YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 31 January 2014

PRK Kajang bebankan rakyat

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyifatkan isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di DUN Kajang sebagai satu lagi sandiwara politik pembangkang untuk memperbodohkan rakyat.

Beliau yakin rakyat dapat menilai sandiwara pembangkang ini dan tidak mudah diperdaya dengan dakyah mereka.

“Apa yang cuba dilakukan oleh mereka ini merupakan satu tindakkan yang mereka rasakan boleh memperbodohkan rakyat dengan tindakkan mereka itu.

“Saya yakin rakyat tidak boleh diperbodohkan dan dicandukan, jelas sekali apa yang dilakukan mereka ternyata dengan jelas dia nak ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri,” katanya pada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena tahun baru Cina di Pangkor hari ini.

Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak turut menganggap isu ini sebagai `Game changer` pembangkang untuk mengubah kerajaan yang sedia ada seperti apa yang berlaku di Turki.

Sehubungan itu beliau mengingatkan agar rakyat tidak mudah tertipu dengan permainan kotor pembangkang ini dan terus memberi sokongan jitu terhadap kerajaan Barisan Nasional.

PRK Kajang Berpunca Daripada Konflik Dalaman PKR - Najib


PUTRAJAYA -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata disebabkan kemelut yang serius dalam PKR telah memaksa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang untuk diadakan.
    
Disebabkan parti itu hendak menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda, mereka mengambil tindakan yang membebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tidak senang hati dengan perkembangan itu, katanya.
    
Ditanya mengenai cabaran PKR agar beliau bertanding pada pilihan raya berkenaan, Najib berkata PKR tidak patut mengaitkan pilihan raya itu dengan dirinya, kerana beliau bukan punca masalah itu.
    
"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tidak ada masalah apa-apa pun. Masalahnya ialah dalam PKR, masalah mereka yang mencetuskan pilihan raya kecil ini. Ini semua masalah dalaman mereka, kenapa pula mereka pesongkan masalah itu dan kaitkan dengan saya?" tegas beliau.
    
"Kalau kita tengok reaksi sekarang ini kebanyakannya negatif daripada positif, itu masalah dia. Jadi pesan saya, jangan heret saya sekali, (sedangkan) ini masalah dalaman mereka," katanya.
    
Perdana menteri berkata demikian dalam persidangan media selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam di bilik mesyuarat pejabatnya di sini.
    
Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
    
Pilihan raya umum 2013 menyaksikan Chin Cheh memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
    
Sementara itu menjawab satu lagi soalan, Najib berkata banyak pandangan diutarakan pelbagai pihak mengenai langkah selanjutnya yang akan diambil Barisan Nasional berhubung PRK itu, termasuk berkaitan pemilihan calon, namun menurutnya ia akan hanya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti.
    
Katanya beliau belum memutuskan tarikh mesyuarat yang akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina nanti, dan ia bergantung kepada tarikh penamaan calon yang dijangka akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan.
 
"Apapun biar MT BN buat keputusan. Saya belum tetapkan tarikh (mesyuarat) saya nak tahu bila hari penamaan calon dulu...biar saya teliti dulu," kata Najib.
    
Sementara itu merujuk kepada perjumpaan dengan NGO berkenaan, perdana menteri berkata beliau telah memberikan penerangan mengenai pelbagai isu semasa, dan mereka pula telah menyuarakan sokongan kepada kerajaan.
    
Katanya beliau memberi penjelasan mengenai isu seperti harga barang dan  bagaimana kerajaan menanganinya, masalah berkaitan media sosial, kalimah ALLAH dan sebagainya.
    
"Matlamatnya ialah untuk mencari satu bentuk kefahaman yang lebih jelas dan menentukan hala tuju masa depan negara, sebab apapun kita tidak boleh benarkan isu-isu ini memecah-belahkan kita,
    
"Kita mungkin ada perbezaan pendapat, tapi ia tidak seharusnya melebarkan lagi jurang perpecahan sesama kita," katanya.

Thursday 30 January 2014

Program Ziarah Dun Gunug Semanggol UMNO Bhg Bgn Serai bsm KUB Dato' Sham Mat Sahat






Hari ini yb sham telah pergi ke program ziarah dun gunung semanggol bersama exco-exco serta ahli jawatankuasa bahagian umno bagan serai.Program begini memang menjadi rutin mingguan untuk melawat dan memberi bantuan kepada penduduk di dun semanggol.Walaupun kita kalah dalam pilihanraya kerusi dun semanggol dulu namun yb sham sebagai ketua umno bahagian dan juga merupakan adun alor pongsu tetap memberi sumbangan kepada penduduk di dun semanggol.

Kami di pihak kerajaan tetap akan membantu mereka yang memerlukan supaya rakyat tahu yang mana pemimpin yang akan membela nasib mereka nanti,jangan la berprasangka buruk kepada kerajaan kerana kerajaan cuba buat yang terbaik untuk rakyat.Walaubagaimana pun penduduk dun semanggol harus berterima kasih kepada yb sham yang terlalu amik berat kepada penduduk di dun semanggol..........

janji renung-renungkanlah dan pilih pihak yang akan membela nasib anda.....................


#PRKKAJANG !!! AJK #PAS PUSAT MEMBELASAH #PKR KAW-KAW



Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak.Ramai yang melihat,tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Nasrudin Hassan Tantawi,terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran.Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main. 

“Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan.Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu.Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive.Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar .Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook. 

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat. 

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat.Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung,kini wang,masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.Roadshow GST,mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka.Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan". 

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang.Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap.“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat.Hukumnya haram bertindak begini.Di dalam perkembangan yang sama,Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.Ketua Pemuda PAS Selangor,Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday 29 January 2014

UPACARA PENERIMAAN PELANTIKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI-AHLI MAJLIS BAGI DAERAH KERIAN




HARI INI YB SHAM MENERIMA  PELANTIKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI-AHLI MAJLIS BAGI DAERAH KERIAN.

Anwar bertanding di Kajang


PETALING JAYA 29 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan semalam oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.
"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Yang turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Chin Cheh dengan meletakkan jawatan semalam selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Mengulas penamaannya sebagai usaha PKR menggantikan Abdul Khalid daripada jawatan menteri besar, Anwar menyifatkan dakwaan itu hanya spekulasi semata-mata.

Ini kerana, katanya, keputusan meletakkan beliau untuk bertanding bagi kerusi DUN Kajang dipersetujui Pas dan PKR dalam memastikan kesinambungan dan lonjakan berterusan pembangunan negeri Selangor.
"Itu hanya spekulasi...setakat ini saya mahu Tan Sri Abdul Khalid meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa," katanya.

Penasihat PKR itu juga menafikan pemilihannya sebagai langkah terdesak menghentikan kemelut politik serta perbalahan berhubung kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Anwar berkata, persetujuan itu juga tidak bermaksud menjadikan pengundi di Kajang sebagai mangsa kepada penyelesaian segera kemelut politik parti itu.
"Isu pengundi diperdaya tidak timbul, ini lebih kepada usaha parti untuk melonjakkan pembangunan negeri," katanya.

Menurutnya, PKR menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan Chin Cheh sepanjang bergelar wakil rakyat.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Pas akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
Sementara itu, Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baharu ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya.



Monday 27 January 2014

Isu Kalimah Allah: Perdana Menteri minta umat Islam bertenang


Najib Tun Razak bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah serta Datuk Richard Curtis (kiri) melihat buku Maps of Malaya and Borneo selepas melakukan pelancaran di Hotel Concorde Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan membanteras sebarang perbuatan provokasi agar tidak berulang isu penghinaan kalimah Allah sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai terutamanya umat Islam bertenang dan jangan mudah melatah kerana jika mereka membenarkan diri dikuasai perasaan amarah, keamanan serta keharmonian negara ini yang dikecapi sejak sekian lama akan musnah.
Katanya, kerajaan memandang serius kejadian provokasi agama di Pulau Pinang dan berikrar akan melakukan apa sahaja yang termampu berdasarkan undang-undang sedia ada untuk memastikan keamanan serta keharmonian di negara ini tidak terjejas.

"Saya berharap tiada pihak bertindak balas atau mengeruhkan lagi suasana. Biar pihak berkuasa ambil tindakan selanjutnya. Ini masa untuk kita berada dalam keadaan tenang dan jangan melatah kerana ia boleh membawa kemudaratan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam beberapa kain rentang tertera ungkapan 'Allah is great' (Allah itu hebat) dan 'Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dikesan sengaja dipasang pihak tertentu di Gereja St. John Britto, Gereja Assumption dan Gereja The Immaculate Conception di Pulau Pinang.
Perdana Menteri sebelum itu melancarkan buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' iaitu hasil koleksi lebih 160 peta-peta yang dimiliki Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Richard Curtis.

