YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 30 September 2014

Mat Sabu : 'Saya Tiada Niat Nak Jatuhkan Hadi Awang'



BATU PAHAT, - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu.

"Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat.

"Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, semalam.
Mat Sabu

Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum.

Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan.

"Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'.

Monday 29 September 2014

Terima Kasih Kepada Pasukan Bola Sepak Bagan Serai













Gembira dalam duka.. terima kasih kepada pemain Pemuda UMNO Bagan Serai , Pengurusan n Jurulatih serta Dato' Sham Mat Sahat dan individu yang turut membantu... tidak dilupakan pada penyokong yg tidak jemu memberi sokongan dari awal hingga akhir..

Sunday 28 September 2014

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Serai 2014








Hari ini Dato Sham Hadir serta Merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Bagan Serai 2014.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lanxar dan baik amin.....


Klik selanjutnya



Saturday 27 September 2014

Dua ADUN Selangor Mungkir Bai'ah Barua



BATU PAHAT - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ADUN Morib Saari Sungib dan ADUN Hulu Kelang Hasnul Baharuddin sebagai barua kerana memungkiri Baiah taat setia kepada parti kerana mendahului keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS itu dalam nada tegas berkata, PKR juga melanggar etika Tahaluf Siyasi bersama PAS kerana 'mencuri' dua ADUN PAS demi mendapat jumlah sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini pula (PKR) takut dengan kita (PAS) majoriti yang takut tak dapat (sokongan) curi wakil rakyat kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan dua wakil rakyat yang bertindak menyeberang yang menjadi broker, yang jadi barua," katanya ketika sesi Pergulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, kedua-dua ADUN belot itu perlu takutkan hukuman Allah kerana telah melangar bai'ah setia dengan parti ketika mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat PAS.

"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbai'ah. Masa nak jadi calon berbai'ah, Wallahi, wabillahi, watawallahi.

"Mana lagi besar berbai'ah dengan surat akur janji?" tegasnya lagi.

Hadi turut mengingatkan kepada PKR bahawa partinya tidak mengejar dengan jawatan menteri besar sungguhpun PAS mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi daripada rakan partinya itu di Selangor.

"Dengan menyerdari Langkah Kajang yang tidak menyenangkan kita, saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak merebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap dengan jawatan menteri besar.

"Walaupun tiada persefahaman (perjanjian) siapa yang menjadi menteri besar, tiada perjanjian bertulis, walaupun PAS dapat 15 kerusi (DUN), PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi, mengikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mestilah Melayu Islam, PAS tak rebut jawatan ini," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul menyatakan sokongannya menerusi akuan bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ianya merupakan usaha untuk menggulingkan penyandang menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang enggan melepaskan jawatannya sehingga mengakibatkan ADUN Perlabuhan Klang itu dipecat PKR.

Krisis politik yang dietuskan PKR itu dijangka selesai Selasa ini apabila menteri besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan.

Friday 26 September 2014

Tentera Politik Azmin Mula Tawan SUK



BLOG GELAGAT ANWAR - Siapa yang tengok muka Azmin waktu angkat sumpah, pasti tahu bahawa Azmin sebenarnya menahan air mata. Sebak.

Sebak kerana selepas sekian lama dalam PKR, masih ada riak kawan-kawan ingin sabotaj perlantikannya.

Tak ada ADUN PKR yang hadir. DAP hanya hantar Hannah Yeoh.

Ini sebenarnya bukan protes kepada Azmin, tetapi perancangan parti nak ‘bahasakan’ Sultan kerana tidak menerima Wan Azizah sebagai MB.

Istana Segambut ambil tindakan hati-hati. Tarik diri. Hormat keputusan Sultan, tetapi tidak akan hadir majlis bersama Tuanku.

Dalam perbualan orang kanan parti. sudah ada ura-ura yang mahu Azmin GAGAL sama sekali dan tidak mampu memimpin waima 100 hari di Selangor. Cara mana? Ada kaedah mereka.

Azmin sedang berhadapan gerombolan orang politik gila di dalam PR. DAP demand lain. PKR demand lain.

Semuanya menunggu masa nak menghenyak Azmin.

Sampaikan jawatan SUSK, SUPOL, SUS semuanya sedang disusun oleh pihak tertentu.

Tak ada alasan untuk Azmin untuk tolak.

Kalangan orang PKR sendiri tak mahu Azmin lepas 100 hari.

Apa harapan yang ada pada Azmin? Kita tunggu sahajalah.

Thursday 25 September 2014

DAP, Kenapa Emosi Sangat Ni! - Pengarang Berita Lidah Rasmi Pas



KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan empat daripada mereka “pengkhianat” kerana tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendapat perhatian Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah.

Nazri dalam kenyataannya, turut melahirkan rasa hairan dengan sikap Guan Eng yang terlalu emosi sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Sepatutnya penggerak ‘Kajang Move’ seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli yang perlu beremosi berbanding dengan DAP terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

“Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

“Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

“Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS Sallehen Mukhyi turut membidas Guan Eng dan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP itu tidak memahami Undang-undang Tubuh Negeri.

"Guan Eng mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri," kata exco agama itu kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali hari ini.

Semalam, Guan Eng mengisytiharkan DAP menyokong penuh pelantikan Azmin dan menghormati pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik diri daripada pencalonan.

Bagaimanapun, Guan Eng menganggap empat exco PAS itu sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.

Empat exco terbabit adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Sallehen (Sabak).

Sallehen mempertahankan kedudukannya dan tiga rakan PAS lain dalam kerajaan negeri sebagai benteng terakhir untuk Pakatan Rakyat (PR) bertahan menjadi kerajaan di Selangor sementara menunggu proses peralihan kuasa selesai.

"Guan Eng kena semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.

"Jangan label exco PAS sebagai pengkhianat," tegasnya.
___________________________________________________________________________________________________
Berikut merupakan kenyataan Penuh Nazri Abdullah.
DAP, kenapa emosi sangat ni!

NAZRI ABDULLAH | 23 September 2014.

Saya hairan, apa lagi yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, adalah tidak wajar.

Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah ‘tiada merit’.

Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu.

Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?

Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.

Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng.

Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar.

Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati.

SD juga tiada merit

Seperkara lagi yang juga tidak wajar diungkit adalah isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS.

Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.

Ini kerana nilai SD itu lebur selepas Sultan memperkenan Azmin sebagai MB baru sekaligus difahami baginda menolak Wan Azizah iaitu calon tunggal yang dikemukakan PKR dan DAP.

Kecuali PKR masih mahu menggunakan SD yang tinggal 29 orang tersebut sebagai senjata untuk undi tidak percaya kepada Azmin selepas ini. Tapi saya harap ia tidak akan berlaku.

PKR pun sudah menyatakan sokongan kepada Azmin. Majlis Pimpinan Pusat PKR juga sudah menerima penarikan diri Wan Azizah biarpun dibuat hanya selepas mengetahui Azmin menjadi pilihan sultan.

Tamatkan episod

Saya kira semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu melihat dan bergerak ke hadapan. Kita sudah tertinggal jauh dek kerana isu MB ini.

Usah lah lagi mengungkit apa berlaku di belakang. Jangan biarkan kita terus tersekat di sini.

Berapa ramai lagi yang harus cedera dengan isu MB ini. Saya kesian melihat mereka-mereka yang telah menjadi mangsa dalam isu ini.

Cukuplah sampai di sini. Dengan perlantikan baru ini biarlah episod ini ditamatkan.

Jika mahu meneruskan ‘Langkah’ lagi, tunggulah dahulu, biarlah reda satu-satu.

Kepada Guan Eng dan DAP, belajarlah terima hakikat. Ada benda PAS perlu berbeza pendapat. Tapi jangan mudah menuduh mereka ‘khianat’!

*Penulis adalah Pengarang Berita Harakahdaily

Wednesday 24 September 2014

Hasut : Anwar Akan Disoal Siasat Jumaat Ini


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disoal siasat di  Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada jam 3.00 petang Jumaat ini berhubung ceramahnya di Gombak 3 tahun lalu.

Peguam Latheefa Koya berkata,  Anwar akan ditemani peguamnya N Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

Dalam ceramah yang diadakan pada 25 Mac 2011 itu, penyokong PKR menjadi tidak terkawal apabila polis cuba menghentikan majlis itu semasa ketua umum PKR itu sedang berucap.

Ceramah itu diadakan sempena pelancaran kempen PKR yang dinamakan "Kempen DNA," singkatan bagi "Datuk Najib Altantuya," merujuk kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini, yang didakwa terlibat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dikatakan berperanan dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari Perancis.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang pernah diambil kenyataannya oleh polis berhubung ucapan yang dibuat berkaitan kempen itu.

Menurut Latheefa, polis mahu membuka semula siasatan atas kes itu dengan memasukkan Anwar kerana beliau juga bercakap dalam majlis itu.

