YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Monday 20 January 2014

Giat Mara Tidak Boleh Ditutup



20/01/14-- Giat Mara Tidak Boleh Ditutup:- Nazirul Jamaluddin 
"Giat Mara tidak boleh ditutup kerana ia sebuah institusi yang untuk anak-anak muda mempelajari kemahiran atau latihan"

Demikian tegas Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bagan Serai, Nazirul Jamaluddin ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berkaitan Pusat Giat Mara.

"Bagi kami perkara ini sepatutnya mereka tidak boleh kacau kita.

"Mereka perlu buat kerja mereka dan kita buat kerja kita.

"Bagi saya GIAT MARA tidak boleh ditutup kerana inilah institusi yang memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mempelajari kemahiran atau latihan. Itu yang penting.

"Pengalaman dan kemahiran akan membuatkan dia lebih matang.

"Sekarang ini semua memerlukan pengalaman dan kemahiran jadi sebab itu kita rasa tidak patut mereka cadangkan Giat Mara ditutup," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aktiviti Pemuda Bagan Serai, beliau menambah pelbagai program bakal dilaksnakan untuk menarik semula golongan itu kepada UMNO.

Katanya, untuk menarik semula golongan belia kepada parti, Pemuda UMNO perlu melakukan sesuatu sesuai dengan jiwa orang muda.

"Harapan kami, kita akan berusaha melakukan aktivti-aktiviti yang boleh menarik balik pemuda di bahagian Bagan Serai untuk bersama dengan kami.

"Jadi untuk menarik pemuda ini, kita perlu ada atau lakukan sesuatu yang boleh menarik pemuda contohnya membuat kempen keusahawan, karnival dannlain-lain.

"Sebab kita nampak, bagi mereka, pemuda UMNO ini hanya melepaskan batuk ditangga sahaja kerana kerajaan dah sediakan macam-macam jadi pemuda umno macam tak wujud," katanya lagi.
 — in Kuala Gula.

No comments:

Post a Comment