YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 9 September 2014

Majoriti Paling Utama, Kriteria Lain Cuma Kehendak Sultan - Aziz Bari



KUALA LUMPUR  - Pakar perundangan Aziz Bari menjelaskan kriteria utama dalam perlantikan ketua kerajaan adalah mendapat sokongan majoriti dewan itu sendiri.

Kata Aziz, dalam kes konflik menteri besar Selangor, Datuk Seri Wan Azizah Ismail telahpun mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor setelah mengumpulan 13 ADUN PKR, 15 DAP dan dua dari PAS.

“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, mala“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,”h kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya yang dipetik Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Sultan yang mungkin akan mempertimbang calon lain dari Pakatan Rakyat (PR) untuk dijadikan menteri besar selain nama yang dikemukan ketiga-tiga parti komponen PR itu.

Jelas Aziz lagi, syarat bahawa menteri besar harus seorang Melayu dan Islam juga boleh diketepikan bagi memilih calon mendapat sokongan majoriti.

No comments:

Post a Comment