Mengulas lanjut Najib berkata, pendirian kerajaan dalam isu kalimah Allah jelas iaitu ia hak milik umat Islam keistimewaan itu akan terus dipertahankan manakala Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui kerajaan Pusat pula tertakluk kepada enakmen dan undang-undang di setiap negeri.
Ditanya mengenai pendangan banyak pihak kejadian provokasi di Pulau Pinang itu berpunca daripada sikap kurang bertegas kerajaan, beliau berkata, biar pihak berkuasa menyiasat terlebih dahulu dan jangan mudah membuat andaian kerana mungkin andaian tersebut tersasar.

Menyentuh mengenai tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional, Najib mempersoal mengapa perkara itu ditimbulkan sekarang kerana cadangan tersebut sudah dikemukakan selepas pilihan raya umum lalu.
"Apa pun biarlah saya runding dengan jemaah menteri. Kita sudah sebut dulu (permuafakatan nasional). Prasyaratnya mesti terima keputusan rakyat. Namun pembangkang tetap tuduh kita menipu termasuk kononnya 40,000 pengundi Bangladesh yang ternyata fitnah," katanya.

Kuasa kerajaan lindungi pengguna - Muhyiddin



PUTRAJAYA 27 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mempunyai kuasa untuk campur tangan bagi memperluaskan lagi jumlah barangan kawalan sekiranya terdapat asas-asas kukuh yang membolehkan langkah itu dilaksanakan demi melindungi kepentingan pengguna.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai kuasa seperti itu dan tujuannya adalah semata-mata melindungi hak pengguna mengikut peruntukan undang-undang.
Walau bagaimana pun beliau berkata, langkah tersebut tidak dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan diambil.

''Kuasa itu ada pada menteri (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek) dan sekiranya kerajaan berpendapat ada asas yang kukuh terdapat satu-satu produk yang perlu dikawal harganya seperti topeng muka semasa berlakunya penyakit influenza A (H1N1), kita akan lakukan.
''Keputusan itu diambil kerana terdapat pihak tertentu menaikkan dengan sewenang-wenangnya harga topeng muka yang dijualkan kepada orang ramai maka diletakkannya sebagai barangan kawalan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna bagi membincangkan isu kenaikan kos sara hidup di pejabatnya di sini hari ini.
Yang turut hadir Hasan dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berdasarkan laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak 22 barangan telah diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 antaranya gula, susu, garam, tepung gandum, beras dari semua jenis, semua jenis roti, petrol dan gas petroleum cecair (LPG).

Muhyiddin berkata, setiap usaha untuk meningkatkan jumlah barangan kawalan, kerajaan tetap mengambil pendekatan hati-hati.
''Kita sedar dalam pasaran terbuka di Malaysia (sebahagian besar barangan) harganya tidak dikawal sebaliknya ditetapkan oleh penawaran dan permintaan.
''Sebab itu kita dikehendaki berhati-hati dalam menambah senarai barangan tadi namun jika ada keperluan mungkin boleh di tambah satu, dua atau tiga barangan lagi dan kita menganggap barang ini penting," ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos hidup rakyat dengan cara menambahkan lagi pendapatan mereka.
''Seperti mana kata Datuk Ismail Sabri kita akan mengambil langkah menambahkan pendapatan pengguna seperti program 'jom menanam' seperti mana program bumi hijau yang pernah diperkenalkan dahulu," ujarnya.

Mengenai perbincangan hari ini Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan dan NGO pengguna bersetuju memperhebatkan gerakan kepenggunaan di kalangan rakyat sekali gus mampu memberi kesedaran kepada mereka tentang hak-hak sebagai pengguna yang bijak.
Sementara itu menjawab satu soalan Muhyiddin berkata, usaha kerajaan menangani kos sara hidup dilakukan secara holistik dan bukannya secara terasing.
''Mengenai keputusan makmal khas di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup pula kita akan ketahui esok," ujar beliau.

lawatan Bengkel Jahitan Spg 4 Semanggol








Hari ini yb sham telah membuat lawatan ke bengkel jahitan simpang 4 semanggol.Tujuan lawatan adalah untuk melihat perkembangan pelatih-pelatih yang mengikuti kelas jahitan serta melihat hasil jahitan mereka untuk di jadikan produk jualan kepada orang ramai..........

Ternyata pelatih-pelatih yang belajar di bengkel jahitan simpang 4 semanggol masing-masing ada membuat dan menerima tempahan jahitan dari orang lain untuk menambah pendapatan hidup mereka.Kebanyakkan yang mengikuti kursus ini terdiri daripada ibu tunggal dan golongan muda yang ingin menambah pendapatan serta ilmu kepada mereka.

Walaubagaimanapun yb sham tetap akan sokong dan membantu mereka untuk memperluaskan lagi produk hasil jahitan mereka kepada tempat lain......................

UMNO perlu jadi parti pilihan bandar, luar bandar





JOHOR BAHRU  - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi dan menyesuaikan dasar-dasar yang ditunjangi bagi memastikan parti itu diterima oleh warga bandar dan pada masa sama, terus kekal mendapat sokongan masyarakat luar bandar.
Perdana Menteri berkata, sokongan masyarakat luar bandar tetap merupakan teras kekuatan parti itu, namun dalam masa sama, dengan penghijrahan dan perubahan demografi rakyat yang berpindah ke kawasan bandar, parti terbesar Melayu itu perlu meneliti dan memahami perubahan untuk terus meraih sokongan rakyat.
"UMNO mesti lakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya dengan pendekatan serta tindakan dilakukan di peringkat bahagian dan cawangan supaya dapat mengenali hati dan nurani serta meraih sokongan masyarakat luar bandar terhadap kita dan dalam masa sama, tidak ditolak oleh masyarakat bandar," katanya ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Bahagian Johor Bahru di Taman Putera di sini 
hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.
Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan panel solar bagi kegunaan lima buah masjid di kawasan Parlimen Johor Bahru selain menerima sebanyak 909 borang keahlian baharu daripada Shahrir.
Najib yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan semua pemimpin parti itu supaya sentiasa mendahulukan rakyat dan itulah prinsip keramat yang mesti dihayati sepanjang masa bagi memastikan UMNO terus mendapat sokongan masyarakat terutamanya di kawasan bandar.
Menurutnya, salah satu contoh UMNO berjaya mendapat sokongan rakyat di kawasan bandar adalah UMNO Bahagian Johor Bahru yang dipimpin oleh Shahrir.

"Pada pilihan raya umum (PRU) lepas, walaupun mereka (pembangkang) meletakkan seorang jeneral empat bintang, saya tetap meletakkan Johor Bahru sebagai kawasan putih dan terbukti Shahrir menang sekali lagi di kawasan ini.
"Kita dapat melihat sendiri pendekatan, tindakan dan saranan Shahrir yang mendahulu dan mengutamakan kepentingan rakyat menjadi kejayaan kepada UMNO Bahagian Johor Bahru sehingga diterima baik oleh masyarakat di kawasan bandar selama ini.

"Oleh itu, strategi dan pendekatan kita untuk menjadikan parti ini 'laku' di kawasan bandar boleh diterima dan disambut sebagai parti orang bandar di samping mengekalkan sokongan luar bandar," katanya.
Perdana Menteri berkata, UMNO tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah dan kejayaan serta budi kerana perkara itu bukan jaminan untuk terus berkuasa sekiranya tidak menyesuaikan diri untuk kekal relevan.

"Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah, kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang telah lahir hampir 68 tahun lalu, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap jadi parti pilihan rakyat pada mana-mana tempat dan keadaan,'' katanya.

Sunday 26 January 2014

Majlis penyampaian ang pau kepada masyarakat cina yang akan menyambut tahun baru cina bahagian bagan serai











hari ini yb sham telah menyampaikan bantuan berupa wang ringgit(ang pau )dan kotak limau kepada kaum cina di bahagian bagan serai.Ini menunjukkan yb sham seorang yang prihatin tentang masyarakat di bahagian bagan serai serta alor pongsu dan tidak mementingkan perkauman dan politik,walaupun kita tahu sekarang masyarakat cina kurang undian pada kerajaan tapi semangat perkauman dan semangat cintakan negara kita kena hidup dalam keadaan aman damai....

jika kita bermusuh pada kaum lain ia akan merosakkan imej negara kita pada negara lain,hal ini kerana negara lain tahu malaysia ini hidup pelbagai kaum serta aman damai dan kepada pembakang janganla merosakkan semangat perkauman yang telah lama kita jalin ia akan meosakkan imej negara kita sendiri.........

renung2 kan lah.........

majlis penyerahan bantuan sekolah 1malaysia 2014



Yb sham akan menghadiri mesyuarat agung persatuan ibu-bapa dan guru sk teluk medan kali -34 dan juga menyempurnakan majlis penyerahan bantuan khas dan awal persekolahan 1 malaysia 2014 pada 6 febuari 2014 pada jam 2.00 petang....

moh kita ramai-ramai ke sana bagi memeriahkan majlis yang dianjurkan nanti.........................

Tahniah Us.Abu Bakar dipilih sbg Tokoh Mailidur Rasul Peringkat Masjid Daerah Bg.Serai



Tahniah Us.Abu Bakar dipilih sbg Tokoh Mailidur Rasul Peringkat Masjid Daerah Bg.Serai. sebagai bekas anak murid sy rasa bangga dapat menyampaikan Anugerah ini.


Saturday 25 January 2014

PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membantu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan ( KPDNKK) dalam memantau  harga barang.

IMG-20140125-WA003Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama antara PDRM dan KPDNKK akan dijalankan di seluruh negara untuk mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pemborong yang menaikkan barangan sewenang-wenangnya.

Menurut beliau, PDRM tidak akan menghantar anggota yang berpakaian seragam tetapi berpakaian biasa yang menyamar sebagai pelanggan untuk memantau harga barangan.

"Komitmen yang kami lakukan ini adalah untuk membantu KPDNKK dalam membanteras peruncit-peruncit dan pemborong-pemborong yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Rakyat SPNB bersama
Warga Bagan Datoh di Tapak baru Bangunan UMNO Bagan Datoh hari ini.

Ditanya  mengenai skop operasi itu, katanya, operasi pemantauan barang itu bukan sahaja dijalankan di pasar-pasar tetapi juga di premis-premis perniagaan, khususnya yang menjual barangan makanan.

"Kita akan ambil tindakan  dalam bidang kuasa yang kita ada bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK," kata Zahid.

Katanya lagi, pembabitan PDRM bersama KPDNKK ini bukan mahu menggangu peniaga tetapi mahu membantu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap  peniaga dan pemborong yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dan menyalahkan kerajaan seolah-olah kerajaan bertanggungjawab atas kenaikkan harga barangan.

Dua Pelajar Dihukum Seperti Lembu, Fobia Dan Takut

Dua pelajar Tahun 4, SJK (C) Khai Meng yang dihukum memakai loceng dan makan rumput seperti lembu takut dan fobia hendak ke sekolah selepas kejadian itu.

mangsa guru1Kedua-dua keluarga mereka juga marah dan kecewa dengan tindakan guru Bahasa Inggeris yang melaksanakan hukuman yang disifatkan keterlaluan dan tidak beretika.

Siti Aisyah Hashim, ibu kepada Mohd Nasvinder Mohd Amit dan Yarnis Zainal Ariffin, ibu kepada Mohd Izat Iqbal Mohd Harith kecewa kerana tidak menyangka guru yang diharapkan mendidik anak-anak mereka sanggup melakukan perbuatan itu.

"Saya sedih, kecewa dan sakit hati kerana tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dan saya hanya mengetahui perkara ni daripada kawan-kawan anak," kata Yarnis yang menghantar anaknya ke sekolah itu untuk turut menguasai bahasa Mandarin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Balai Islam Taman Permai Sungkai hari ini.

Beliau menceritakan, walaupun kelas tamat jam 1.30 petang, anaknya hanya dibenarkan balik jam 4 petang.

"Oleh sebab dia tidak makan sejak pagi, saya beri dia makan dan tidur. Saya terkejut kerana perkara sebegini tidak pernah berlaku," ujarnya.

Perasaannya turut dikongsi oleh Siti Aisyah yang memberitahu anaknya juga takut untuk ke sekolah.

"Saya sedih terhadap apa yang berlaku dan mahu tindakan tegas diambil," katanya.

Kedua-dua ibu pelajar ini tekad tidak akan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain kerana mereka telah mengikuti pelajaran aliran Cina sejak daripada Tadika lagi.

Sebaliknya mereka mahu guru yang berkenaan dipindahkan ke sekolah lain.

Sementara itu, Mohd Nasvinder yang turut hadir pada sidang media berkata, dia malu kerana diejek 'lembu' oleh kawan-kawan yang lain.

Dia yang kelihatan yakin dan berani menceritakan bahawa dia enggan makan rumput yang diberikan oleh guru berkenaan.

Friday 24 January 2014

Penjenayah dikehendaki mati ditembak

TAIPING 24 Jan. - Seorang penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh dan samun, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Banjar dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, suspek berusia 31 tahun yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis telah diburu oleh pasukan dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang menjalankan pemeriksaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang cuba melarikan diri dengan memandu kereta jenis Perodua Myvi ke Lorong Berlian 2, Taman Koperasi di sini bagaimanapun terbabas sebelum dia bertindak melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa polis membalas tembakan berkenaan.
Katanya, penjenayah tersebut maut di tempat kejadian.

Perjumpaan dengan YB Menteri Kesihatan tentang Hospital Daerah Kerian bersama YB Dato Dato' Sham Mat Sahat


Perjumpaan dengan YB Menteri Kesihatan tentang Hospital Daerah Kerian bersama YB Dato Dato' Sham Mat Sahat dan Pengerusi MIC Bhgn Bagan Serai.Tujuan perjumpaan adalah membincangkan masalah kesihatan di kawasan bagan serai serta mengetahui kadar tahap kesihatan penduduk di sana.

Thursday 23 January 2014

Undi Tidak Percaya : Taktik Murahan Pembangkang Lagakan Kepimpinan BN

IPOH, Barisan NGO Negeri Perak menyelar kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang meminta agar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik murahan pembangkang.
Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, kenyataan Mahfuz itu memperlihatkan ketidakmatangan beliau ketandusan idea untuk memberikan buah fikiran yang terbaik demi rakyat dan negara.
“Ini merupakan taktik murahan pembangkang yang cuba untuk melaga-lagakan ahli parlimen BN dengan memberikan cadangan seperti itu. Apakah Mahfuz tidak ada idea yang lebih baik untuk dilontarkan demi kebaikan rakyat dan negara?
mahfuz-pas-harakah-ahli-parlimen-undi-tak-percaya-laga-najib-bn
“Bahkan dakwaan beliau bahawa ahli  kabinet kerajaan yang ada hari ini adalah kerana  ihsan isteri perdana menteri serta  merupakan bala besar kepada rakyat juga  merupakan satu tuduhan liar yang tidak berasas,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Jelasnya lagi, pembangkang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan sehingga terlupa tanggungjawab mereka sebagai pemimpin untuk memberikan buah fikiran serta cadangan demi kebaikan bersama.
“Idea pembangkang hari ini tidak lain hanyalah untuk mencela dan mengkritik kepimpinan negara. Sedangkan mereka sendiri tidak lakukan apa-apa, selain daripada mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
“Kita boleh lihat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Di Pulau Pinang, DAP lebih pentingkan pemaju perumahan mewah daripada membina rumah-rumah untuk rakyat termiskin.
“Manakala di Selangor pula, kepimpinan negeri lebih sibuk berpolitik daripada menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat, sehingga perkara asas seperti air pun mahu dipolitikkan. Apa yang membuatkan pembangkang merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain,” tegasnya.
Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan pembangkang mencerminkan diri mereka terlebih dulu sibuk mengkritik kerajaan dan kepimpinan BN.
“Pemimpin pembangkang janganlah buat kenyataan seumpama menepuk dulang, air terpercik ke muka sendiri. Tengok dulu apa kebajikan yang mereka dah lakukan kepada rakyat terbanyak di negeri yang mereka perintah, sebelum mengkritik BN.
“Jangan asyik menghina, mengkritik serta memberikan idea-idea murahan yang tidak membina serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara. Sikap pembangkang hari ini seperti pepatah ayam yang berkokok berderai-derai, tapi ekor penuh bergelumang tahi,” akhiri beliau. -MediaUMNO

#KANGKUNG 'FLASH MOB' !!! SIAPA #LIMKITSIANG UNTUK ARAH #KHAILOON MINTA MAAF ???




