YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 18 September 2014

Ulama Jangan Seronok Sangat Halau Ahli PAS



BATU PAHAT- Ketidaktentuan politik dalaman PAS tidak boleh dijadikan sebagai faktor kepada Majlis Syura Ulama parti mengeluarkan kenyataan menghalau kepada ahli parti yang tidak sehaluan dengan pendapat majlis tersebut.

Perwakilan PAS Jasin mewakili Melaka Yuhaizat Abdullah berkata, kumpulan ulama tidak seharusnya memandang serong kumpulan yang menyokong Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat melebihi majlis ulama.

"Sebab itu ulama jangan direndahkan dengan melabelkan ahli-ahli parti dengan istilah-istilah yang sukar diterima oleh ahli mahupun masyarakat awam. Munafik, pengkhianat, aqidah tidak sahih, liberal, parasit.

"... dan ulama juga jangan mudah menghalau ahli keluar dari PAS," katanya ketika sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Katanya, setiap ahli PAS mempunyai nilainya yang tersendiri dan menjadi tugas pemimpin termasuk Majlis Syura Ulama menjaga keharmonian dan kelangsungan parti.

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) jangan mudah dituduh pengkhianat. Mereka yang berjongkang-jongkit dirumah UMNO juga harus ditegur," tegasnya.

Walaubagaimanapun ujarnya, status Ulama tidak seharusnya diperkecilkan dalam perjuangan PR menjunjung amalan demokrasi negara.

"Golongan ulama ini boleh memimpin dan harus diber kepercayaan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment