YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 6 January 2015

Mayat Mangsa Pertama Banjir Perak Ditemui



Selepas lima hari hilang ditelan limpahan air banjir, mayat Mohamad Haris Mohamad Johari, 20, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Felcra Toh Paduka Raja dekat Kampung Gajah kira-kira jam 11.15 pagi Ahad.
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui anggota bomba selepas usaha mencari dalam air dihentikan pada malam semalam kerana cuaca gelap, hujan dan limpahan air ban di kawasan ladang kelapa sawit tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Penolong Penguasa Bomba,Zaipul Efandi Ahmad berkata, mangsa ditemui pada lokasi yang agak jauh dari tempat dia terjatuh ke dalam air banjir ketika mengail ikan sebelum lemas.
“Kira-kira jam 11.15 pagi, anggota bomba menemui mangsa kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.
"Anggota bomba menggunakan teknik 'surface searching' bagi operasi ini dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.30 tengahari,” katanya kepada PerakNews.
Menurutnya, pihak keluarga telah dihubungi dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bermula pada Rabu lepas melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), pihak PDRM, penduduk kampung dan sebuah bot bomba.
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lepas ,mangsa yang berasal dari Kg Padang Gerotak,Pulau Tiga Kiri,Seri Iskandar dipercayai terjatuh ke dalam limpahan air banjir ketika cuba mengail ikan dan dihanyutkan beberapa ratus meter sebelum ditemui.

No comments:

Post a Comment