YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 20 January 2014

Pemuda UMNO Bagan Serai Rancang Bentuk Jati Diri Belia


20/01/2014 -- Pemuda UMNO Bagan Serai Rancang Bentuk Jati Diri Belia:- Nazirul Jamaluddin
Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai merancang untuk membentuk semua jati diri belia di kawasan itu.
Ketuanya Nazirul Jamaluddin berkata, selaras dengan rancangan itu, pelbagai program yang menarik akan diwujudkan dengan melibatkan golongan berkenaan.

"Untuk makluman setakat ini saya dalam perancangan untuk membentuk semula jati diri pemuda-pemuda di Bagan Serai.

"Kita akan wujudkan pelbagai program yang akan menarik golongan muda untuk bersama dengan UMNO semula.

"Antaranya, sekarang kami tengah siapkan satu pasukan bola sepak pemuda UMNO bahagian Bagan Serai dan kita dah memulakan dua minggu latihan.

"Selain itu, kita juga sudah rancang dibawah Biro Agama untuk wujudkan satu kumpulan tahlil, berzanji untuk bergerak dalam program pemuda UMNO dan kampung-kampung yang ingin gunakan khidmat kumpulan ini," katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai penubuhan Biro Ekonomi Usahawan Pemuda, Nazirul menambah ia diwujudkan bagi membangunkan ekonomi belia di kawasan itu.

Katanya, Pemuda UMNO meletakkan matlamat untuk membantu meningkatkan pendapatan pemuda di Bagan Serai.

"Matlamat kami sekarang ini, di zaman yang memerlukan kewangan dan dari segi ini pemuda bahagaian Bagan Serai sendiri wujudkan biro ekonomi ini.

"Ia hanyalah kerana kita nak adakan apa keperluan-keperluan contohnya kita perlu sediakan peluang pekerjaan ataupun latihan-latihan kepada pemuda di Bagan Serai.

"Kita sedia maklum pemuda sekarang ini mencari kerja jadi sebab itu kita wujudkan biro ini.

Selain itu katanya lagi, biro berkenaan diwujudkan selaras dengan seruan Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang mahukan pemuda diberikan pendedahan dalam bidang ekonomi.

No comments:

Post a Comment