bersama naib ketua bahagian menziarahi masalah rakyat di parit gabis serta memberi bantuan kepada mereka,Ternyata alhamdulilah dengan berkat bantuan kerajaan kita dapat membantu rakyat yang mempunyai masalah dari segi kewangan,perumahan serta bantuan kesihatan.Terima kasih kepada yb sham yang sememangnya peka dengan masalah rakyat setempat......

Thursday 24 April 2014

PM Belum Putuskan Calon BN PRK Bukit Gelugor



KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) belum memutuskan calon untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Mei ini.

Beliau berkata, keputusan bakal dimaklumkan secara rasmi pada satu tarikh yang bakal ditetapkan menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

"Belum fikir lagi terlalu awal, saya akan bincang dengan parti komponen BN terlebih dulu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

Wednesday 23 April 2014

UMNO-PAS Perlu Anjur Muzakarah Bincang Isu Hudud


KUALA LUMPUR- Muzakarah PAS dan Umno berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud perlu diadakan supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.
    
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya setelah persetujuan dicapai antara PAS dan Umno dalam pelaksanaan hukum hudud itu, barulah isu itu dibincangkan pula dengan bukan Islam supaya golongan ini dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan.
    
"Sebagai orang Islam, kita menyokong hudud. Tetapi sudah pasti kita juga melihat kepada keadilan, sebab itu perlu muzakarah PAS-Umno dan diikuti dengan perbincangan antara orang Islam dan bukan Islam.
    
"Isu hudud memerlukan pemahaman kerana jika ada yang tidak faham bagaimana bentuk pelaksanaan dan hukumannya memang susah nak buat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
    
Mustapa berharap pandangan berkaitan undang-undang hudud itu hanya datang daripada mereka yang mahir dan berwibawa dalam bidang tersebut supaya tidak menimbulkan kekeliruan kerana pelaksanaannya akan melibatkan banyak pihak.
    
"Ini soal hukum, jadi jika kita tak pakar dan bukan dalam bidang kita lebih baik biarkan mereka yang berwibawa bagi pandangan... orang-orang yang ada bidang kuasa dan yang penting kita (Umno) tidak tolak hudud," katanya.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah swt, namun banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum itu.
    
Mustapa menyifatkan isu hudud sebagai 'isu lama yang panas, sejuk, panas, sejuk' namun hangat kembali ekoran pelaksanaannya tidak disenaraikan dalam manifesto gabungan parti pembangkang pada pilihan rayaumum ke-13 lalu, dan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam kalangan pakatan pembangkang itu sendiri.
    
Mengenai prestasi pasukan bola sepak Kelantan, Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berharap pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dapat mencari formula bagi meningkatkan prestasi The Red Warrior yang semakin menurun kebelakangan ini.
    
"Lemah semangat bila kalah. Harap (KAFA) dapat buat sesuatu dengan drastik untuk ubah nasib kita (TRW) ini," katanya. 

Tuesday 22 April 2014

Lawatan Obama : Tiada Sebarang Tekanan Isu TPPA



KUALA LUMPUR 22 April - Tiada sebarang tekanan kepada Malaysia berkaitan isu Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada hujung minggu ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walau bagaimanapun, perbincangan mengenai perjanjian tersebut bakal menjadi keutamaan pada pertemuan di antara Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lawatan ini bukan semata-mata untuk TPPA, tetapi kedua-dua negara juga akan membincangkan isu dalam konteks yang lebih luas seperti pendidikan, sains dan inovasi, pelaburan swasta serta isu keselamatan dan juga kerjasama pertahanan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis Taklimat Bersama Media berkenaan TPPA di pejabatnya, petang tadi.

Tambahnya lagi, hasil daripada perbincangan tersebut, ia akan meningkatkan peluang khususnya untuk menyatakan pendirian khususnya Malaysia terhadap beberapa isu dan cabaran yang sedang dihadapi.

"Saya pasti bahawa isu perjanjian ini bakal menjadi perkara pokok dalam pertemuan tersebut dan sukar untuk kita meramalkan hasil daripada pertemuan tersebut".  

"Namun apa yang boleh saya katakan, ia akan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk berkongsi beberapa isu dan cabaran yang kita hadapi dalam perbincangan tersebut", ujarnya.

Terdapat beberapa kebimbangan yang mengatakan bahawa lawatan Presiden Obama ke Malaysia adalah bagi mendesak kerajaan untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Obama dalam siri rangka lawatan kerja ke negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina dan bakal singgah di Malaysia yang mana merupakan pertama kali semenjak tahun 1966 ketika era Presiden Lyndon B. Johnson.

Mesyuarat Umno bahagian bagan serai









Tahniah kepada saudara abdul muhaimin yang telah menjayakan mesyuarat umno bagan serai,terlebih dahulu yb sham meminta maaf atas ketiadaan beliau kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan,apa-apapun tahniah kerana mesyuarat berjalan dengan lancar......

Monday 21 April 2014

Terima Kasih Yb sham Atas sumbangan anda Kepada sekolah Teluk medan,Bagan serai



Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Sham Mat Sahat atas sumbangan peribadi menaiktaraf lantai Bilik Muzik SKTM dari lantai simen ke jubin. Semoga YB Dato' dipermudahkan segala urusan.

Sunday 20 April 2014

Penyampaian Watikah Perlantikan AJK JKKD Kerian..












Tahniah dari yb sham kepada mereka yang menerima watikah perlantikan AJK JKKD Kerian,

Saturday 19 April 2014

lawatan kasih ziarah dun semanggol




















Hari ini yb sham dan barisan umno bagan serai telah pergi menziarah kawasan dun semanggol yang dilakukan setiap minggu untuk mengetahui masalah penduduk serta memberi sumbangan kepada mereka,Walaupun dun semanggol merupakan kawasan pembakang atas perikamanusian beliau selalu membantu penduduk di dun semanggol dan memberi bantuan kepada penduduk di situ,Beliau merupakan wakil rakyat yang peramah dan selalu membantu penduduk yang mempunyai masalah kewangan,kesihatan serta masalah yang lain.wakil rakyat macam inilah yang kita mahukan berjuang untuk rakyat dan menjaga hak rakyat.Terbaiklah yb sham.......

Selamat Hari Keputeraan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ke-86. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku & memberkati Negeri Perak Darul Ridzuan, Bumi Bertuah.




Dirgahayu & Daulat Tuanku. Selamat Hari Keputeraan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ke-86. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku & memberkati Negeri Perak Darul Ridzuan, Bumi Bertuah.

Friday 18 April 2014

KDN Kerjasama Dengan Jabatan Peguam Negara Hantar Pulang PATI


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berhubung aspek perundangan bagi mempermudah pendatang asing tanpa izin (Pati) dihantar pulang ke negara masing-masing tanpa perlu berada lama di depoh tahanan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penasihat perundangan daripada kementerian akan mengemukakan beberapa cadangan kepada jabatan itu agar Pati yang dilepaskan daripada tahanan atau penjara tidak perlu dibawa ke depoh tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.
"Ini memerlukan beberapa pindaan perundangan dan jika ia boleh dilakukan secara pentadbiran maka ini akan dilakukan secara pentadbiran.
"Begitu juga beberapa aspek dalam Akta Imigresen dan undang-undang yang berkaitan akan kami bincangkan dengan Jabatan Peguam Negara," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Depoh Tahanan Imigresen Langkap dekat Teluk Intan pada Jumaat.
Beliau berkata terdapat Pati yang sukar untuk dihantar pulang ke negara asal disebabkan identiti yang tidak dikenal pasti kerana mereka tidak membawa sebarang tanda pengenalan.
"Ini menyebabkan kesukaran untuk negara berkenaan (asal) menerima mereka bagi penghantaran pulang," katanya.
Ahmad Zahid berkata sebanyak 19,222 Pati diusir dari negara ini dalam 'Ops Bersepadu' yang bermula 21 Jan lepas hingga 16 April dan kira-kira 15,800 Pati yang masih ditahan di 16 depoh tahanan kini dalam proses untuk dihantar pulang.
"Proses penghantaran pulang ini memerlukan dokumentasi terutama kerjasama daripada kedutaan atau pejabat Pesuruhjaya Tinggiuntuk menyelesaikan dokumen sekurang-kurangnya perjalanan satu hala ke negara masing-masing," katanya.
Beliau berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM24 juta setahun bagi penyelenggaraan makanan untuk Pati di depoh tahanan.

Thursday 17 April 2014

YAB Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Mendiang YB Karpal Singh



YAB Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Mendiang YB Karpal Singh siang tadi diiringi oleh anak mendiang YB Gobind Singh Deo serta ahli keluarga. Takziah buat ahli keluarga mendiang. 

Wednesday 16 April 2014

PAFA Kecewa Tindakan Liar Penyokong



Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan ganas segelintir penyokongnya yang melontar objek keras serta mercun kepada petugas media dan penyokong Johor Darul Takzim (JDT).
Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata insiden rusuhan yang berlaku pada malam Selasa itu adalah insiden terburuk dalam sejarah bola sepak Perak.
Pada masa sama, Zainol menyifatkan tindakan ganas penyokong Perak tersebut adalah satu tindakan tidak bertamadun di mana para penyokong seharusnya memberi sokongan penuh kepada pasukan negeri tatkala di tangga tercorot.
"Kita rasa inilah insiden yang paling buruk yang pernah terjadi di Stadium Perak. Satu perkara yang tidak wajar berlaku dalam bola sepak di negara kita dan mungkin menjadi satu perkara yang paling serius.
"Sepatutnya dalam dunia moden hari ini sokongan kepada pasukan dan juga perkara-perkara yang berlaku di luar padang itu tidak wajar berlaku," ujar Zainol.
Zainol berkata selepas melawat wakil media yang tercedera, Supian Ahmad, 35, jurufoto Berita Harian Dan Razif Rosli,30 wartawan foto Sinar Harian di Pejabat Urusan NSTP Perak dekat Ipoh pada Rabu.
Mewakili PAFA, Zainol memohon maaf kepada mereka yang tercedera serta para pemain, pegawai dan penyokong JDT.
Lantaran daripada insiden tersebut, PAFA kini bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan yang bakal dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perlawanan Perak - JDT di Stadium Ipoh Bertukar Ganas



Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak pada Selasa malam menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan petugas media dari NSTP dan Sinar Harian cedera dibaling objek dipercayai mercun dan batu.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai petugas media terbabit selepas Perak kecundang 0-1 di tangan pihak lawan.
Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.
Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski pun diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Difahamkan pihak polis juga turut menahan empat penyokong tuan rumah yang dipercayai bertindak memulakan insiden kekecohan tersebut.
Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.

Tuesday 15 April 2014

PAS Ketandusan Modal Tuduh UMNO Guna Premis Kerajaan



Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat mengecam kepimpinan PAS kerana masih membuat tohmahan kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan premis milik kerajaan untuk kepentingan parti.
Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, beliau menganggap PAS sudah ketandusan modal sehingga sanggup memainkan isu tersebut untuk meraih sokongan rakyat agar membenci kerajaan.
Menurut beliau, UMNO dan BN tidak pernah menggunakan premis kerajaan seperti balai raya dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik.
''Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan sebenarnya kita mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbir daerah Kerian sebelum menggunakan premis kerajaan.
''Sekiranya kita hendak menggunakan dewan orang ramai, kita perlu terlebih dahulu menulis surat kepada Pegawai Daerah Kerian dan sekiranya mendapat kelulusan baru kita menggunakannya jika tidak kita tidak boleh menggunakannya,'' ujarnya.
Sham yang juga ADUN Alor Pongsu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pelantikan ketua kampung bagi kawasan Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar di Dewan Orang Ramai Bagan Serai pada Selasa.
Pegawai Daerah Kerian, Shahril Datuk Ismail telah menyampaikan watikah pelantikan kepada kesemua 135 ketua kampung terbabit di majlis itu.
Menurut Sham, dalam sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan baru-baru ini beliau juga telah menafikan dakwaan Husin Din (PAS-Selinsing) kononnya UMNO dan BN menggunakan sewenang-wenang premis milik kerajaan untuk kepentingan politik.
Sementara itu, Shahril dalam ucapannya meminta semua ketua kampung yang baru dilantik supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi agar penduduk kampung yang mereka wakili benar-benar mendapat manfaatnya.
Katanya, mereka tidak seharusnya berbangga dengan jawatan yang disandang tetapi harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh ikhlas dan berintegriti.

Monday 14 April 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KAMPUNG OLEH YB SHAM DI BAHAGIAN PARLIMEN BAGAN SRAI DAN DUN ALOR PONGSU









HARI INI YB SHAM MENYAMPAIKAN WATIKAH KETUA KAMPUNG DI BAHAGIAN PARLIMEN BAGAN SERAI SERTA DUN ALOR PONGSU,PENYERAHAN WATIKAH INI ADALAH AMANAT DARI KERAJAAN NEGERI KEPADA KETUA-KETUA KAMPUNG YANG BARU UNTUK MENJAGA KEAMANAN KAMPUNG MASING-MASING SERTA KEBAJIKAN PENDUDUK SERTA DI BANTU OLEH WAKIL RAKYAT ADUN ALOR PONGSU BAGI MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN KAWASAN ALOR PONGSU DAN BAGAN SERAI.....
TERBAIKLAH YB SHAM

Sunday 13 April 2014

Tahniah diucapkan kpd SMK Agama kg selamat diatas kejayaan menjadi johan futsal belia peringkat daerah kerian..














Tahniah diucapkan kpd SMK Agama kg selamat diatas kejayaan menjadi johan futsal belia peringkat daerah kerian...penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh presiden persatuan bolasepak daerah kerian iaitu Dato' Sham Mat Sahat..merangkap adun alor pongsu dan ketua umno bahagian bagan serai...

Saturday 12 April 2014

Majlis penyampaian bantuan kepada mangsa ribut di Balai Penghulu Bagan Serai







HARI INI YB SHAM MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT DI BALAI PENGHULU BAGAN SERAI,TERNYATA YANG DATANG AMAT BAIK SEKALI,BANTUAN INI ADALAH UNTUK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT YANG MENGALAMI MANGSA RIBUT BARU-BARU INI.TERIMA KASIH YB SHAM YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 11 April 2014

Kedai Bergerak 1 Amam Jaya di DUN Alor Pongsu mendapat sambutan baik dari masyarakat













HARI INI YB SHAM MERASMIKAN KEDAI BERGERAK 1 AMANJAYA DI DUN ALOR PONGSU,TERNYATA SAMBUTAN YANG DI TUNJUKKAN AMAT BAIK SEKALI OLEH MASYARAKAT ALOR PONGSU................