YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 2 April 2014

ADUN Selinsing Dikecam Buat Tuduhan Melulu



ADUN Selinsing, Husin Din dikecam kerana menuduh kononnya terdapat pemimpin UMNO menggunakan dewan orang ramai sebagai gelanggang politik.
Datuk Sham Mat Sahat (BN – Alor Pongsu) yang membuat kecaman itu menganggap dakwaan Husin sebagai tidak berasas.
Beliau juga meminta Husin mengemukakan bukti sahih berhubung dakwaan itu.
"Jangan buat tuduhan tidak berasas, tunjuk bukti di mana dan di kampung mana, BN ikut peraturan jika mahu guna dewan orang ramai,” katanya ketika mencelah di sesi perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak pada Sidang Dewan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan.
Sham menjelaskan permohonan daripada pihak berwajib akan dibuat sebelum sebarang aktiviti dijalankan di dewan orang ramai, bukan seperti yang didakwa.

No comments:

Post a Comment