YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 30 April 2014

Demo Anti GST Alasan Nak Guling Kerajaan - Tun M



KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa berselindung di sebalik isu bantahan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menganjurkan perhimpunan di ibu negara hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tujuannya untuk mengganggu kerajaan, seboleh-bolehnya untuk menjatuhkan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Reka di sini hari ini.

Mahathir sebelum ini pernah mendedahkan menerusi blog beliau bahawa protes jalanan adalah dibenarkan namun kaedah tersebut kini semakin berpajangan dan boleh mengakibatkan negara lumpuh.

Dengan memberi contoh beberapa negara bergolak, Mahathir menyifatkan Mlaaysia berkemungkinan akan berdepan dengan masalah sama sekiranya sifat ingin melakukan protes dijalanan diteruskan.

"Ternyata terdapat warga Malaysia yang ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih menerusi demonstrasi," katanya.

Tambah beliau, sungguhpun jumlah keanggotaan demonstrasi tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil gulung tikar namun phak penganjur akan berusaha untuk meningkatkan jumlah protestan sehingga mencecah jutaan orang supaya kerja harian akan terganggu.

"Langkah seterusnya adalah untuk mengambil alih bangunan kerajaan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment