YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Saturday 2 August 2014

Ribuan Hadir Perhimpunan 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza'



KUALA LUMPUR  - Lautan manusia daripada pelbagai kaum, agama dan lapisan masyarakat membanjiri Dataran Merdeka sempena Perhimpunan Aman 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza' walaupun cuaca panas terik.
Mereka yang hadir tidak menjadikan cuaca panas sebagai halangan untuk menunjukkan kepada Israel, kerajaan Amerika Syarikat dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia mengutuk pembunuhan beramai-ramai regim Zionis terhadap rakyat Gaza.
Pengerusi Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, perhimpunan anjuran secara bersama Viva Palestina (VPM) ini juga bertujuan menunjukkan bahawa masyarakat sivil di Malaysia berdiri teguh dalam solidariti bersama rakyat Palestin.
alt
"Kami dengan ini mengutuk keras pembunuhan beramai-ramai di Gaza ketika ini. Kami juga menggesa supaya kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak Palestin ini berakhir.
"Adakah kita ingin membiarkan semua kezaliman ini berterusan? Tahniah, kita hari ini berada di sini sebagai rakyat Malaysia. 'No more No less'.
Bayangkan ketika kita sedang berhari raya, Israel membunuh 10 orang kanak-kanak di padang permainan. Israel ingin memadamkan masa depan Palestin. Tetapi masa depan siapa akan terpadam? Kezaliman ini perlu dihentikan sekarang. 'We are united as one Malaysia, long live Malaysia. Love live Palestine." 
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perhimpunan yang bermula pada jam 3 petang tadi.
alt
Hadir sama Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Nordin, dan wakil Majlis Gereja-Gereja Belia (SSM) Dessony Tuzan serta artis-artis tanahair seperti Hattan, Afdlin Shauki, Ratu Rock Ella, Faizal Tahir dan Heliza Helmi.
Dalam masa sama hadirin turut bertafakur seketika sebelum acara bermula. Selain ucapan dan mesej daripada VPM, Aqsa Syarif, SSM serta Pemuda Palestin, satu memorandum kepada Amerika Syarikat dan Mesir juga dilafazkan.

No comments:

Post a Comment