YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 19 January 2015

Rosmah Lawat Mangsa Banjir PPRT Rimba Raja



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat mangsa banjir di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rimba Raja, berdekatan Lambor Kanan pada Sabtu.
Beliau yang juga merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengambil peluang beramah mesra dan meninjau keadaan rumah penduduk yang terjejas banjir.
Kira-kira 200 mangsa terlibat yang terdiri daripada 48 buah keluarga di kawasan tersebut hadir dalam majlis itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BAKTI, Rosmah bersama-sama anggota badan amal itu akan melaksanakan misi bantuan pasca banjir di tiga negeri yang terjejas akibat fenomena banjir luar biasa.
BAKTI juga akan bergerak ke Kelantan esok iaitu ke Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menyalurkan bantuan kepada lebih 6,000 mangsa banjir.
Dua lagi negeri terjejas banjir yang akan dikunjungi BAKTI termasuk Pahang dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment