YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 26 January 2015

Perak Cadang Wujudkan DUN Belia



Selepas kejayaan peringkat persekutuan mewujudkan Parlimen Belia, Perak bercadang untuk mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia bagi mewakili golongan belia di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya cadangan itu dinyatakan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika berjumpaan dengan Ahli Parlimen Belia dari negeri Perak di pejabatnya pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perak mencadangankan mekanisme kewujudan DUN Belia itu kerana mereka mempunyai pengalaman ketika mengadakan pemilihan Ahli Parlimen Belia tahun lalu.
"Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan hasrat beliau supaya Dewan Undangan Negeri Belia ini dapat benar-benar mewakili semua golongan belia di luar sana,
"Beliau mahu konsep inklusif, iaitu dalam kita mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia ini, wakil daripada semua kaum, Orang Asli dan golongan OKU juga turut diwakili," katanya kepada pemberita selepas turut hadir dalam pertemuan antara Ahli Parlimen Belia dan Menteri Besar.
Shahrul Zaman berkata, sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap golongan belia, beliau akan berusaha untuk merealisasikan cadangan itu, dengan kerjasama JBS, Majlis Belia Negeri (MBN) Perak dan Ahli Parlimen dari negeri Perak.
Beliau memberitahu, ketika pertemuan itu, Dr Zambry turut menyatakan hasrat supaya DUN Belia itu dapat direalisasikan pada Jun 2015.
Mengenai bilangan keanggotaan DUN Belia itu, Shahrul berkata, ia juga akan dikaji lebih lanjut dengan mengambil contoh penubuhan Ahli Parlimen Belia yang ketika ini menetapkan 1 ahli mewakili 100,000 belia.
Beliau memberitahu, setakat ini terdapat kira-kira 940,000 belia di negeri Perak.
"Apapun, kita akan kaji lebih lanjut, insya Allah, sebagai exco, saya akan cuba melaksanakan cadangan ini dengan sebaik mungkin," tambah beliau.

No comments:

Post a Comment