Tuesday 23 September 2014

Azmin Ali Angkat Sumpah Terima Jawatan MB



KLANG - Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang menamatkan pemerintahannya semalam.

Perakuan sumpah Azmin dibuat di Istana Alam Shah, Klang, kira-kira 10.40 pagi tadi dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Lantikan Azmin sekaligus menamatkan krisis Menteri Besar Selangor yang melanda sejak Mac tahun ini apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrrahim mengumumkan untuk bertanding merebut kerusi DUN Kajang.

PKR kemudiannya melancarkan kempen Langkah Kajang yang secara nyata menyebut hasratnya untuk menggulingkan Khalid dan menamakan menteri besar baru.

Krisis yang memperlihatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dijadikan 'kambing hitam' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh suatu ketika dahulu tidak berjaya setelah pihak Istana tidak perkenan lantikan Presiden PKR itu sebagai menteri besar.

Istana dalam surat penjelasan lantikaan Azmin menyebut lantikan ADUN Bukit Antarabangsa ekoran keingkaran DAP dan PKR meletakkan lebih dua nama calon menteri besar bagi dipertimbangkan Sultan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani berkata, walaubgaimanapun Istana tetap memilih calon dari PKR kerana mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat (PR) yang menetapkan kerusi menteri besar milik parti tersebut.

Monday 22 September 2014

Dua ADUN Selangor Mungkir Bai'ah Barua



BATU PAHAT  - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ADUN Morib Saari Sungib dan ADUN Hulu Kelang Hasnul Baharuddin sebagai barua kerana memungkiri Baiah taat setia kepada parti kerana mendahului keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS itu dalam nada tegas berkata, PKR juga melanggar etika Tahaluf Siyasi bersama PAS kerana 'mencuri' dua ADUN PAS demi mendapat jumlah sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini pula (PKR) takut dengan kita (PAS) majoriti yang takut tak dapat (sokongan) curi wakil rakyat kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan dua wakil rakyat yang bertindak menyeberang yang menjadi broker, yang jadi barua," katanya ketika sesi Pergulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, kedua-dua ADUN belot itu perlu takutkan hukuman Allah kerana telah melangar bai'ah setia dengan parti ketika mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat PAS.

"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbai'ah. Masa nak jadi calon berbai'ah, Wallahi, wabillahi, watawallahi.

"Mana lagi besar berbai'ah dengan surat akur janji?" tegasnya lagi.

Hadi turut mengingatkan kepada PKR bahawa partinya tidak mengejar dengan jawatan menteri besar sungguhpun PAS mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi daripada rakan partinya itu di Selangor.

"Dengan menyerdari Langkah Kajang yang tidak menyenangkan kita, saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak merebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap dengan jawatan menteri besar.

"Walaupun tiada persefahaman (perjanjian) siapa yang menjadi menteri besar, tiada perjanjian bertulis, walaupun PAS dapat 15 kerusi (DUN), PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi, mengikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mestilah Melayu Islam, PAS tak rebut jawatan ini," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul menyatakan sokongannya menerusi akuan bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ianya merupakan usaha untuk menggulingkan penyandang menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang enggan melepaskan jawatannya sehingga mengakibatkan ADUN Perlabuhan Klang itu dipecat PKR.

Krisis politik yang dietuskan PKR itu dijangka selesai Selasa ini apabila menteri besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan.

Sunday 21 September 2014

Sah Wujud Usaha Gulingkan Presiden PAS



BATU PAHAT  - Perwakilan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengakui wujudnya usaha menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepertimana dakwaan khabar angin sebelum ini.
Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Fadhli menjelaskan, usaha tersebut jelas diperlihat ketika pertemuan haluan kiri ini di Pustaka Azara, Kota Bahru ada 31 Ogos lalu.
"31 Ogos lalu ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir untuk jatuhkan Presiden.
"Saya ada bukti video tersebut. Jika saya pasang di muktamar ini tak cukup masa. Panjang video itu," katanya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan Pemuda PAS keluar dewan ketika persidangan Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.
Kumpulan yang memakai vest yang tertera ungkapan 'Kami menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU)' bertindak sedemikian ketika Timbalan Presiden Mohamad Sabu berucap merasmikan sidang muktamar tersebut.
Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan boikot Pemuda ke atas Timbalan Presiden disebabkan oleh kenyataan terbukanya membantah keputusan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor.
Tambahnya, kenyataan Mat Sabu itu sangat memaluan parti dan dibimbangi akan membuatkan Presiden kecil hati.
"Saya kalau ada vest itu saya pun kan pakai.
"Perbezaan pendapat tak salah jangan bantah secara terbuka. Ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan akar umbi.
"Kalau ada perbezaan pendapat selesai dalam mesyuarat bukan di dada akhbar," tegasnya lagi.

