YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 4 August 2014

Keganasan Berlaku Ketika Pasukan Penyiasat Mencari Cebisan Mayat Nahas MH17



DONETSK  - Keganasan terbaru berlaku di Donetsk ketika penyiasat polis Belanda dan Australia selesai usaha pada hari ketiga untuk mencari cebisan mayat mangsa 298 orang yang masih belum dijumpai dalam kejadian jet Penerbangan Malaysia yang terhempas kira-kira tiga minggu lalu.
 
Penyiasatan diketuai polis Belanda itu dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan anjing pengesan dan ambulans yang mempunyai kelengkapan suhu beku.  
 
“Kami sudah mencari di salah satu daripada lima zon kawasan di mana jet berkenaan terhempas,” kata Pieter-Jaap Aalbersberg, ketua misi polis Belanda.
 
Anggota kru pencarian itu berusaha untuk mencari bahagian tubuh badan dan barangan peribadi mangsa yang berselerak di sekitar kawasan 20 kilometer persegi, dan mereka yang terbabit dalam usaha berkenaan menyatakan ia mungkin masa selama tiga minggu lagi.
 
Sejumlah 220 set cebisan mayat sudahpun dibawa ke Belanda untuk menjalani proses pengecaman.
 
Satu lagi pesawat yang membawa cebisan mayat itu akan terbang dari Kharkiv hari ini.
 
Aalbersberg memberitahu wartawan bahawa kereta api yang membawa barangan mangsa kini ditahan di stesen yang dikuasai pemberontak.
 
Sementara itu, laporan agensi menyatakan pertempuran antara pasukan keselamatan kerajaan dan pemberontak pro-Russia mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh di timur Ukraine semalam.
 
Kejadian tembakan di kawasan penduduk di pinggir Donetsk mengakibatkan sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dan 13 cedera, mangsa terbaru dalam perang sivil selama beberapa bulan yang meragut sekurang-kurangnya 1,150 nyawa.
 
Pihak berkuasa berkata tiga orang maut dan lapan cedera di kawasan kedua terbesar pemisah di Lugansk manakala seorang lagi terbunuh dan 16 cedera di pangkalan hadapan pemberontak di Gorlivka.- AFP

No comments:

Post a Comment