YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Sunday 19 January 2014

Membisu apabila dicabar kemukakan surat guaman



KUALA LUMPUR 19 Jan. - Tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo secara tiba-tiba membisu apabila dicabar mempamerkan surat guaman DAP yang didakwa dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember tahun lalu, menimbulkan persoalan apakah beliau berbohong dalam isu itu.
Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anwar Ramli berkata, sikap membisu itu nyata berbeza sama sekali dengan perwatakan Gobind sebelum ini yang cukup lantang menyerang kerajaan, tetapi menikus apabila diminta mendedahkan surat itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng supaya menjelaskan kepada orang ramai mengapa Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong secara tiba-tiba berubah watak menjadi seorang lelaki penakut.
“Kita hanya minta Gobind dedahkan surat guaman yang didakwanya dihantar kepada ROS, mengapa susah sangat dan begitu takut untuk dedahkan? Melainkan surat guaman itu hanyalah rekaan bagi membohongi rakyat. Jika suka berbohong, beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen.
“Guan Eng kena ambil tanggungjawab jelaskan sebab rakyat mahu lihat bukti surat tersebut. Rakyat kini sedang menilai sikap dan moral sebenar pemimpin pembangkang terutama daripada DAP," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya telah menghantar sepucuk surat bagi menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Bagaimanapun, ROS menjelaskan, badan itu tidak menerima sebarang surat guaman seperti didakwa Gobind, sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan CEC yang ditandatangani Guan Eng.

Dalam pada itu, Khairul Anwar berkata, kegagalan Gobind dan DAP mengemukakan surat guaman tersebut meskipun telah dicabar, membuktikan mereka bukan sahaja sanggup membohongi rakyat Malaysia, malah ahli parti itu sendiri demi kepentingan politik peribadi.
“Sebab itu ahli DAP mula mempersoal antaranya mengapa 851 perwakilan tidak hadir semasa pemilihan CEC dan bagaimana boleh wujud ahli 450 perwakilan haram semasa pemilihan tersebut sehingga ramai yang yakin bahawa wujud penipuan dalam pemilihan CEC DAP," katanya.

No comments:

Post a Comment