Saturday 20 September 2014

Hishammuddin Ingatkan Jentera BN Jangan Tabur Politik Kebencian



TUMPAT  - Jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor diingatkan tidak melakukan politik kebencian semasa berkempen.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perbuatan menanam kebencian dalam kalangan pengundi hanya akan memberi kesan buruk kepada penduduk setempat selepas pilihan raya kecil berakhir.
"Politik kebencian tidak membantu kerana yang buat pilihan pada akhirnya adalah pengundi. Jentera kempen akan pulang, bayangkan apa yang berlaku jika berlaku perpecahan.
"Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen sebelum hari pengundian dan saya harap kempen berjalan dengan sihat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 300 penduduk di Masjid Mukim Simpangan di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut melawat sekolah pondok Simpangan yang diasaskan calon BN, Mat Razi Mat Ail dan berjanji akan memberi sumbangan sebanyak RM50,000 untuk tujuan pembangunan sekolah itu.
Beliau turut memuji cara berkempen Mat Razi yang menggunakan pendekatan secara lembut dan tidak menyerang pihak lawan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
"Bila tengok calon kita tenang (dalam menghadapi fitnah)... itu semangat yang kita nak tengok dalam pilihan raya kecil (ini). Cukup-cukuplah peperangan, pembunuhan (di negara luar). Ini cara orang Islam bawa diri masa kini.
"Jangan ingat apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil ini tak memberi kesan kepada dunia global yang kompleks ini," kata Hishammuddin.
Semalam, Mat Razi dilaporkan kesal kerana PAS sentiasa menyerang peribadi beliau dan melempar fitnah terhadapnya dengan mendakwa kononnya beliau mempunyai kekasih gelap dan akan mendedahkan siapakah wanita itu.
Mengulas mengenai isu royalti yang dimainkan PAS dalam setiap ceramah, Hishammuddin berkata ia adalah taktik lapuk parti itu untuk meraih undi yang sekali gus dilihat cuba menanam kebencian kepada kerajaan pusat.
"Isu yang dibawa adalah lama, cuma dari sudut yang berbeza. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dah meramalkan perkara ini akan dibangkit, sebab itu dia (PAS) pusing (isu royalti).
"Orang ramai bukan bodoh untuk terikut-ikut dengan helah pembangkang, (tetapi) orang ramai nak wakil yang boleh buat kerja," kata Hishammuddin.
PRK pada 25 Sept ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Friday 19 September 2014

Doa Hentam Kajang Move Dikecam Parti



BATU PAHAT  - Bacaan doa Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan Dr Ahmad Azhari Arifin yang menyentuh pelbagai perkara termasuk konflik menteri besar Selangor mendapat kecaman dari para perwakilan yang hadir hari ini.
Arifin yang antaranya menyebut PAS dianggap sebagai hampas oleh rakan Pakatan Rakyatnya, PKR dan DAP dalam isu Langkah Kajang mendoakan hukuman yang setimpal dikenakan kerana membuat keputusan tanpa persetujuan PAS
"Ya Rabb, Kamu telah mengtakdirkan berlakunya Kajang Move dalam siasah di Malaysia. Kajang Move bukan ciptaan kami (PAS) tetapi ciptaan rakan tahaluf siyasi kami.
"Ya Allah, Kajang Move telah terang-terangan memainkan rakyat dalam memilih pemimpin. Kajang Move telah menodai sistem demokrasi.
"Kajang Move adalah antara cerita kartun dalam memilih pemimoin dari kalangan keluarga. Kajang Move akhirnya menjadi ketidakmatangan berpolitik," doanya ketika sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS, di sini, hari ini.
Doa Arifin yang secara langsung merujuk kepada isu krisis Menteri Besar turut mempersoalkan mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih tenang menghadapi situasi sama suatu ketika dahulu berbanding PAS yang menyarung 'jersey' Islam.
"Kami melihat Ya Allah bagaimana Presiden mereka (BN) mereka sahaja bercakap, mengarah dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatahlagi mengeluarkan kenyataan kononnya kenyataan itu hanya pendapat peribadi.
"Begitu juga Ya Allah, kami dapati seluruh Naib Presiden dan Majlis Tettinggi mereka tidak kemaruk untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Presiden mereka," doanya lagi.
Jelas, perkara yang disebutkan Arifin berkaitan krisis Menteri Besar Terengganu yang telah diselesaikan BN suatu ketika dahulu.
Selepas berakhir doa Arifin, Pemerhati Kuala Kedah Mohd Ridzuan Abu Bakar tampil mengecam doa Perwakilan Wilayah Persekutuan itu.
Katanya, doa tidak seharusnya menjadi medium untuk menghentam rakan PR setersnya membentuk imej negatif kepada PAS yang menjunjung akhlak Islam.
"Apakah ini (menghentam individu dalam doa) merupakan akhlak di dalam Islam?.
"Kawan-kawan wartawan bukan Islam masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar? Kenapa kita perlu mempergunakan agama?" tegasnya kepada Pengerusi Tetap Muktamar.

Thursday 18 September 2014

Ulama Jangan Seronok Sangat Halau Ahli PAS



BATU PAHAT- Ketidaktentuan politik dalaman PAS tidak boleh dijadikan sebagai faktor kepada Majlis Syura Ulama parti mengeluarkan kenyataan menghalau kepada ahli parti yang tidak sehaluan dengan pendapat majlis tersebut.

Perwakilan PAS Jasin mewakili Melaka Yuhaizat Abdullah berkata, kumpulan ulama tidak seharusnya memandang serong kumpulan yang menyokong Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat melebihi majlis ulama.

"Sebab itu ulama jangan direndahkan dengan melabelkan ahli-ahli parti dengan istilah-istilah yang sukar diterima oleh ahli mahupun masyarakat awam. Munafik, pengkhianat, aqidah tidak sahih, liberal, parasit.

"... dan ulama juga jangan mudah menghalau ahli keluar dari PAS," katanya ketika sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Katanya, setiap ahli PAS mempunyai nilainya yang tersendiri dan menjadi tugas pemimpin termasuk Majlis Syura Ulama menjaga keharmonian dan kelangsungan parti.

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) jangan mudah dituduh pengkhianat. Mereka yang berjongkang-jongkit dirumah UMNO juga harus ditegur," tegasnya.

Walaubagaimanapun ujarnya, status Ulama tidak seharusnya diperkecilkan dalam perjuangan PR menjunjung amalan demokrasi negara.

"Golongan ulama ini boleh memimpin dan harus diber kepercayaan," katanya lagi.

Wednesday 17 September 2014

PAS Ketandusan Isu Serang Peribadi Calon BN



TUMPAT, - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan PAS mempelekeh gelaran ustaz terhadap calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, kerana terdesak ekoran ketandusan isu.

Beliau bagaimanapun yakin serangan berunsur peribadi itu tidak memberi kesan terhadap sokongan pengundi kepada BN.

"Saya lihat sini tidak ada isu besar dan saya katakan sasaran PAS terhadap calon (BN) kerana dia tahu calon kita diterima baik dan cemerlang.

"Satu daripada strategi dia (PAS), nak kritik peribadi calon. Saya sendiri dalam ucapan saya tidak pernah menyentuh soal calon pembangkang. Tidak apa lah, mereka takut agaknya," katanya kepada pemberita di rumah Mat Razi di Kampung Simpangan di sini, pada Selasa

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan pengarah jentera pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebelum itu, Muhyiddin menunaikan solat zuhur bersama hampir 200 jemaah di Masjid Mukim Simpangan Hilir di sini.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaik pulih masjid berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan tohmahan PAS kononnya mengundi calon BN pada pilihan raya kecil 25 Sept ini sebagai tidak mendapat pahala.

"Itu fatwa songsang...siapa yang tentukan syurga atau neraka ini. Mana dia (PAS) boleh tau siapa masuk syurga atau (dapat) pahala. Perjuangan BN pun tak lari daripada perjuangan Islam...PAS guna fatwa songsang yang bercanggah dengan syariah," katanya.

Mengulas kempen BN, Muhyiddin melahirkan rasa gembira kerana terdapat tanda-tanda yang jelas pengundi di kawasan itu menerima calon BN berdasarkan kehadiran pengundi yang memberangsangkan pada ceramah BN.

