YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 31 January 2015

Harga Minyak Turun lagi : RON95 RM1.70 dan RON97 RM2 seliter



Harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter dan RON97 sebanyak 11 sen kepada RM2.00 seliter, bermula 12.01 malam ini (1 Februari 2015).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit diesel pula diturunkan 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Dis 2014.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," kata menteri itu dalam satu kenyataan di ibu negara, Sabtu malam.

Hasan berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya.

Kerajaan Rugi RM102 Juta Akibat Pemilik Tanah Degil Lunas Cukai Tanah



Kerajaan mengalami kerugian hampir RM102 juta akibat tindakan pemilik-pemilik tanah industri, bangunan dan perniagaan di seluruh negeri ini yang gagal men jelaskan tunggakan cukai tanah mereka sepanjang tahun 2014.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan menyenarai hitamkan mereka dengan CTOS dan CRISS perlu berikutan mereka adalah pesalah tegar.
Menurut beliau, kerajaan menerusi Pejabat Tanah dan Galian mendapati kalangan pesalah tegar ini tidak melunaskan cukai tanah sehingga tujuh tahun lamanya meskipun sudah diberi surat amaran berulang kali.
"Tindakan yang kita maksudkan ditujukan kepada mereka yang sudahpun bertahun-tahun lama tidak mahu membayar cukai tanah sama ada dalam keadaan ekonomi baik ataupun ekonomi tidak, mereka seolah-olah tidak peduli walaupun amaran telah diberikan," katanya.
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Idris yang mendedahkan sebuah syarikat terkenal di negeri ini yang tersenarai di Bursa Saham akan disenarai hitamkan dengan CTOS dan CCRIS kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah yang berjumlah RM1.2 juta.
Syarikat terbabit adalah antara 220,720 pemilik yang bakal disenaraikan dengan CTOS dan CCRIS kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah bagi tahun 2014 yang berjumlah RM75,222,687 juta.
Dr Zambry turut menjelaskan bahawa tindakan keras kerajaan negeri ini bukan melibatkan dasar baru tetapi sebagai amaran kepada yang pemilik tanah yang liat membayar supaya berbuat demikian secepat mungkin.
Katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan sikap melenggah-lenggahkan bayaran cukai tanah kerana ia boleh merencatkan pentadbiran serta pembangunan yang dirancang.
"Sekiranya kita tidak dapat kutip hasil, maka kerajaan negeri tidak akan mempunyai sumber pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan mengurus serta membangunkan negeri. Paling penting, kesemua hasil yang dikutip ini akan kita belanjakan untuk projek-projek kepentingan rakyat," katanya.

Friday 30 January 2015

Majlis Dialog Bersama Penduduk Kg Pt Hj Kassim, Kg Changkat Lobak, Kg Ptg Tengah, Kg Pt Simpang 4 & Kg Pt Spg 5 berhubung Isu ban RTB









Dato Sham Mengahidiri Majlis Dialog bersama Penduduk Kg Pt Hj Kassim, Kg Changkat Lobak, Kg Ptg Tengah, Kg Pt Simpang 4 & Kg Pt Spg 5 berhubung isu ban RTB. Terima kasih kpd pihak JPS & Jabatan Pertanian kerana sudi berdialog dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan isu yang timbul.

Thursday 29 January 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Kepada Mangsa Banjir Kerian







Hari ini Dato Sham Mat Sahat Menghadiri dan Menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Kepada Mangsa Banjir Kerian.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan baik amin

Wednesday 28 January 2015

Perlawanan Bola Sepak Piala Presiden PAFA 2015 Di Antara Kerian VS Gerik.








Hari ini Dato Sham bersama YDP Dan DO serta Ketua bahagian umno Parit Buntar hadir menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Piala Presiden PAFA 2015 Di Antara Kerian VS Gerik. Alhamdullilah keputasan perlawanan seri dan tahniah kepada mereka yang hadir dan menyokong pasukan bola sepak kerian..

Tuesday 27 January 2015

Dr Zambry 12 Fokus Utama Tahun 2015



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggariskan 12 fokus utama untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2015.
12 fokus itu ialah:-
1. Menyelesaikan masalah banjir.
2. Majlis Bandaraya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menumpukan kepada lima isu asas iaitu rumput, sampah, longkang, lanskap dan lampu jalan.
3. Melaksanakan pendekatan 3P (padang, perasaan, penyelesaian).
4. Mengisi segera kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan.
5. Semakan kualiti kerja projek-projek infrastruktur.
6. Persiapan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
7. Memastikan manifesto Barisan Nasional dilaksanakan.
8. Pengurangan jenayah.
9. Gejala dan ancaman dadah.
10. Kesihatan rakyat.
11. Usaha menambah hasil negeri.
12. Hubungan antara wakil rakyat dan jabatan awam.
Pada Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2015 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan yang bertajuk 'Menuju Matlamat' pada Khamis, Menteri Besar berharap kakitangan kerajaan memahami hala tuju untuk mencapai Gagasan Perak Amanjaya.
Menurut beliau, gagasan itu amat penting, bukannya sekadar wawasan pemimpin negeri tetapi ia digarap dengan teliti setelah mengambil kira denyut nadi majoriti rakyat.
Bagaimanapun, beliau mahu kakitangan kerajaan supaya berani mengakui kelemahan serta kekurangan, realistic serta optimistik dan jangan mengamalkan sikap 'yes sir'.
Dalam ucapannya, Dr Zambry mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan pengurusan banjir kerana telah melaksanakan gerak kerja yang baik sehingga menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.
Beliau juga mahu PBT mengambil perhatian serius terhadap jalan-jalan berlopak dan membaikinya dalam tempoh 24 jam kerana ia boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna, khususnya penunggang motosikal.
Di samping itu, beliau meminta semua kekosongan jawatan, baik di peringkat negeri, mahu pun persekutuan supaya mengisi segera kekosongan bagi melancarkan lagi program pembangunan yang dirancang.
"Saya tidak mahu lagi mendengar cerita terdapat jabatan yang jawatan pengarahnya kosong hingga satu setengah tahun kerana ia adalah keperluan," ujar beliau.
Ketika menyentuh isu kualiti kerja projek infratruktur, Dr Zambry memberi contoh jalan di Pos Kemar di Gerik yang menelan kos RM7 juta, rosak walaupun tidak sampai dua tahun disiapkan.
Dalam pada itu, beliau mahu penjawat awam juga menemak manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memastikan janji-janji yang dibuat di dalam manifesto itu dilaksanakan.
"Kita tidak mahu dilihat sebagai kerajaan yang menipu rakyat, saya harap ini dapat diambil tindakan dan kita sangat serius dalam hal ini," tegas beliau sambil memberi contoh salah satu janji kerajaan BN ialah untuk membina 20,000 rumah mampu milik.

Monday 26 January 2015

Perak Cadang Wujudkan DUN Belia



Selepas kejayaan peringkat persekutuan mewujudkan Parlimen Belia, Perak bercadang untuk mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia bagi mewakili golongan belia di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya cadangan itu dinyatakan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika berjumpaan dengan Ahli Parlimen Belia dari negeri Perak di pejabatnya pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perak mencadangankan mekanisme kewujudan DUN Belia itu kerana mereka mempunyai pengalaman ketika mengadakan pemilihan Ahli Parlimen Belia tahun lalu.
"Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan hasrat beliau supaya Dewan Undangan Negeri Belia ini dapat benar-benar mewakili semua golongan belia di luar sana,
"Beliau mahu konsep inklusif, iaitu dalam kita mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia ini, wakil daripada semua kaum, Orang Asli dan golongan OKU juga turut diwakili," katanya kepada pemberita selepas turut hadir dalam pertemuan antara Ahli Parlimen Belia dan Menteri Besar.
Shahrul Zaman berkata, sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap golongan belia, beliau akan berusaha untuk merealisasikan cadangan itu, dengan kerjasama JBS, Majlis Belia Negeri (MBN) Perak dan Ahli Parlimen dari negeri Perak.
Beliau memberitahu, ketika pertemuan itu, Dr Zambry turut menyatakan hasrat supaya DUN Belia itu dapat direalisasikan pada Jun 2015.
Mengenai bilangan keanggotaan DUN Belia itu, Shahrul berkata, ia juga akan dikaji lebih lanjut dengan mengambil contoh penubuhan Ahli Parlimen Belia yang ketika ini menetapkan 1 ahli mewakili 100,000 belia.
Beliau memberitahu, setakat ini terdapat kira-kira 940,000 belia di negeri Perak.
"Apapun, kita akan kaji lebih lanjut, insya Allah, sebagai exco, saya akan cuba melaksanakan cadangan ini dengan sebaik mungkin," tambah beliau.

Sunday 25 January 2015

Perlawanan Persahabatan 10 Pin Bowling Tenaga Nasional Berhad (TNB) & PDT Kerian









Perlawanan Persahabatan 10 Pin Bowling Tenaga Nasional Berhad (TNB) & PDT Kerian. Terima kasih TNB kerana sudi menjadi tuan rumah kali ini. Terima kasih juga kpd VVIP terdiri drpd YB Dr Noor Azmi Ghazali, YB Dato' Sham Mat Sahat, Abg Bakar Mat Ali & Tuan Kamaruddin DO Taiping.

