YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 12 January 2015

Banjir: Misi Bantuan Kemanusiaan Diteruskan



TAMBUN: Misi bantuan kepada mangsa di negeri Perak diteruskan lagi dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Hari ini, seramai kira-kira 20 orang penduduk yang mewakili Kariah Perpaduan dekat Tambun telah berkumpul dan seterusnya bergerak ke salah ke kawasan yang turut terjejas dengan banjir iaitu Kampung Gajah bagi misi bantuan kemanusiaan.
Menurut Pengerusi Gerak Kerja misi berkenaan, Amiruddin Bon, pihaknya mengambil masa selama satu minggu untuk mengumpul barangan dan dana bagi melaksanakan misi kemanusiaan tersebut.
“Kami telah menjalankan misi ini dalam masa seminggu yang mana kami berjaya mengumpulkan dana daripada segi kewangan untuk membeli barang makanan dan keperluan harian.
“Terdapat juga barangan yang telah ditaja oleh penduduk kampung sendiri dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana penduduk di sini yang prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir tersebut,” katanya.
PERAKTODAY5 (2)
Beliau berkata demikian kepada Peraktoday.com.my selepas menyampaikan taklimat kepada penduduk yang terlibat dalam misi tersebut di Dewan Komuniti Taman Malar di Tambun dekat Ipoh, hari ini.
Jelasnya, idea untuk menyampaikan bantuan tersebut tercetus daripada perbincangan yang dibuat oleh penduduk setempat bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Perak.
“Kami berasa cukup prihatin apabila melihat satu musibah dahsyat yang berlaku di negara kita seperti bencana banjir kali ini.
“Jadi, kami sama-sama mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program supaya dapat menyumbang tenaga, wang ringgit atau barang-barang keperluan dalam membantu mangsa banjir mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung mereka.
“Hasil perbincangan dengan pihak yang terlibat, kami telah menetapkan untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Kampung Gajah hari ini,” ujar beliau lagi.
Tambahnya, bantuan yang disumbangkan dalam misi kali ini terdiri daripada pelbagai jenis barangan antaranya barang keperluan wanita, bayi, pakaian, makanan dan juga bahan pencuci.
Terdahulu, majlis pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kariah Perpaduan (Tambun) telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

No comments:

Post a Comment