‘Flash Mob Kangkung’ yang ketuai oleh Lee Khai Loon,ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk telah mengundang kemarahan masyarakat, terutamanya dari kalangan orang Melayu.Tanpa mengambilkira parti,orang-orang Melayu melihat perbuatan biadap itu sebagai provokasi melampau orang-orang Cinta terhadap pemimpin Melayu.Justeru,soal Khai Loon adalah dari parti PKR tidak lagi timbul,sebaliknya DAP yang menjadi sasaran kemarahan orang-orang Melayu.Bagi orang-orang Melayu,Khai Loon adalah seorang Cina dan orang Cina secara amnya adalah DAP berdasarkan keputusan PRU yang lalu. Selain itu,kemarahan orang-orang Melayu juga adalah bersandarkan hakikat bahawa perbuatan memperlekeh pemimpin Melayu dan orang-orang Melayu adalah sinonim dengan DAP.Sejak tercetusnya 13 Mei 1969 yang berpunca dari hasutan DAP,orang-orang Melayu sentiasa curiga dengan parti ini.Apa yang berlaku dalam isu ‘flash mob’ ini membuktikan bahawa laungan “Melayu Mati!” dari 13 Mei 1969 masih terus terngiang- ngiang di telinga orang-orang Melayu sehingga ke hari ini.  

DAP cuba menangkis kemarahan orang-orang Melayu dengan memberi alasan Khai Loon adalah pemimpin PKR,bukan DAP.DAP juga kelihatannya begitu ‘sensitif’ apabila 13 Mei diungkit semula dalam demonstrasi bantahan terhadap perbuatan Khai Loon.Dengan itu,Lim Kit Siang secara terbuka meminta agar Khai Loon ‘menimbangkan’untuk meminta maaf terhadap kepimpinan negara atas kebiadapannya.Kit Siang nampaknya cukup gusar sekiranya isu 13 Mei terus berkumandang di udara Malaysia.Bagaimanapun,kenyataan ‘menimbangkan’ yang digunakan oleh Kit Siang di sini menyerlahkan sikap tidak ikhlas parti itu.Tiada kekesalan yang dirakam dari kenyataan pemimpin DAP itu dalam isu ini tetapi,sebaliknya,beliau lebih suka menekankan rasa tidak senang terhadap laungan 13 Mei dari orang-orang Melayu.Dalam kata lain,DAP bukan berminat untuk menangani isu kebiadapan Khai Loon tetapi hanya ingin menangani isu laungan 13 Mei.Benar,Khai Loon dari parti DAP,tetapi beliau adalah dari PR.Justeru,sedikit sebanyak,DAP tetap bertanggungjawab terhadap perbuatan Khai Loon. 

Apatah lagi dengan hakikat bahawa perbuatan menghina pemimpin BN juga turut terlebih dahulu dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain sebelum ini.Bukan tidak biasa kita melihat pemimpin tertinggi DAP memijak gambar pemimpin BN.Malah, mereka melakukannya beramai-ramai sambil bergelak ketawa.Ini juga merupakan satu penghinaan.Khai Loon nampaknya hanya mengikut jejak langkah mereka.Pernahkah anda melihat Datuk Seri Najib,Tun Abdullah atau Tun Mahathir melakukan penghinaan melampau terhadap musuh mereka ???  Tidak pernah bukan ???  Malah,kita juga tidak pernah melihat Anwar Ibrahim atau Nik Aziz berbuat yang sama,biarpun mereka turut memusuhi kepimpinan negara.

Jelas,yang menjadi pelopor perbuatan menghina pemimpin secara kebudak-budakan dan keterlaluan adalah kaum Cina DAP.Mungkin Khai Loon merupakan anak didik Tian Chua dan bernaung di bawah PKR,tetapi beliau sudah pastinya terpengaruh dengan cara pemimpin DAP yang terdiri dari bangsanya sendiri.Apapun,saya tidak hairan dengan sikap biadap kaum Cina baik dari DAP atau pun PKR.Yang saya hairan ialah,adakah Anwar Ibrahim tidak merasa malu dengan perbuatan Khai Loon ?? Kenapa bukan beliau yang menyuruh Khai Loon meminta maaf ??? Anwar adalah Ketua Pembangkang dan wajib bertanggungjawab atas perbuatan pemimpin pembangkang,apatah lagi dari partinya sendiri.Anwar juga masih bercita- cita ingin menjadi Perdana Menteri,jadi apakah wajar bagi seorang bakal Perdana Menteri merestui perbuatan sebegini ??? Sebenarnya,di manakah pendirian Anwar di dalam isu ini ??? Atau apakah pendirian Anwar sudah tidak penting lagi dalam PR ??? Siapakah yang menerajui PR pada hari ini ???  Anwar atau Lim Kit Siang ??? tepuk dada tanya anwar ibrahim !!! 

