YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 6 August 2014

'Double Standard' PKR dalam Kes Liwat & Isu Menteri Besar



KUALA LUMPUR  - Perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan bermula pada 8-9 September ini mendapat bantahan barisan peguam yang mewakili Ketua Umum PKR itu .

Peguambela R. Sivarasa walau bagaimanapun berkata mahkamah telah menetapkan pengurusan kes akan dibuat semula pada minggu hadapan iaitu pada 14 Ogos.

Seorang lagi peguambela Anwar , N. Surendran membuat kenyataan mendakwa mahkamah bertindak tergesa-gesa apabila menetapkan tarikh 8-9 Ogos untuk tarikh perbicaraan.

"Kita masih mahu tahu kenapa mahukan tarikh (8 dan 9 Sept) itu. Kenapa tergesa-gesa?" kata Surendran.

Persoalan yang ditimbulkan N. Surendran itu walau bagaimanapun menunjukkan sikap dwi-standard PKR apabila turut tergesa-gesa meminta Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin PKR hari ini.

Umum mengetahui barisan peguam Anwar juga merupakan antara mereka yang mempunyai jawatan-jawatan yang penting dalam parti. N. Surendran dan R Sivarasa sendiri memegang jawatan sebagai Naib Presiden PKR, manakala Latheefa Koya sebagai Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR.

Khalid dalam satu surat yang dikeluarkan bagi menjawab notis yang dihantar kepada beliau oleh Lembaga Disiplin PKR turut membangkitkan persoalan berkenaan .

Dalam mukasurat 2, perenggan 6 surat yang menggunakan lambang kerajaan Negeri Selangor itu yang tersebar di laman media sosial beliau mempersoalkan tindakan disiplin secara tergesa-gesa oleh Lembaga Disiplin PKR.

"Saya berasa amat risau berkenaan bagaimana tergesa-gesanya perkara tindakan disiplin ini sedang dilaksanakan. Seperti bagaimana Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim , telah berasa risau tentang rayuannya dalam Mahkamah Rayuan telah dilaksanakan secara tergesa-gesa, kita tidak boleh memberi satu persepsi awam yang sama dalam perkara di hadapan kita ini," menurut kenyataan itu yang membandingkan situasi beliau dengan Ketua Umum PKR.

No comments:

Post a Comment