YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 10 August 2014

Isu Anwar dan MB : PAS Akhirnya Percaya Cakap Mahathir



BLOG ZAMKATA - Bila Perdana Menteri Dr. Mahathir kata timbalannya Anwar Ibrahim  tidak sabar untuk menunggu giliran menjadi Perdana Menteri kerana melakukan penderhakaan terhadapnya dan UMNO maka orang tidak percaya  sebaliknya menuduh Mahathir mahu terus jadi Perdana Menteri.

Pemimpin pemimpin Pas dan orang orang Pas percaya kepada fitnah ini yang disebarkan oleh orang orang Anwar.

Tetapi bacalah apa kata anggota Majlis Tertinggi Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di majlis solat hajat untuk kedamaian Negeri Selangor di rumah Menteri Besar Selangor semalam ( Lihat Star online hari ini)

Katanya "Jika saya ditanya tentang "Gerak Kajang" ia adalah langkah  pantas untuk ke Putrajaya.

"Apa salahnya jika dia bersabar sedikit dan tunggu sehinga pilihanraya akan datang bila keadaan memihak pada kita tetapi sekarang dia menekan Tan Sri Khalid supaya  meletak jawatan sedangkan rakyat mahukan Khalid  terus memerentah negeri ini," tegasnya.

Dari awal lagi saya telah menyatakan disini bahawa apa yang berkalu kepada UMNO akan berlaku kepada Pas. Saya telah dapat membaca kemungkinan ini dari beberapa stratiji Anwar terutama menghantar orangnya menjadi Setiausaha Agiung Pas yang kemudiannya menguasai Harakah.

Hal ini labih jelas  apabila   Harakah  yang dikuasai oleh orang - orang Anwar  telah memperkecil  Presiden Pas  Haji Hadi sebagai  hanya layak menjadi nelayan menjelang muktmar Pas yang lalu, tetapi  Haji Hadi bersabar dan suara pemudanya tidak lagi dihiraukan.

Sekarang diketahui bahawa  Pas sendiri tidak mahu  Anwar Ibrahim jadi PM apabila terdedah perihal mereka meminta  Tengku Razaleigh menjadi PM  menjelang pilihanraya ke 13 dengan tujuan untuk melemahkan sokongan Melayu  kepada  UMNO di luar bandar.

Dari segi logiknya , sekarang sudah pasti Anwar tidak akan  jadi Perdana Menteri ,masa depannnya gelap sekali kerana  orang Pas sendiri terutamanya di akar rumbi sudah percaya kepada kata kata  Dr.Mahathir.

Masa depan beberapa kerat pemimpin Pas  Anwarinas yang cari makan atas belas kasihan belas Anwar Ibrahim turut tergugat.

Kalau nasib telah ditakdirkan sial maka siallah juga akhirnya.  Orang tua tua dah kata" Jangan main pungkok , sial"

No comments:

Post a Comment