MAJLIS PENYAMPAIAN WANG BANTUAN AMAL KEPADA PELAJAR MISKIN


HARI INI YB SHAM TELAH MENYAMPAIKAN WANG BANTUAN AMAL KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MISKIN DI SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN MATANG BULOH DI ALOR PONGSU.BANTUAN INI ADALAH UNTUK MERINGANKAN BEBAN IBU BAPA PELAJAR YANG MISKIN SERTA MEREKA YANG TIADA IBU ATAU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

DENGAN ADANYA BANTUAN INI PELAJAR-PELAJAR TIDAK PERLU BIMBANG TENTANG PEMBAYARAN YURAN KE SEKOLAH.TERIMA KASIH KEPADA YB SHAM YANG TELAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MISKIN INI,DENGAN ADANYA BANTUAN INI PELAJAR-PELAJAR TIDAK PERLU BIMBANG TENTANG YURAN DAN DAPAT BELAJAR DENGAN BAIK.............

Wednesday 22 January 2014

Zambry tempelak Kor Ming salahkan UMNO

Zambry , Nga Kor Ming

IPOH  - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menempelak Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming kerana mengaitkan UMNO serta Perdana Menteri dalam insiden membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang memasuki Jepun oleh jabatan imigresen negara itu.
Zambry memberitahu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping cuba memutar belit kejadian itu dan menuding jari ke arah UMNO seolah-olah parti itu yang mengarahkan kerajaan Jepun supaya menahan dan menghalang Anwar daripada memasuki negara matahari terbit tersebut.
“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan kenyataan beliau (Kor Ming), saya hanya akan terkejut besar sekiranya beliau berkata baik tentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun kerajaan Jepun sudah jelaskan perkara sebenar mengapa Anwar dilarang masuk tetapi beliau cuba ‘spin’, kononnya apa yang menimpa Anwar di Jepun adalah disebabkan oleh UMNO dan BN. Sudah ada penjelasan, tidak perlulah masuk campur," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Semalam, Kor Ming menerusi akaun Twitter milik beliau berkata: “Kerajaan Jepun tunduk kepada UMNO sehingga @anwaribrahim dihalang masuk. Tahniah! Najib semakin berkuasa".
Dalam kejadian Ahad lalu, Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun melarang Anwar daripada memasuki negara itu selain meminta beliau pulang semula ke Malaysia.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dilarang memasuki negara itu kerana beliau tidak mematuhi prosedur dan peraturan imigresen iaitu mengemukakan visa perjalanan berikutan statusnya sebagai bekas banduan.

Pejabat Kedutaan Jepun di Malaysia memaklumkan, walaupun Jepun telah mengambil keputusan memansuhkan permohonan visa sejak tahun lalu, namun peraturan itu masih ditetapkan ke atas mana-mana bekas banduan.
Dalam pada itu, Zambry memberitahu, dakwaan yang dibuat oleh Kor Ming itu mengingatkan beliau kepada tuduhan yang dilemparkan oleh sebuah akhbar propembangkang terhadapnya beberapa tahun lalu kononnya beliau ditahan di Lapangan Terbang San Francisco, Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki sebagai pengganas.
Menurut Zambry, hakikatnya beliau tidak pernah ditahan di lapangan terbang berkenaan seperti didakwa oleh akhbar tersebut dan apa yang dilaporkan merupakan pembohongan semata-mata.

“Akhbar itu lapor saya ditahan sebab disyaki pengganas walaupun hakikatnya kejadian itu tidak pernah berlaku. Tengok bagaimana sampai begitu mereka menipu rakyat kerana mereka tahu rakyat akan percaya apa sahaja yang mereka cakap.
"Oleh sebab itu dalam isu Anwar ini, mereka cuba putar belit tuduh UMNO dan BN," jelas beliau.