YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 30 June 2014

Merasmikan kejohanan bola padang bersama pemuda umno parit buntar










Merasmikan kejohanan bola padang bersama pemuda umno parit buntar yang di sempurnakan oleh YB Dato Sham Mat Sahat sebentar tadi.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini...

Sunday 29 June 2014

Bulan Puasa : Jangan Kaut Keuntungan Berlebihan



IPOH, - Peniaga di Perak diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan pada bulan Ramadan dengan mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata peniaga harus bertanggungjawab dan jujur kepada pembeli.

"Biar margin keuntungan adil kepada penjual dan juga adil kepada pengguna. Jangan mengaut keuntungan berlebihan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani PraRamadan peringkat negeri di Pasar Tani Kampung Simee di sini, hari ini.

Katanya peniaga juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti produk yang dijual.

Mohd Nizar berkata kerajaan akan sentiasa memantau dan mengawal harga barangan dan memastikan barangan keperluan mencukupi sepanjang bulan Ramadan.

"Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ialah contoh terbaik kerana memaparkan tanda harga yang cukup jelas," katanya.

Saturday 28 June 2014

Merasmikan karnival pertanian& klinik pakar pertanian UPM 2014















Hari ini Dato sham bersama Datuk Tajuddin Abdul Rahman merasmikan karnival pertanian&klinik pakar pertanian UPM 2014 di bagan serai.Allhamdulilah program berjalan lancar dan terima kasih kepada semua yang terlibat amin...

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak & Menunaikan Ibadah Puasa



Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak & Menunaikan Ibadah Puasa dari YB Dato'Sham Mat Sahat Adun Alor Pongsu kepada semua umat islam di malaysia amin...

Friday 27 June 2014

KDN diarah bentang akta haramkan ketum





JOHOR BAHRU - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentangkan akta bagi mengharamkan segera penggunaan daun ketum di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata, langkah tersebut perlu dimulakan segera oleh pihak terlibat dalam usaha membanteras masalah ketagihan bahan berkenaan daripada terus berleluasa di negara ini terutamanya membabitkan golongan muda.

"Saya minta KDN membentangkan satu akta untuk haramkan daun ketum dan ambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat dan kalau ada ladang ketum ia perlu dimusnahkan.
"Kita perlu mulakan langkah itu dan saya yakin ia bukan susah," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Ke-39 dan Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Pemadam Johor di sini malam ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Johari Baharom.

Perdana Menteri berkata, penyalahgunaan dadah jelas menjadi ancaman kepada keselamatan serta mampu menjadi pemusnah ketamadunan dan kesannya dapat dilihat daripada kesengsaraan keluarga dan individu jika seseorang menjadi penagih.
Sehubungan itu katanya, usaha menangani dadah perlu dipandang serius sebelum masalah itu menjadi parah dan usaha secara kolektif, bersepadu, tersusun dan terancang perlu dilakukan.

Thursday 26 June 2014

MCA, Gerakan sertai Kabinet




PUTRAJAYA  - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baharu dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semula pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MCA dan Gerakan.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA yang dilantik ialah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dengan pelantikan Liow itu, Perdana Menteri mengesahkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.
"Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet, begitu juga Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Yang hadir sama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada Februari lalu memutuskan untuk kembali menyertai Kabinet dan menduduki jawatan dalam kerajaan selepas mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahlinya.
Pelantikan Siew Kiong dibuat selepas Perdana Menteri mengumumkan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu untuk melantiknya sebagai menteri jika menang. Beliau menang dengan majoriti 238 selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.
Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenan untuk majlis angkat sum­pah dan simpan rahsia anggota Kabinet baharu itu pada pukul 11. 30 pagi Jumaat ini di Istana Negara.

Mengulas saiz Kabinet kali ini yang semakin besar, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan MCA telah membuat keputusan untuk menyertai semua Kabinet selepas enggan menerimanya sebelum ini.
"Ya, memang berlaku pertambahan dan kita terpaksa membuat perubahan berikutan keputusan MCA. MCA pada mulanya tidak mahu menyertai kerajaan tetapi kemudian berfikir semula dan melihat bahawa perlunya mereka menyertai Kabinet.

DARI KIRI: Chua Tee Yong, Chew Mei Fun, Lee Chee Leaong

"Saya juga sedar saiz Kabinet kali ini lebih besar dari dahulu tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana situasi yang agak luar biasa," ujarnya.
Ditanya sama ada pertambahan Kabinet itu memberi jaminan bahawa perkhidmatan akan bertambah baik kepada rakyat, beliau secara berseloroh berkata:"Tidak semestinya tetapi saya harap begitulah dan ini saya katakan di luar jangkaan. Saya mula-mula tidak bercadang mempunyai Kabinet yang begini besar tetapi setakat ini tiada sesiapa pula yang secara sukarela mahu keluar dari Kabinet''.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib yakin saiz Kabinet yang terbaharu itu akan menggalakkan perbincangan serta pandangan yang lebih sihat daripada semua wakil komuniti di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Mengenai pelantikan tiga timbalan menteri daripada MCA, beliau berkata, mereka mempunyai tugas tertentu antaranya menjelaskan tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada peneraju industri kecil dan sederhana daripada kaum CIna.
"Begitu juga dengan pelantikan (Mei Fun) sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Ini kerana terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina yang perlu ada timbalan menteri untuk menyelesaikan kehendak dan tuntutan mereka yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan,'' ujarnya.
Mengenai satu-satunya wakil Gerakan di dalam Kabinet, Perdana Menteri menjelaskan itu melibatkan kuota dan beliau juga telah berjanji memberikan satu tempat kepada Siew Keong.
Berhubung kedudukan Hishammuddin dalam proses pencarian pesawat MH370 Najib berkata, perkara itu akan dibincangkan selanjutnya berdasarkan kedudukan terkini Menteri Pertahanan itu dengan Tiong Lai.

Sementara itu, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran peletakan jawatan P. Waythamoorthy.
"Kita ada satu jawatankuasa Kabinet yang menjaga hal ehwal kaum India dan saya sendiri mempengerusikan secara keseluruhannya dan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang mewakili kaum India juga telah diberi tugas dan tanggungjawab secara terperinci,’’ katanya.

Ibu tidak pernah adu masalah




KUALA LUMPUR 25 Jun - Majikan kepada ibu remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan tragis dan menyayat hati Sabtu lalu akan memberi bantuan kepada keluarga tersebut sehingga proses perundangan selesai.
Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s Airline Catering, Ainul Hasnizam Abu Hassan berkata, buat permulaan, syarikat berkenaan akan menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada wanita tersebut yang kini ditahan reman oleh polis bagi membiayai perbelanjaannya dan anak-anak.
Katanya, sumbangan berkenaan akan diberikan kepada wanita tersebut yang merupakan pekerja penyajian di syarikat itu selepas dia keluar dari tahanan.

"Syarikat masih menganggap dia sebagai pekerja melainkan apa-apa perkara di luar kawalan berlaku. Beliau akan diberi cuti khas selama sebulan jika dibenarkan keluar dari tahanan bagi menguruskan masalahnya," katanya di sini hari ini.
Sabtu lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan tubuhnya kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis di Flat Taman Semarak oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin.

Menurut Ainul Hasnizam, wakil syarikat tersebut juga telah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Se­remban untuk melihat sendiri keadaan Muhammad Firdaus selain membuat pertemuan dengan bekas pengasuh anak-anak pekerjanya itu.

Katanya, wakil syarikat itu yang mengadakan perbincang­an dengan JKM turut menyatakan akan menanggung segala perbelanjaan rawatan hospital anak-anak wanita tersebut dan akan membayar kepada pe­ngasuh perbelanjaan mengurus mereka.
"Dalam rekod syarikat, wanita ini tidak pernah mengadukan masalahnya kepada ketua jabatan, kesatuan yang dianggotainya dan Jabatan Modal Insan,’’ katanya

Wednesday 25 June 2014

Tuntut pemilihan semula




SUNGAI PETANI  - Kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan di beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan ahli-ahli PKR Cabang Sungai Petani tampil bersuara mendesak pemilihan semula dijalankan di seluruh negara bagi mengembalikan imej parti tersebut.
Bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Ishak Man bersama-sama kira-kira 30 anggota cabang parti itu hari ini melahirkan kekecewaan ekoran kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul menjalankan tugas memastikan proses pemilihan berjalan lancar.
Ishak berkata, proses pemilihan semula bagi setiap cabang PKR di seluruh negara itu perlu dijalankan agar perpaduan dalam kalangan anggota parti itu dapat diperbaiki semula.
Menurutnya, sepanjang proses pemilihan termasuk proses pemi-lihan semula dijalankan di seluruh negara, sebanyak 300 aduan diterima daripada 74 cabang oleh JPP, termasuk dua aduan daripada Cabang Sungai Petani.

"JPP hanya proses aduan daripada 36 cabang manakala aduan 38 cabang lain ditolak tanpa diberikan sebab yang munasabah. JPP sepatutnya lebih telus dalam mengendalikan proses pemilihan ini.
"Kami sangat kecewa dan merasakan ada yang tidak kena dengan perjalanan proses pemilihan cabang PKR dan menuntut agar proses ini dijalankan semula di seluruh negara," katanya ketika ditemui di Taman Seruling, di sini hari ini.

Menurutnya, ahli-ahli PKR Cabang Sungai Petani juga tidak berpuas hati apabila JPP tidak memberi maklum balas yang sepatutnya tentang aduan yang telah dihantar oleh mereka mengenai proses pemilihan di Cabang Sungai Petani.
"Dua aduan telah dihantar kepada JPP pada 6 Mei lalu, namun jawatankuasa hanya menelefon dan menyuruh kami hadir bersama-sama saksi ke ibu pejabat untuk disoal siasat.
"Kami kena bayar RM50 untuk setiap aduan dan untuk kemudah-an, kami minta JPP yang turun padang berjumpa dengan saksi kerana jumlah mereka ramai, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima," jelasnya.

Tambah Ishak, oleh kerana kegagalan JPP, ahli-ahli PKR Cabang Sungai Petani mahu Johari meletakkan jawatan atau jawatannya dilucutkan oleh kepemimpinan Pusat.
"Kami tidak mempunyai masalah peribadi dengan Johari, namun beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan perjalanan proses pemilihan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan pemilihan cabang PKR di seluruh negara kerana ada pelbagai masalah seperti dakwaan berlaku berat sebelah, mengatur kemenang-an dan sebagainya," jelasnya.

Tuesday 24 June 2014

Hapuskan Bible Melayu Demi Maruah Islam




SHAH ALAM 23 Jun - Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Selangor memohon ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menggunakan kuasa baginda selaku Ketua Agama Negeri menitahkan agar penerbitan kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Januari lalu dilupuskan demi menjaga maruah umat Islam di negara ini.

Timbalan Setiausaha Agung PERKASA Selangor, Shamsudin Munir berkata, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertindak tegas mengikut Enakmen ‎Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

"Kita mohon kepada DYMM Tuanku, Sultan Selangor menggunakan kuasa sebagai Ketua Agama, kita mohon perkenan, kita persembahkan Tuanku bertitah supaya Bible yang dirampas ini dilupuskan dan dibakar bagi menjamin maruah umat Islam.

"Kalau tidak, mereka akan mudah mencetak dan edarkan kepada orang Melayu tanpa sekatan yang bermakna Islam telah dihina dan hilang daulatnya di bumi Selangor.

"Tindakan JAIS dan MAIS sebelum ini yang merampas Bible adalah merupakan satu tindakan yang menurut undang-undang, perlembagaan dan mengikut keputusan mahkamah," katanya ketika berucap di Perkarangan Istana Kayangan, di sini, hari ini.
Beliau turut mendesak agar empat Ahli Parlimen PAS di buang negeri berikutan kenyataan mempertikaikan tindakan JAIS dan MAIS berhubung rampasan Bible.

"Ahli Parlimen Shah Alam, Sepang, Kota Raja dan Hulu Langat telah membuat kenyataan biadap dengan meminta supaya Dewan Negeri pinda perlembagaan negeri supaya kuasa MAIS dan JAIS dikurangkan.

"Ini bermakna dia desak supaya kuasa sultan dikurangkan, Sultan tidak boleh campur tangan dalam hal agama, Sultan bukan lagi Ketua Agama. Kita mohon supaya empat ahli parlimen ini di buang negeri dan keluar daripada Selangor. Mereka tidak layak duduk di bumi Selangor," katanya.

Shamsudin turut menyelar tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang tunduk kepada ‎tekanan dan tidak mempertahankan kalimah Allah.

"Kita minta Peguam Negara juga kalau sebelum ini dia menolak hujah JAIS untuk mendakwa Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan keputusan mahkamah sudah muktamad, maka persatuan itu sudah melanggar peraturan undang-undang negeri Selangor serta perlembagan persekutuan.

"Kita minta peguam negara tarik semula keputusan untuk menyerahkan Bible.

"Sepatutnya Peguam Negara sebagai seorang pemimpin orang Islam mesti mempertahankan Islam, mempertahankan kalimah Allah tetapi apabila JAIS bertindak peguam negara lepas tangan. DYMM Tuanku dimohon agar lucutkan jawatan beliau," katanya.

Monday 23 June 2014

Pemilihan PKR Selangor Kecoh : Seorang Cedera Parah




KUALA SELANGOR, Proses pemilihan semula jawatan dalam PKR Kuala Selangor kecoh seketika apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang penyokong calon lain.

Difahamkan, calon ketua cabang berkenaan, S. Manikavasagam menegur tindakan lelaki berkenaan kerana didakwa cuba berkempen di hadapan pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Bagaimanapun teguran Manikavasagam itu dikatakan dibalas individu berkenaan sehingga tercetus perang mulut namun kemudiannya dileraikan penyokong lain termasuk anggota jawatankuasa pemilihan parti (JPP) yang sedang bertugas.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut, Manikavasagam berkata ia hanya sedikit salah faham.

"Ada orang tukar-tukar 'chai' (kertas nombor calon)... orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR pusat," katanya ketika ditanya pemberita selepas selesai mengundi.

Pada 15 Mei lepas Manikavasagam dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas digantung keanggotaan daripada parti itu namun arahan berkenaan ditarik balik jawatankuasa tersebut pada 11 Jun lepas.

Tindakan disiplin ke atas Manikavasagam itu berikutan kenyataan bekas anggota Parlimen Kapar tersebut menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar terlibat dalam politik wang semasa pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lepas.

Sunday 22 June 2014

Melawat perkembangan peserta-peserta yang di beri bantuan untuk tanaman cabai di parit 1 jalan taiping..













Hari ini Dato sham bersama gerakan umno bagan serai Melawat perkembangan peserta-peserta  yg di beri bantuan untuk tanaman cabai tempohari di parit 1 jalan taiping.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar,semoga tanaman yang di tanam berhasil dengan baik amin....

Saturday 21 June 2014

Jom ke karnival pertanian dan klinik pakar pertanian UPM 2014



Jemput hadir beramai-ramai warga Bagan Serai. Pelbagai input & motivasi yang berguna drp pakar-pakar bagi memajukan ekonomi pertanian anda.
 Jgn lepaskan peluang..!!

Friday 20 June 2014

Laporan Muhyiddin Berundur Hanya 'Rekaan Politik' - Najib




KUALA LUMPUR  Laporan media sosial bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Najib berkata ini kerana beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu. 
 
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa saya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 
 
Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin.
 
"Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya.
 
Laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
 
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. 
 
Bagaimanapun semalam, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu. 

Thursday 19 June 2014

Menziarahi sahabat lama di hospital Sungai Buloh



Hari ini Dato sham mat sahat bersama Abu Bakar Md Ali Ketua bahagian Umno Parit Buntar menziarahi sahabat lama mereka yang terlantar sakit di hospital Sungai Buloh.Kami berharap supaya kawan beliau cepat sembuh dan kembali stabil....Amin....

Wednesday 18 June 2014

FORUM PERDANA & MALAM BELIA BERSELAWAT "Di AMBANG RAMADHAN"




FORUM PERDANA & MALAM BELIA BERSELAWAT
"Di AMBANG RAMADHAN"

-DEWAN SERBAGUNA BAGAN SERAI (mini stadium)
-22 JUN 2014 (ahad)
-8.30 MALAM (selepas solat isyak)
Anjuran MAJLIS BELIA DAERAH KERIAN
SEMUA DI JEMPUT HADIR....MOHON SEBARKAN

Tuesday 17 June 2014

Najib : Kedudukan BN Perak Lebih Kukuh




KUALA LUMPUR, - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri Perak terus diperkukuh susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata ia juga tergambar daripada perjumpaan tertutup yang dihadirinya bersama pimpinan parti-parti komponen BN Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pagi Sabtu.

"Kemenangan Datuk Mah Siew Keong dan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini membayangkan pengukuhan Barisan Nasional di negeri Perak.

"Kita harus terus bersatu dan berusaha dalam membawa agenda pembangunan agar negara terus kekal aman dan makmur," katanya dalam catatan di laman Facebook semalam.

Pada PRK 31 Mei itu, Mah yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Menurut rekod, kemenangan Mah bukan sahaja menyaksikan kejayaan merampas semula kerusi Parlimen berkenaan malah memperkukuh kedudukannya sebagai Presiden Gerakan yang dimenangi Oktober tahun lepas, serta kedudukan parti itu dalam BN.

Monday 16 June 2014

Menziarahi YB Dato' Sham Mat Sahat yang telah dimasukkan ke TMC.











Kami di sini mendoakan Dato sham semoga cepat sembuh serta banyakkan berehat dan dapat kembali berkerja sereti biasa nanti amin.....

Sunday 15 June 2014

Kerajaan jamin usaha pencarian MH370 akan ditingkatkan






RAUB  - Usaha pencarian penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 100 hari lalu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan bantuan negara-negara seperti China dan Australia, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, menerusi hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan dua negara terbabit serta negara Asean lain, operasi pencarian menjadi lebih mudah.

``Kita bagi jaminan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), China, Australia dan negara-negara Asean lain kepada anggota keluarga (penumpang dan kru MH370), kita bersama-sama mereka dalam usaha pencarian ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata hubungan kukuh antara negara yang terlibat dalam pencarian amat penting bagi menangkis dakwaan konspirasi geopolitik yang mahu melaga-lagakan Malaysia, China dan Australia.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada 24 Mac, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit, penerbangan itu dipercayai “berakhir" di selatan Lautan Hindi.

Saturday 14 June 2014

5,000 rumah PR1MA dan cawangan UPSI dibina di Teluk Intan - Najib




TELUK INTAN 14 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.
``BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.
Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.
Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.

Belanda belasah Sepanyol 5-1





SALVADOR, Brazil 14 Jun - Belanda memalukan Sepanyol dalam aksi pembukaan Piala Dunia selepas membelasah penyandang juara itu 5-1 dalam perlawanan Kumpulan B, sebentar tadi.
Dua jaringan Robin van Persie dan Arjen Robben, selain gol Stefan de Vrij membantu skuad Oranje menang besar ke atas La Roja, sekali gus membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada pasukan itu pada final Piala Dunia di Afrika Selatan 2010.
Ini adalah kekalahan terbesar kedua dialami Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia selepas dibelasah 6-1 oleh Brazil pada 1950. - AP

Friday 13 June 2014

Dyana Sofya perlu utamakan Islam



KOTA BHARUn - Bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud sepatutnya lebih mengutamakan agama Islam berbanding pendirian parti politik yang disertainya.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu lebih penting berbanding sesebuah parti politik kerana telah menjadi pegangan hidup manusia sejak sekian lama.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab kenapa Dyana Sofya perlu mengutamakan DAP lebih daripada agama yang dianutinya sehingga terpaksa menolak pelaksanaan hukum hudud.
"Dalam pertemuan pagi semalam, baru saya dengar penjelasan Dyana (Sofya) yang dia tidak kata tolak hudud sebagaimana dilaporkan wartawan, cuma dia ikut pendirian parti.

"Jadi saya kata pula, agama dengan parti mana lebih utama. Parti baru lagi, 40 hingga 50 tahun sedangkan agama sudah beribu-ribu tahun. Patut agama lebih utama. Dia terus senyap," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan beliau dengan Dyana Sofya serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap tindakan Dyana Sofya yang disifatkan mengeluarkan kenyataan secara terburu-buru.
"Saya luah isi hati, bahawa saya kecewa kerana teknik (memberi kenyataan) itu tidak betul, sebab seolah-olah terus tolak hudud di peringkat pertama lagi," katanya.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas dakwaan DAP yang mengaitkan Pas dan hudud sebagai punca kekalahan dalam pilihan raya kecil tersebut sehingga Kit Siang terpaksa tampil bertemunya untuk memberi penjelasan.
"Isu itu orang yang kata, dia nak kata apa, saya tak ganggu," katanya.


Thursday 12 June 2014

MH370 : Malaysia Hargai Usaha Turkmenistan



ASHGABAT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyampaikan penghargaan dan terima kasih Malaysia kepada Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov atas bantuan yang diberikan negara itu semasa pencarian di peringkat awal kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Koridor Utara.

Semasa misi pencarian MH370, Turkmenistan memberikan sokongan dan kerjasama penuh yang memudahkan usaha pencarian Malaysia di kawasan yang begitu luas di koridor itu, kata Najib dalam kenyataan bersama antara Malaysia dan Turkmenistan pada Majlis Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Kedua-dua pemimpin menandatangani kenyataan bersama itu pada satu majlis selepas mereka mengadakan pertemuan empat mata di Istana Presiden di sini.

Sebelum itu, Najib diberi sambutan rasmi sempena lawatan kali kedua di negara Asia Tengah ini.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.

Tujuh belas hari kemudian, Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Dalam kenyataan itu, Najib juga mengucapkan tahniah kepada Turkmenistan kerana dipilih sebagai hos Sukan Dalam Gelanggang Asia dan Sukan Seni Bela Diri pada 2017 dan melahirkan kesediaan Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Turkmenistan.

Berdimuhamedov, pula menyambut baik giliran Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2015 dan berharap untuk meningkatkan hubungannya dengan Malaysia melalui platform itu.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa perkongsian di antara Malaysia dan Turkmenistan mempunyai potensi luas yang boleh dibangunkan berasaskan kepada kesaksamaan dan manfaat bersama.

Antara lain, ia termasuk aktiviti promosi perdagangan dan pelaburan bagi mewujudkan rangkaian di antara pelbagai entiti ekonomi, dewan perniagaan dan perusahaan milik negara.

Sambil menyatakan aspirasi yang dikongsi antara Malaysia dan Turkmenistan, Najib dan Berdimuhamedov juga menyatakan berhubung kepentingan mengukuhkan kerjasama di antara kedua buah negara dalam bidang pembangunan tenaga dan sumber galian.

Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan majlis menandatangani empat dokumen di antara Malaysia dan Turkmenistan.

Perjanjian Kerjasama Kebudayaan di antara Malaysia dan Turkmenistan ditandatangani Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pemangku Menteri Kebudayaan Turkmenistan Annageldi Garajayev manakala satu Minit Yang Dipersetujui berhubung Terma Rujukan bagi Jawatankuasa Bersama Perdagangan antara Malaysia dan Turkmenistan ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohd Ridzal Sharif dan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Ekonomi Luar Turkmenistan Bayer Abayen.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pelajaran Turkmenistan Gulshat Mammedova menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Kerjasama Pendidikan manakala MoU tentang Kerjasama Jangka Panjang antara Petronas dan Agensi Negara yang bertanggungjawab bagi Hidrokarbon ditandatangani

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dan Pengarah Agensi Negara Bagi Pengurusan Penggunaan Sumber Hidrokarbon di Pejabat Presiden Turmenistan Yagshygeldi Kakayev.

Wednesday 11 June 2014

Pecat Teresa Kok Jika DAP Betul Adil



KUALA LUMPUR- Penasihat DAP Lim Kit Siang seharunnya memecat ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Teresa Kok yang didakwa terbukti melanggar peraturan parti apabila mengeluarkan dana sejumlah RM117,230 untuk kegunaan sendiri tanpa kebenaran parti.

Bekas ahli DAP Tony Tan berkata, laungan adil dan saksama yang dicanang Kit Siang mungkin hanya mainan politik sahaja kerana terus berdiam diri dan tidak mengenekan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu.

"DAP selalunya menyuruh orang lain letak jawatan, hari ini Teresa Kok sudah melakukan banyak kesalahan dan mengapa Lim Kit Siang hanya berdiam diri. Kami cabar Lim Kit Siang untuk keadilan sila  ambik tindakan ubah Teresa Kok dahulu jangan ubah orang lain," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui media Balai Polis Sri Petaling selepas membuat laporan keatas Teresa berhubung dana yang digelapkan Teresa.
alt

Mengulas lebih lanjut, Tony berkata Teresa jelas menyalahkan kuasanya dalam parti dengan meluluskan dana diatas kapasiti peribadi dan tidak mengikut prosedur sepatutnya sepertimana ahli parti lain.

"Teresa Kok sudah salah guna kuasa apabila mengisi 5 cek tanpa kebenaran, biasanya apabila mahu mengisi sesuatu cek yang nilainya lebih daripada RM400 perlu mengadakan satu perbincangan bagi mendapat persetujuan semua ahli.

Jelasnya lagi, Teresa juga cuba menghalang mana-mana ahli parti yang ingin mendedahkan perkara tersebut sepertimana yang dikenakan kepada Danny Lim.

"Sudah banyak kali dalam perjumpaan ahli DAP betanyakan kepada Teresa Kok kemana duit itu pergi tetapi tiada sebarang jawapan sehingga hari ini.

Danny Lim ini hanya bertanya saja didalam surat khabar akan tetapi disaman dan kami telah lantik seorang peguam untuk Danny Lim bagi menentang Teresa Kok," ujarnya.

Rasional ADUN Luyang Sertai MCA



KOTA KINABALU - Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rasional di sebalik penyertaan Adun Luyang, Dr Hiew King Cheu dalam parti komponen itu menerusi MCA ialah kerana kerusi bagi kawasan itu sebelum ini ditandingi MCA.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakin Ketua Bahagian MCA Luyang dan negeri Sabah serta di peringkat kepimpinan nasional parti itu bersetuju menerima permohonan King Cheu seperti yang dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Ketua Menteri Sabah. Datuk Seri Musa Aman.

"Berdasarkan rasional itu, ketua menteri tidak membantah," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Abdul Rahman, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, sebelum ini terdapat satu kes yang menyaksikan permohonan seorang calon pembangkang (kini Bebas) untuk menyertai Umno ditolak kerana kerusi yang ditandingi diperuntuk kepada parti komponen BN yang lain.

"Tidak wajar bagi Umno untuk menerima calon itu kerana kawasan yang diwakili diperuntuk kepada parti komponen BN yang lain," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, meskipun Umno Sabah secara prinsip tidak membantah penyertaan King Cheu dalam BN menerusi MCA, parti berkenaan perlu membincangkan perkara itu dengan parti komponen lain.

"Saya percaya sebagai sebuah parti utama dalam gabungan ini, MCA perlu memahami bahawa pemimpin parti lain perlu dirujuk berhubung isu berkenaan.

"Saya percaya MCA bertindak secara tergesa-gesa dalam mengumumkan perkara ini dan mereka perlu menjawab pertanyaan daripada parti komponen lain dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN akan datang," katanya.

Baru-baru ini, King Cheu menyertai MCA selepas memenangi kerusi Luyang atas tiket DAP pada PRU13, namun memutuskan untuk meninggalkan parti pembangkang itu dan menjadi adun Bebas pada September tahun lepas.

Tuesday 10 June 2014

Tak Kisah Apa DAP Pusat Nak Cakap



ALOR SETAR  - DAP Kedah tetap akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) sungguhpun telah beberapa kali ditegah oleh DAP Pusat yang tidak bersetuju dengan barisan kepimpinan parti negeri.

Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata, parti diperingkat negeri harus menjalankan mesyuarat yang dijadualkan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan oleh Jabatan Pertubuhan (RoS) sepertimana yang terjadi kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

"Jika AGM tersebut tidak dilakukan, kemungkinan besar kami akan berdepan nasib sama seperti CEC Pusat kerana tempoh untuk ahli jawatankuasa DAP negeri memegang jawatan sudah pun tamat sejak Ogos lalu.

"Saya sudah menghantar surat kepada DAP Pusat sejak Mac lalu untuk mengadakan AGM tetapi sehingga kini tidak dipedulikan. Disebabkan itu, kami tiada pilihan lain selain meneruskan apa yang sepatutnya demi menyelamatkan parti,"

Kemelut dalaman parti bermula apabila berlakunya campurtangan terus daripada peringkat pusat yang melantik Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi negeri sungguhpun parti diperingkat negeri telah memilih pemimpin sendiri pada pemilihan yang sah.

Zairil kemudiannya telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat berasingan pada September ini memperlihatkan seperti ada dua parti DAP di Kedah.

Guan Aik walaubagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menghalang Zairil mengadakan mesyuarat tersebut.

"Itu hak mereka. Tetapi bersandarkan prosedur dan perundangan, jelas saya berada di landasan undang-undang kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) jelas menyatakan bahawa saya adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah.

"Sudah tentu apa yang dilakukan mereka ini adalah arahan daripada pemimpin atasan dan itu jelas menunjukkan yang mereka ini secara terang-terangan menentang ROS," katanya.

Monday 9 June 2014

Ugutan Hudud : DAP Pembuli Besar dalam Pakatan


BLOG BELANTAN - Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo berpendapat faktor hudud merupakan punca kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. Menurutnya, berdasarkan analisis awal, DAP telah kehilangan 25 peratus daripada undi bukan Melayu dalam PRK itu dan fenomena itu perlu diberi perhatian. Beliau berpendapat bahawa kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hudud oleh Pas menjadi penyumbang yang ketara terhadap kekalahan DAP di Teluk Intan.

Sebelum ini sekiranya dalam mana-mana kawasan yang DAP menang maka mereka dengan cepat meraikan kehebatan dan kemenangan DAP. Namun begitu, apabila mereka tewas di Teluk Intan baru-baru ini maka rakan seperjuangan mereka iaitu Pas pula dipersalahkan. Politik meletakkan beban tanggungjawab kekalahan parti mereka kepada rakan seperjuangan sangat jelas memperlihatkan sifat DAP sebenar.

Adakah DAP langsung tidak mengiktiraf usaha Pas untuk meningkatkan undi tiga peratus Melayu kepada DAP di PRK Teluk Intan? Selain itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, ada dalam kalangan mereka yang telah mengambil cuti dan berkampung di Teluk Intan, di samping ada yang menyumbang wang ringgit.

"Oleh itu jangan ada yang cuba memperlekehkan sumbangan mereka atau mengguriskan hati mereka dengan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya. Mereka juga manusia yang juga ada perasaan. Kesabaran mereka ada hadnya," ujarnya.

Persoalannya kini sampai bila Pas dan komponen parti lain dalam pakatan pembangkang hendak dipijak dan diperbodohkan oleh DAP? Adakah parti-parti tersebut yang didakwa 'sahabat' langsung tidak memiliki maruah dan martabat serta boleh diperlecehkan semudah itu?


Pas seharusnya bertanya kepada DAP apakah kehilangan satu kerusi di Teluk Intan lebih teruk berbanding dengan kekalahan yang dialami oleh Pas? Pada PRU-13 akibat DAP terlalu memainkan isu-isu perkauman secara keterlaluan menjadi punca penurunan ketara kerusi Pas di Kedah apabila kalah teruk berbanding 16 kerusi pada PRU-12 kepada hanya 9 kerusi pada PRU-13, sekali gus meranapkan kerajaan Pas di negeri ini.

Di Kelantan, kubu kuat Pas, majoriti jatuh dengan jumlah kerusi daripada 37 dalam PRU-12 kepada 32 pada PRU-13. Pada keseluruhannya purata undi Melayu dalam kawasan-kawasan yang ditandingi Pas di Semenanjung menurun daripada 48.34 peratus pada PRU-12 kepada 45.46 peratus pada PRU-13. Penurunan terburuk berlaku di Kedah dengan kadar 8.2 peratus disusuli Selangor dengan penurunan 4.9 peratus.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas berdiam diri dan tidak berani untuk mempersoalkan DAP apabila undi parti mereka merosot pada PRU-13 disebabkan cara, ideologi dan perjuangan politik DAP? Kini setelah Pas berjaya meningkatkan undi tiga peratus Melayu untuk DAP di Teluk Intan malangnya tiada sebarang ucapan terima kasih dan pengiktirafan diberikan bahkan dipersalahkan oleh pemimpin tertentu dalam DAP?

Keputusan PRK Teluk Intan menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 15 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India yang kembali menyokong Barisan Nasional. Diharapkan kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi apabila beliau mengatakan DAP terlalu yakin sehingga merasakan parti mereka tidak memerlukan sokongan daripada pengundi Melayu termasuk daripada Pas akan membuka mata dan minda masyarakat Melayu yang lain.

Sekiranya DAP tidak memerlukan sokongan Melayu dan Pas, maka selepas ini masyarakat Melayu dan penyokong Pas akan memberi pengajaran kepada DAP. Sudah tiba masanya ahli dan penyokong Pas bangkit daripada terus dipijak demi menjaga martabat dan maruah mereka yang tercalar akibat DAP.