"Saya dikhabarkan sambutan pengundi sangat memberangsangkan dan ini petanda baik...keputusan kita meletak calon Mat Razi ini adalah tepat. Saya dikhabarkan ceramah BN ada yang hadir lebih 1,000 orang atau paling kurang lima atau enam ratus orang dan ia adalah baik ," katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu yakin dan bekerja lebih keras lagi untuk menarik sokongan pengundi.

"Tadi saya bertemu masyarakat Siam yang telah menyatakan sokongan penuh kepada BN dan ini menunjukkan kita telah diterima baik sebelum ini," katanya.

Katanya PRK itu sebenarnya penting bagi BN untuk melihat sejauh mana penerimaan pengundi di kawasan itu terhadap BN.

Mengenai isu banjir yang sering melanda kampung di kawasan itu, beliau berkata ia sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS kerana parti itu yang memerintah di Kelantan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata BN akan melihat keadaan itu dan jika kerajaan negeri tidak mampu menyelesaikan masalah banjir itu, kerajaan pusat akan membantu menyelesaikannya.

Pada PRK 25 Sept ini, Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Tuesday 16 September 2014

50 Wakil Pemuda PAS Keluar Dewan Ketika Mat Sabu Berucap



KOTA TINGGI - Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Ke-55 tidak disenangi sebilangan perwakilan sayap parti itu yang bertindak meninggalkan dewan ketika pemimpin PAS berkenaan berucap.

Laporan BH Online hari ini mendakwa, difahamkan tindakan kira-kira 50 perwakilan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang sebelum ini mempertikai kepemimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama, khususnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.

Kumpulan perwakilan terbabit yang dipercayai kumpulan pro-Ulama, memakai jaket yang tertera 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama'.

Mereka keluar meninggalkan dewan muktamar sebaik Mohamad memulakan ucapannya dan masuk semula selepas beliau selesai berucap.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata insiden seperti keluar dewan itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan Pemuda PAS.

"Saya tidak dapat pastikan kerana saya duduk di hadapan. Tetapi saya harap perkara itu tidak berlaku dalam suasana kehebatan pada pemuda yang ada pada hari ini.

"Bagaimanapun, kita akan dengar laporan daripada Muktamar Pemuda apa yang berlaku sebenarnya," katanya kepada BH Online selepas perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di sini, sebentar tadi.

Mat Sabu, bagaimanapun menafikan tindakan sebilangan perwakilan berkenaan sebagai tanda protes kepada beliau.

"Keluar masuk dewan itu perkara biasa. Kebetulan ketika saya berucap, sudah masuk waktu Asar. Takkan kita nak halang mereka keluar masuk," katanya pada sidang media selepas itu.

Monday 15 September 2014

Pemuda UMNO buat Laporan Polis terhadap Exco Kelantan


TUMPAT - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan.

Ketua pergerakan itu, Akbar Salim, berkata ceramah berkenaan disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Menurut Akbar, ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya Kerajaan Pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.

"Kenyataan itu amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dalam kalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.

Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan, ACP Dahlan Mohd Noor, mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Sunday 14 September 2014

Hadi Awang Mahu Khalid Ibrahim Kekal Jadi MB



KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sekutu Pakatan Rakyat apabila didakwa mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pandangan itu ternyata merisaukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila PAS secara konsisten mengambil pendirian bertentangan dalam isu krisis kepimpinan di negeri itu.

Nik Nazmi mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan untuk mengekalkan Khalid dinyatakan oleh Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"Yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Meskipun isu perlantikan menteri besar belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai menteri besar peralihan yang telah diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah Adun bebas tidak berparti," katanya.

Saturday 13 September 2014

Merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda , Puteri Umno Bahagian Bagan Serai








Hari ini Dato sham merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda , Puteri Umno Bahagian Bagan Serai , bertempat di Kolej Vokasional Bagan Serai.Terima kasih juga kepa Dato Rosnah Kassim yang hadir ke majlis mesyuarat ini.Allhamdulillah program berjalan dengan lancar dan baik amin...

Friday 12 September 2014

Menghadiri Perasmian Liga Amanjaya Peringkat Negeri Perak





Hari ini Dato sham Menghadiri Perasmian Liga amanjaya peringkat negeri perak di kediaman Menteri Besar.Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar amin...

Bergambar kenangan bersama Pegawai-Pegawai MARDI





Bergambar kenangan bersama Pegawai2 MARDI setelah selesai menutup Kursus Modal Insan dan Pengurusan Kewangan Peserta 1 Azam Daerah Kerian di Horel SSL Traders Taiping. Semoga semua peserta berjaya mengubah nasib diri