Saturday 24 January 2015

Memberi wang khairat kematian kepada waris dalam parlimen bagan serai



Memberi wang khairat kematian kepada waris dalam parlimen bagan serai di pusat khidmat adun alorpongsur oleh yb Dato' Sham Mat Sahat.

Majlis Suai Kenal & Ramah Mesra Ahli Majlis, JPP & MMS Majlis Daerah Kerian.






Hari ini Dato Sham Mat Sahat menghadiri Majlis Suai Kenal & Ramah Mesra Ahli Majlis, JPP & MMS Majlis Daerah Kerian.Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan baik serta terima kasih kepada semua yang hadir amin.

Friday 23 January 2015

DAP : Adakah Anwar-Najib Bekerjasama Jatuhkan Tun Daim?




Kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan maklumat dalam siasatan kes rasuah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin menimbulkan tanda tanya ahli Parlimen DAP sama ada wujud perjanjian di antara ketua pembangkang itu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognyaSAKMONGKOL AK47hari ini.

Ariff Sabri berkata, tindak tanduk Anwar itu menimbulkan tanda tanya kerana keutamaan PR kini untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Anwar pada Ahad berkata sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap Daim.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu.

"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya.

Ketua umum PKR itu berkata beliau mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ia disembunyikan.

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim sebelum ini menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.

Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa.

Thursday 22 January 2015

Najib Gariskan 12 Langkah Drastik Bantu Mangsa Banjir



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir yang melibatkan 400,000 rakyat di Negara ini. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion.

(1) Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih & program kebajikan mangsa banjir.Ini sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta.

(2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki & bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

(3) Menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

(4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri

(5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

(6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat; dan Menghulur sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga;

(7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN & RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

(8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan

(9) Bank Negara Malaysia akan tubuh Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

(10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran

(11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dgn jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas;

(12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

Banjir: Rumah Musnah Akan Segera Diganti - Najib



 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua program berkaitan bantuan kepada penduduk terjejas banjir termasuk pembinaan dan penggantian semula rumah yang rosak, dilakukan secepat mungkin.

Beliau berkata masalah serta penderitaan rakyat yang terjejas akibat bencana alam itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, dan ia mesti ditangani dalam tempoh terdekat.

"Walaupun banjir sudah surut tapi masalah penderitaan rakyat mestilah diselesaikan secepat mungkin.

"Terima kasih juga kepada agensi kerajaan dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menangani masalah banjir ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Najib berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada banjir baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai luar biasa, dan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan malapetaka secara lebih serius.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jan lepas berkata kabinet bersetuju supaya rumah yang tidak rosak sepenuhnya diberi bantuan pada kadar antara RM5,000 dan RM10,000.

Selain itu, bagi mangsa yang mempunyai tanah tetapi rumah mereka hanyut atau rosak 100 peratus akibat banjir, kabinet juga bersetuju untuk membina semula rumah di tapak mereka dengan model dipersetujui kabinet, bernilai RM48,000 sebuah.

Pada perhimpunan itu, Najib turut menerima sumbangan sebanyak RM425,236 bagi Tabung Bencana Banjir hasil sumbangan kakitangan JPM, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) serta individu.

Wednesday 21 January 2015

Kerajaan ambil pendekatan berhemah



Putrajaya: Kerajaan akan mengambil beberapa pendekatan tepat, berhemah dan penuh kebijaksanaan serta melakukan pengubahsuaian selaras perubahan landskap ekonomi dunia bagi memastikan Malaysia muncul sebagai blok ekonomi maju menjelang tahun 2020.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, landskap ekonomi dunia sudah berubah dengan mengejut sekali terutama selepas terjunamnya harga minyak global sehingga 60 peratus.
Beliau berkata, keadaan itu bukan saja memberi implikasi kepada ekonomi dunia, malah Malaysia juga tidak terkecuali.
Justeru, katanya, kerajaan perlu melakukan pengubahsuaian dan mengambil sikap pragmatik serta tidak lari daripada objektif yang hendak dicapai.
“Kita perlu melihat kejatuhan harga minyak termasuk apa kesannya kepada pertumbuhan ekonomi negara serta impak kepada hasil negara dan nilai ringgit.
“Esok (hari ini) kerajaan akan umumkan apa pengubahsuaian yang akan dilakukan dan langkah intervensi yang akan diambil supaya senario baharu ini kita hadapi menerusi tindakan lebih proaktif,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menteri Kabinet.
Najib berkata, negara perlu memahami keadaan itu dan bertindak secara proaktif bagi menjamin pertumbuhan mapan selain melindungi kepentingan rakyat serta menentukan kesejahteraan rakyat tidak terjejas.
Katanya, kerajaan juga akan memastikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjalan lancar seperti dirancang dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan dibentang pada Mei ini dapat memberi keyakinan terhadap harapan negara dan rakyat.
“Tahun 2015 sudah tentu berkaitan dengan ekonomi. Pada 1 April ini penguat kuasaan GST akan dilaksanakan dan kita mesti menjamin GST dapat dilaksanakan seperti dirancang.
“Segala aspek perlu diambil kira termasuk menjaga harga barangan supaya tidak naik berlebihan serta boleh dikawal dengan baik,” katanya.
Katanya, tahun ini juga kerajaan akan melancarkan RMK-11 yang menjadi rancangan pusingan terakhir sebelum tahun 2020.
Najib berkata, kerajaan perlu memastikan segala yang mahu diimuatkan dalam RMK-11 dalam tempoh terdekat memberi keyakian bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Dalam pada itu, katanya, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia diberi peluang untuk menonjolkan diri di pentas serantau dan dunia.
Malah, katanya, Kuala Lumpur juga akan mengumumkan Ekonomi ASEAN (AEC) dan ia adalah satu pengisytiharan bersejarah sepanjang penubuhan ASEAN.
-Metro

Pusat Penempatan Banjir Di Sekolah Ditutup



Semua sekolah yang digunakan sebagai pusat penempatan mangsa banjir di Perak telah ditutup sepenuhnya pada Ahad lepas dan boleh digunakan semula bagi tujuan sesi persekolahan.
Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Rozi Puteh Ismail berkata, semua murid dan pelajar kini boleh memulakan sesi pembelajaran mereka yang tertangguh dan kembali ke sekolah seperti sediakala.
“Berdasarkan laporan daripada setiap pejabat pendidikan daerah, semua sekolah telah mula beroperasi 100 peratus bermula pada hari Isnin dan kami berasa lega kerana ramai pelajar sudah tidak sabar untuk memulakan rutin persekolahan mereka,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditemui membuat tinjauan di SMK Sultan Muzaffar Shah I, Lambor Kanan pada pagi Isnin. SMK Sultan Muzaffar Shah yang menempatkan lebih daripada 700 mangsa banjir telah ditutup pada Ahad.
Menurut Rozi, pihaknya juga telah menyediakan sebuah pasukan bantuan kaunseling yang dikenali sebagai Smart Support Team (SST) untuk memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada pelajar yang mengalami trauma akibat daripada banjir.
Jelasnya, setakat ini kesemua pelajar dilihat bersemangat untuk kembali ke bangku sekolah dan girang ditemani rakan-rakan setelah sekian lama sesi persekolahan mereka tertangguh.
Dalam pada itu, pengetua sekolah, Juriah Ismail berkata, terdapat beberapa kerosakan dari segi keperluan asas sekolah tersebut berikutan penggunaannya sebagai pusat penempatan banjir.
“Biasalah, apabila 700 orang datang dan menetap di sini memang keadaan akan jadi kotor dan kita perlu susun semula bangku dan meja di setiap kelas.
“Namun syukur alhamdullilah, berkat bantuan masyarakat yang prihatin, kita telah menjalankan gotong-royong sebanyak tiga kali dan Lembaga Air Perak (LAP) serta Indah Water turut datang menyelesaikan masalah tandas tersumbat,” katanya lagi.
Juriah berkata, pihaknya telah mengagihkan buku teks dan peralatan sekolah kepada semua pelajar di sekolah tersebut yang terlibat dengan banjir dan berharap mereka akan tabah menghadapi dugaan ini.
Salah seorang pelajar Tingkatan Satu, Yusoff Ahmad Ismail yang berasal dari Kampung Rimba Raja berkata, pengalaman musibah banjir ini membuka matanya terhadap pengorbanan ayahnya dalam membesarkan mereka.
"Sedih saya tengok ayah sebab mak dah tiada, ayah yang sara kami 7 beradik, gaji ayah tak banyak, tapi sebab baju dah tenggelam masa banjir ayah tak bising, beli lagi baju untuk kami.
"Saya janji, saya akan belajar tinggi-tinggi bagi ayah bangga, banyak sangat yang ayah bagi kepada kami semua," katanya yang dilihat masih boleh tersenyum di sebalik kesedihan tersebut.

Tuesday 20 January 2015

2,500 Hadiri Majlis Ilmu Di Kediaman Menteri Besar



Lebih 2,500 orang telah membanjiri kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menghadiri majlis ilmu sempena Maulidur Rasul.
Bacaan indah qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ceramah dari Ustaz Kazim Elias menjadi intipati sepanjang program tersebut berlangsung pada pagi Ahad.
Dr Zambry berkata, program tersebut telah memasuki tahun kelima dan pihaknya amat terharu dengan sambutan yang telah diberikan di mana bukan sahaja masyrakat dari negeri ini malah dikatakan ianya turut melibat masyarakat luar dari Perak.
“Saya dimaklumkan orang yang hadir pada hari ini bukan sahaja dari Perak malah dari beberapa buah negeri lagi yang datang beramai-ramai menaiki 20 buah bas.
“Usaha yang dilakukan oleh Ustaz Kazim seharusnya dipuji kerana ianya adalah satu usaha yang murni di mana beliau tidak pernah putus menganjurkan program-program keagamaan seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan galeri ilmu dan juga buku terbaharu yang ditulis oleh Ustaz Kazim sendiri bertajuk “Cuit-cuit”.
Dr Zambry menambah, program keagamaan seperti itu bukan sahaja diadakan pada waktu-waktu tertentu sahaja tetapi ianya diadakan secara mingguan di seluruh negeri Perak.
Program tersebut telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan qasidah-qasidah menjunjung Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Al Barakah Ipoh sebelum Ustaz Kazim memberi ceramah sehingga jam 12 tengah hari.

Monday 19 January 2015

Rosmah Lawat Mangsa Banjir PPRT Rimba Raja



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat mangsa banjir di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rimba Raja, berdekatan Lambor Kanan pada Sabtu.
Beliau yang juga merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengambil peluang beramah mesra dan meninjau keadaan rumah penduduk yang terjejas banjir.
Kira-kira 200 mangsa terlibat yang terdiri daripada 48 buah keluarga di kawasan tersebut hadir dalam majlis itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BAKTI, Rosmah bersama-sama anggota badan amal itu akan melaksanakan misi bantuan pasca banjir di tiga negeri yang terjejas akibat fenomena banjir luar biasa.
BAKTI juga akan bergerak ke Kelantan esok iaitu ke Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menyalurkan bantuan kepada lebih 6,000 mangsa banjir.
Dua lagi negeri terjejas banjir yang akan dikunjungi BAKTI termasuk Pahang dan Terengganu.

Sunday 18 January 2015

Program Sumbangan Mangsa Ribut Di Kampung Eow Seng Simpang Lima














Hari ini Dato Sham Mat Sahat hadir ke Program sumbangan mangsa ribut di kampung Eow Seng Simpang Lima dalam Mukim Pt Buntar tapi DUN Alor Pongsu di sempurnakan oleh Dato' Sham Mat Sahat di Pjbt Pghulu Mukim Parit Buntar.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar amin..

Saturday 17 January 2015

TRAGEDI BAS TERBAKAR YANG MENGORBANKAN 8 ORANG MANGSA!













YB Dato' Rusnah Kassim bersama YB Dato' Mah Hang Soon hadir ke rumah2 mangsa bertemu dengan waris mereka untuk menyelami dan berkongsi kesedihan. Selain itu turut menyampaikan sedikit sumbangan Kerajaan Negeri dalam meringankan urusan pengkebumian. Suasana hiba jelas terasa dikediaman para mangsa. Turut hadir bersama ialah YB Dato' Sham Mat Sahat Ketua Bahagian Bagan serai dan Tn Hj Abu Bakar selaku Ketua Bahagian Parit Buntar. Salam Takziah.

Misi Menziarahi Dan Penyampaian Sumbangan Untuk Mangsa Banjir



Misi Menziarahi dan Penyampaian Sumbangan Untuk Mangsa Banjir di Kawasan Kg Padang Lalang, Alor Setanggok, Batu 40 Keretapi bersamaDato' Sham Mat Sahat dan Dato' Pegawai Daerah Kerian serta kepimpinan UMNO Bhg Bg Serai

Friday 16 January 2015

Sultan Nazrin Shah Dianugerah Darjah Kerabat Selangor



Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah 11 Disember lepas.
Turut berangkat ke upacara pengurniaan di Istana Bukit Kayangan di sini ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan Selangor.
Darjah tersebut merupakan Darjah Kebesaran tertinggi Selangor Darul Ehsan.
Sultan Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei tahun lepas berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah.
Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 akan berlangsung pada 6 Mei depan.

Thursday 15 January 2015