YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 21 January 2014

Peluang dapat publisiti murahan salahkan kerajaan





KUALA LUMPUR . - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atas segala musibah yang menimpanya selagi tidak dapat menjadi Perdana Menteri negara ini.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, tabiat menuding jari itu tidak mampu dibuang Anwar kerana hanya melalui cara itu beliau dapat meraih lonjakan politik.
Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak terutama kerajaan agar tidak melayan kerenah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memandangkan ia adalah isu peribadi beliau serta tidak mewakili kehendak rakyat secara keseluruhannya.
“Anwar ini sudah tiada cara lain lagi, dari dulu apa yang menimpanya adalah salah UMNO dan BN. Beliau tipu tentang 16 September, kata akan jadi Perdana Menteri, salah siapa? Salah UMNO, BN juga.
“Hari ini beliau bising lagi fasal tidak dapat memasuki Jepun. Dari dahulu ini perangai Anwar. Tanyalah Duta Jepun di negara ini kenapa tidak boleh masuk? Namun beliau rasa ini satu peluang baik mendapat publisiti murahan untuk menyalahkan kerajaan. Beliau rasa hebat sangatlah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendesak Wisma Putra memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun.
Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan ‘laporan terbaharu’ termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah semalam.
Mengulas lanjut, Muhammad Zahid menegaskan, Anwar sepatutnya bertanya kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen di Jepun berhubung pengusiran beliau itu dan bukannya menyalahkan Wisma Putra yang tidak ada kena mengena dengan undang-undang dalaman negara itu.
Muhammad Zahid menambah, perkara sama turut terjadi kepada sahabat baik Anwar, Senator Australia, Nick Xenophon ke Malaysia baru-baru ini yang dihalang kedatangannya oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad memandangkan beliau tidak dikehendaki memasuki Malaysia kerana boleh menjejaskan keharmonian, ketenteraman, tatasusila dan norma masyarakat.

No comments:

Post a Comment