YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 17 January 2014

Haram sokong bukan Islam guna perkataan Allah




ALOR SETAR - Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) Kedah menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana tindakan itu jelas satu cubaan untuk menyekutukan Allah.
Pengerusi YPP1M Kedah, Sabri Osman berkata, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah satu perkara yang tidak logik dan tidak wajar disokong oleh umat Islam di negara ini.
"Kalau mereka masih ingin menggunakan juga kalimah Allah, mereka perlu mengucap kalimah syahadah terlebih dahulu dan kita tidak ada masalah jika mereka mahu menggunakan kalimah Allah selepas itu.
"Orang bukan Islam memang jelas telah menyekutukan Allah dan tidak munasabah untuk mereka menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Bangunan Tunku di sini hari ini.
Sabri yang juga pengasas Madrasah Al-Ulum Al-Diniah Al-Osmaniah Pondok Tanjung Kapur, Jitra berkata, kerajaan juga tidak perlu berlembut lagi dengan golongan bukan Islam yang terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah.
"Pemimpin politik tanpa mengira parti perlu bersatu dan mempertahankan kesucian kalimah Allah agar tidak ada lagi golongan bukan Islam yang berani menghina agama Islam," jelasnya.




No comments:

Post a Comment