YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 10 January 2014

Ambil kira keluhan rakyat - PM


Najib Tun Razak diiringi Fadilah Yusof (kanan), P. Kamalanathan (empat dari kanan) dan Noh Omar (dua dari kanan) bersalaman dengan penduduk yang menyambut ketibaan beliau bagi merasmikan Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya di Rawang, semalam. - Utusan/MOHD NAIM AZIZ


HULU SELANGOR 10 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.
Beliau berkata, kajian makmal itu penting kerana kerajaan mahu pendekatan terbaik bagi memastikan pengguna tidak terbeban jika pengumuman kadar baharu tol terpaksa dibuat kerana penangguhan kenaikan seperti dituntut konsesi telah dilaksanakan sejak 2008 lagi.

Namun, katanya, sebarang kenaikan kadar tol tidak akan dilakukan secara melulu, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah perimbangan agar bukan sahaja rakyat tidak terbeban malah syarikat konsesi juga dapat beroperasi tanpa masalah.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat agar jangan terlalu mudah membuat persepsi tidak tepat terhadap kerajaan, sebaliknya orang ramai perlu berfikir secara matang kerana banyak yang telah dilaksanakan antaranya menutup tujuh plaza tol dan penghapusan tol di tiga lebuh raya.
"Jangan kita mudah melemparkan persepsi. Fikirlah secara waras dan jangan terlalu beremosi. Kerajaan BN mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang terutama dalam aspek kebajikan dan kita akan terus mengekalkan sifat ini demi kepentingan rakyat.

"Jangan kita mudah fikir seolah-olah kerajaan tidak sensitif mengenai keluhan rakyat sedangkan banyak yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan beban pengguna," katanya semasa berucap merasmikan Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof serta timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dan Pengerusi Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan, untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia memerlukan pelbagai infrastruktur bertaraf antarabangsa antaranya pembinaan lebuh raya bagi memberi kemudahan kepada rakyat selain merangsang pertumbuhan ekonomi.

No comments:

Post a Comment