YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 31 August 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dari kami Keluarga UMNO Bahagian Bagan Serai






Alhamdulullah..Semuanya dah selesai, Terima kasih dato Dato' Sham Mat SahatAbd Muhaimin ARahman NazriMohamad Noor, Wanita Bahagian..Puteri Bahagian, sahabat pemuda, dan pemyumbang2 yg membantu menjayakan hari keluarga UMNO sempena kemerdekaan ke 57... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Saturday 30 August 2014

Santai-santai Makan Tepi Tasik Bukit Merah








Santai-santai Makan Tepi Tasik Bukit Merah. Seronok dengan kehadiran keluarga SETIA dan YB Dato' Sham Mat Sahat, Zaini Cha dan Dr Karia. 

Perjumpaan YB Dato' Sham Mat Sahat dan Ahli Parlimen Bagan Serai









Perjumpaan YB Dato' Sham Mat Sahat dan Ahli Parlimen Bg Serai serta Ketua UMNO Bhg Bg Serai bersama Ketua-ketua Kampung dlm Bhg Bagan Serai. Namun demikian Ahli Parlimen tidak hadir.

Melancarkan program kemerdekaan masyarakat cina Kpg.Bagan Seberang








Hari ini YB Sham Melancarkan program kemerdekaan masyarakat cina Kampung.Bagan Seberang. Tahniah semangat yang di tunjukkan amat baik dengan penyertaan semua peringkat umur aminnn...

Friday 29 August 2014

Menyelesaikan Masalah Rakyat






SETIAP GAMBAR ADA CERITA
SETIAP CERITA ADA PERISTIWA
SETIAP PERISTIWA ADA SUKA ADA DUKA.

SYUKUR
ALHAMDULILLAH
TERIMA KASIH KEPADA KAKITANGAN/PEGAWAI MAJLIS DAERAH KERIAN KERANA MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA SERTA PERHATIAN TERHADAP PERISTIWA YANG BERLAKU.
TERIMA KASIH.
"RAKYAT DI DAHULUKAN PERCAPAIAN DI UTAMAKAN"


Thursday 28 August 2014

Anwar : "Keputusan Azizah sebagai MB Muktamad"



KUALA LUMPUR,  - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (PAS) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini pada Khamis.

Anwar mengakui isu calon menteri besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

"Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos...di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut," tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih.

PAS Tidak Hirau Arahan Anwar, Tetap Kemuka 2 Calon MB


KUALA LUMPUR  - PAS tidak mrnghiraukan arahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap memilih isterinya sebagai calon Menteri Besar Selangor apabila parti itu bertegas akan mengemukakan dua nama kepada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS tetap berpegang kepada prinsip yang dinyatakan sebelum ini akan menghormati arahan dan perintah Sultan Selangor selaku pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Beliau menegaskan, keputusan PAS sebelum ini yang bersetuju mencalonkan Wan Azizah bagi jawatan itu adalah hanya sekadar  tanda penghormatan kepada PKR dalam Pakatan Rakyat.

Anwar dalam kenyataan petang tadi menegaskan bahawa keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau juga mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Sebelum ini, Sultan Selangor dalam kenyataan rasminya meminta PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dua nama calon bagi jawatan Menteri Besar sebelum ketetapan diputuskan Rabu depan.

Ianya berikutan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim yang memohon perkenan Baginda untuk meletakkan jawatan yang telah disandangnya sejak tahun 2008.

Wednesday 27 August 2014

Anwar Arah PAS Sokong Azizah



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekali lagi kepada PAS supaya menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Anwar, PKR dan DAP hanya bersetuju untuk mengemukakan Azizah sebagai menteri besar dan PAS perlu menyokong cadangan tersebut sebagai rakan komponen Pakatan Rakyat (PR).

Semalam, Sultan menitahkan setiap parti komponen PR mengemukakan lebih dari dua calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar selepas Khalid.

Jelas Anwar, ketika pencalonan Khalid pada 2013, PR hanya menghantar satu nama iaitu Khalid sungguhpun pada awalnya istana menitahkan lebih satu nama perlu dihantar untuk dipertimbangkan.

Oleh itu, katanya PKR dan DAP akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013.

Ini katanya lagi memandangkan Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri.

Tuesday 26 August 2014

Model Separuh Bogel Mengaku Bersalah


IPOH  -  Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih.

Monday 25 August 2014

PAS Terengganu Bidas PKR : 'Jangan Jadikan Kami Kambing Hitam'



KUALA TERENGGANU  - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

"Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

"Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur semalam, yang mendakwa PKR "dibuli" PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.

Sunday 24 August 2014

Hadi Awang Berang Sikap Pemimpin PAS Tidak Beradab



BLOG BELANTAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam ‘berjemaah’.

Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan.

Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini.

“Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata ‘amin’ tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.

“Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku.


“Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,’’ katanya.

Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan menteri besar.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Langkah yang mereka ambil dengan kesediaan untuk dipecat daripada parti dibuat sebelum Jawatankuasa Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan pendirian rasmi pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Pas akhirnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama Azizah sebagai calon dan pakatan pembangkang kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk ‘menapis’ barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada ‘akhlak berjemaah’ tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ pada masa akan datang.

Saturday 23 August 2014

Bengkel Hijablista & Tatarias Wajah anjuran Puteri Umno Parit Buntar


Hari ini Dato sham Mat Sahat telah merasmikan Program Bengkel Hijablista & Tatarias Wajah anjuran Puteri Umno Parit Buntar.Terima kasih kepada mereka semua yang terlibat menjayakan Program ini Amin..

Friday 22 August 2014

Perak Lakukan Persiapan Sambut Jenazah Mangsa MH17:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



Kerajaan Perak sedang membuat persiapan bagi menyambut kepulangan jenazah mangsa pesawat MH17 menjelang tengah hari esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata upacara sambutan kesemua jenazah ke negeri itu akan turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
“Kita telahpun mendapat maklumat terkini daripada pihak kerajaan berkaitan persiapan terakhir untuk membawa pulang mangsa-mangsa pesawat MH17.
“Dan kita sedang membuat persiapan bagi menyambut jenazah dimana Sultan Perak juga dijangka akan hadir ke lapangan terbang.
“Kita menjangkakan ketibaan mereka pada tengah hari tapi ia belum dipastikan lagi,” katanya pada sidang media di Ipoh.
Menurut Zambry, sebelum ini kerajaan Perak dimaklumkan seramai 4 jenazah akan dibawa pulang ke negeri itu.
Bagaimanapun jelas beliau, maklumat terkini menyatakan seramai 7 jenazah akan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
“Setakat ini yang kita dimaklumkan oleh pihak kerajaan pusat ialah seramai 7 orang setakat ini.
“Kita di peringkat negeri perak telah diumumkan oleh kerajaan pusat untuk bertafakur di seluruh negeri dan bagi acara sambutan,” katanya lagi.

Majlis Jamuan Hari Raya PDK Alor Pongsu, Bagan Serai










Hari Ini Dato Sham Mat Sahat telah hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya PDK Alor Pongsu, Bagan Serai.Terima kasih kepada semua yang telah menjemput kami datang...

Thursday 21 August 2014

Lepak Santai Bersama Penduduk Gunung Semanggol



Malam ini Dato Sham Bersama Penduduk kampung Gunung Semanggol sambil bersembang masalah rakyat di kedai makan dan Insyallah setiap masalah yang di alami oleh mereka akan di atasi dengan sebaiknya....

Terbaiklah YB Sham....

Program Jelajah Terima Kasih Cikgu dan Semarak Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak di SK Alor Pongsu







Hari ini Dato Sham Mat Sahat telah merasmikan Konvoi Jelajah Terima Kasih Cikgu & Penghayatan Kemerdekaan di sk alor pongsu sebentar tadi.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini...
"Disini lahirnya sebuah cinta"



Wednesday 20 August 2014

Suhu Politik Era Mahathir Berbeza Dengan Najib



KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad perlu sedar 'suhu' politik pada era pemerintahannya amat berbeza dengan corak arena politik di zaman pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, Najib kini berhadapan dengan arus permodenan teknologi dimana pihak pembangkang boleh memanipulasi maklumat dengan mudah dan pantas.

"Suhu politik tidak sama ketika Mohd Najib mengambil alih baton transisi penukaran kepimpinan di mana ketika itu beliau berhadapan dengan keadaan politik tidak menentu, peraduan antara etnik yang rapuh dan kegawatan ekonomi," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, Najib bertindak cemerlang dengan mengemukakan pelbagai pelan dan tindakan efektif termasuk memperkenalkan Konsep 1Malaysia bagi menyegarkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

"Semua dasar dan program yang diperkenalkan oleh Mohd Najib memeberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di negara ini.

"Kerana itu Mohd Najib sebagai 'Bapa Transformasi Negara' perlu disokong untuk terus memegang amanah mengemudi negara ke alam yang jauh lebih baik dari keadaan hari ini,", katanya.

Pandangan sama turut dikongsi, Ketua Pergerakan UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru rakyat menilai kewibawaan Perdana Menteri menaikkan martabat negara di mata dunia.

"Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi akibat daripada kerja-kerja tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat.

"Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik," ujarnya.

Tambahnya, kejayaan negara dapat dilihat saban tahun dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan mengimbangi pembangunan dalam dan luar bandar.

"Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh YAB Presiden UMNO (Najib).

"Ada di antara racangan kerajaan hari ini  pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangka masa 10 tahun akan datang," jelasnya lagi.

Tuesday 19 August 2014

Jamuan Hari Raya Di pejabat Perancangan Luar Bandar Parit Buntar.





Hari Ini Dato Sham Hadir Majlis Jamuan raya Di pejabat Perancangan Luar Bandar Parit Buntar.Terima kasih di ucapkan kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami datang...

Monday 18 August 2014

Majlis Hari Raya PPD Kerian










Hari ini Dato sham Telah menghadiri Majlis Hari Raya PPD peringkat daerah kerian,Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami serta terima kasih juga kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini...

Sunday 17 August 2014

Selamat Pengantin Baru Cikgu Aminudin Mokri dan pasangan.





Selamat Pengantin Baru Cikgu Aminudin Mokri dan pasangan. Semoga bahagia selamanya.

Perasmian Program Menjana Pendapatan Rakyat bersama UPSI dan JKKK di PPMS Bukit Merah









17.08.14: Perasmian Program Menjana Pendapatan Rakyat bersama UPSI dan JKKK di PPMS Bukit Merah oleh YB Dato' Sham Mat Sahat. Terima kasih semua yang terlibat menjayakan program yang murni ini.

Saturday 16 August 2014

Perlacaran Bulan Kemerdekaan Di Parlimen Bagan Serai



Hari ini Dato Sham serta Barisan-barisan pemimpin umno bagan serai merasmikan Program Pelacaran Bulan kemerdekaan Parlimen Bagan Serai.Terima kasih kepada mereka semua yang terlibat menjayakan program ini amin...

Friday 15 August 2014

Kerajaan Selangor Kini Milik PAS



BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allahu hu Akbar!!! Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dengan kebesaranNya, Kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang, Tiada Tuhan melainkan Allah, tidak kami sembah melainkan Allah, Dengan tulus ikhlas kami beragama Islam keranaNya, Sekali pun dibenci oleh kafirun, musyrikun dan munafikun!

Begitulah besarnya kuasa Maha Suci Allah, melakukan sesuatu diluar dugaan manusia!

Siapa sangka tiba-tiba PAS akan menjadi Kerajaan memerintah negeri Selangor?

Apa yang bermula sebagai Langkah Kajang, berakhir dengan Kuburan Kajang!

Angan-angan dan nafsu PKR yang mahukan Anwar, dan kemudiannya bininya sendiri Wan Azizah, menjadi MB Selangor dengan mengkhianati rakan sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim berakhir dengan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB tetapi Kerajaan PKR bertukar menjadi Kerajaan PAS dengan sokongan UMNO?

Dan pada hemat saya Langkah Kajang akan menguburkan pakatan songsang DAP-PKR bersama PAS! Ia hanya menunggu masa sahaja insya Allah.

Allah huakbar, walillah hilhamd!

Perkiraan PKR bahawa Tan Sri Khalid adalah kucing kurap yang boleh disepak terajang berubah menjadi igauan ngeri!

PKR mengira dengan majoriti 2/3 gabungan songsang DAP-PKR-PAS dengan 15 + 15 + 14 kerusi maka mereka boleh berbuat apa sahaja termasuk mengkhianati kawan sendiri.

PKR menjangka UMNO & BN yang hanya mempunyai 12 kerusi akan hanya mampu menjadi pemerhati sambil mereka menyembelih dan melapah rakan mereka sendiri.

Allah hu akbar, walillah hilhamd!

Wamakaru wamakarallah, wallah hu khoirul maakiriin - mereka menipu daya, Allah merancang, dan rancangan Allah lebih hebat daripada tipu daya mereka!

Tiba-tiba Allah membutakan jiwa, hati dan mata mereka untuk memilih Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor dengan menendang Tan Sri Khalid.

Sudah pasti PAS tidak boleh menerima Wan Azizah sebagai MB!

Bukan kerana Wan Azizah wanita sebagaimana yang cuba ditohmahkan oleh PKR.

Tetapi kerana Wan Azizah diselaputi pelbagai masalah akhlak, kredibiliti dan kewibawaan!

PAS tentu masih ingat bagaimana Wan Azizah secara terang-terang memberitahu dunia bahawa jam Omega dalam skandal China-Doll ada dalam simpanannya!

Sedangkan pembongkar videoklip China-Doll, Datuk Eskay telah membuktikan jam itu ada pada beliau dan telah pun diserahkan kepada pihak polis!

Ini bermakna samada Eskay berbohong atau Wan Azizah yang berbohong.

Isu jam Omega ini penting kerana ianya bukan sahaja membabitkan persoalan integriti, kredibiliti dan kewibawaan, ianya juga melibatkan isu akhlak yang sangat serius!

Pokok pangkalnya bagaimana PKR mahu memaksa PAS menerima seorang MB dan suaminya yang tercemar akhlak, integriti dan kewibawaannya?

Saya percaya atas petimbangan itulah membuatkan pimpinan PAS termasuk Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang serta Majlis Syura' Ulama PAS menolak cadangan menggantikan Tan Sri Khalid dengan Wan Azizah.

Allah hu akbar, walillah hilhamd!

Apa pun, rancangan Allah berjalan dengan baik. Bukan sahaja PAS memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid, malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan UMNO/BN akan menolak sebarang usaha untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid dalam DUN Selangor.

Bermakna dengan 15 ADUN PAS, 12 ADUN UMNO/BN dan Tan Sri Khalid menjadikan 28 kerusi. Sedangkan DAP dan PKR hanya ada 27 setelah ditolak Speaker yang tidak boleh mengundi.

Bermakna Tan Sri Khalid memang mempunyai majoriti ADUN yang menyokong beliau untuk terus menjadi MB.

Ini sekaligus memberikan kuasa dan bidangkuasa kepada Tuanku Sultan Selangor menurut Artikel 53 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk terus mengekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB.

Allah huakbar, walillah hilhamd!

Saya cukup yakin bahawa UMNO/BN tidak akan menuntut sebarang jawatan Exco dalam pentadbiran baru Kerajaan Selangor.

UMNO/ BN sedar bahawa mandat PRU-13 adalah mandat rakyat Selangor kepada Tan Sri Khalid untuk terus menjadi MB, bukannya mandat kepada UMNO/BN.

Saya mengambil kesempatan disini untuk menasihatkan pimpinan UMNO/ BN Selangor supaya tidak menuntut sebarang jawatan Exco didalam Kerajaan Tan Sri Khalid. Sebarang cubaan membuat tuntutan sedemikian akan membuatkan rakyat mempersoalkan keikhlasan UMNO/ BN menyokong Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor.

Saya percaya akan ada pihak yang akan cuba menakut-nakutkan dikalangan bukan Melayu dan ahli PAS kononnya jika Tan Sri Khalid kekal menjadi MB dengan sokongan UMNO maka beliau akan terpaksa membentuk Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO.

Alhamdulillah TS Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa UMNO/BN memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid untuk terus kekal sebagai MB tanpa mengenakan sebarang syarat.

Ini bermakna UMNO bersedia untuk Tan Sri Khalid terus menjadi MB Selangor dengan hanya ADUN PAS menjadi Exco.

Pada saya ini satu keputusan politik yang bijak.

Dan siapa sangka, tiba-tiba PAS menjadi Kerajaan Negeri Selangor!

Allah huakbar, walillah hilhamd!

Apabila datang bantuan Allah, dan kemenangan,
Dan manusia berbondong-bondong menyertai kamu,
Maka bertasbihlah, dan bertahmidlah, dan mohonlah keampunan kepada Alllah,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat!


NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP;

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.