YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 15 January 2014

Kalimah Allah: Permohonan gereja untuk kebenaran merayu didengar 5 Mac


















PUTRAJAYA 15 Jan. - Pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dijadual semula ke 5 Mac.
Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply semasa dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran telah dijadual semula.
Pendengaran permohonan gereja bagi kebenaran merayu pada awalnya dijadualkan pada 24 Februari.
Sementara itu, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu, S. Selvarajah berkata, beliau dimaklumkan pada Isnin oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran tarikh pendengaran itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment