YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 20 January 2015

2,500 Hadiri Majlis Ilmu Di Kediaman Menteri Besar



Lebih 2,500 orang telah membanjiri kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menghadiri majlis ilmu sempena Maulidur Rasul.
Bacaan indah qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ceramah dari Ustaz Kazim Elias menjadi intipati sepanjang program tersebut berlangsung pada pagi Ahad.
Dr Zambry berkata, program tersebut telah memasuki tahun kelima dan pihaknya amat terharu dengan sambutan yang telah diberikan di mana bukan sahaja masyrakat dari negeri ini malah dikatakan ianya turut melibat masyarakat luar dari Perak.
“Saya dimaklumkan orang yang hadir pada hari ini bukan sahaja dari Perak malah dari beberapa buah negeri lagi yang datang beramai-ramai menaiki 20 buah bas.
“Usaha yang dilakukan oleh Ustaz Kazim seharusnya dipuji kerana ianya adalah satu usaha yang murni di mana beliau tidak pernah putus menganjurkan program-program keagamaan seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan galeri ilmu dan juga buku terbaharu yang ditulis oleh Ustaz Kazim sendiri bertajuk “Cuit-cuit”.
Dr Zambry menambah, program keagamaan seperti itu bukan sahaja diadakan pada waktu-waktu tertentu sahaja tetapi ianya diadakan secara mingguan di seluruh negeri Perak.
Program tersebut telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan qasidah-qasidah menjunjung Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Al Barakah Ipoh sebelum Ustaz Kazim memberi ceramah sehingga jam 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment