YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 7 June 2014

Kit Siang Perlu Buktikan BN Rasuah



PUTRAJAYA  - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa supaya menjalankan siasatan ke atas Penasihat DAP Lim Kit Siang bagi membuktikan dakwaannya yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan pemerintah yang sering mengamalkan rasuah.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, Kit Siang seharusnya tampil mengemukakan segala bukti kenyataan yang digembar -gemburkan dalam laman blog peribadinya dan juga video terdapat di laman sosial.

"Saya mahu pihak SPRM untuk menyiasat Lim Kit Siang. Jika beliau merupakan seorang pemimpin yang mahu membanteras gejala rasuah, maka dialah yang seharusnya tampil ke depan dan kemukakan bukti.

"Jangan hanya berani bersuara di atas pentas-pentas ceramah politik. Kita dah dibebani dengan pelbagai isu yang cuba diputarbelit oleh beliau.

"Beliau cuba untuk porak-perandakan pemikiran rakyat contohnya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, isu Scorpene juga turut dimainkan, namun entah kemana pengakhirannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Jelas Ramesh, dakwaan tidak berasas Penasihat DAP itu bukan sahaja memberi impak negatif terhadap rakyat di negara ini malahan ianya juga secara tidak langsung memberi tanggapan yang kurang enak terhadap pelabur asing khususnya.

"Apabila pelabur datang ke Malaysia, pelbagai khabar angin cuba dihebahkan bertujuan untuk mengapi-apikan mereka dengan pelbagai faktor keselmatan dan rasuah yang berleluasa," ujarnya.

No comments:

Post a Comment