YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 31 July 2015

Ambil Peluang Atas Perpecahan Pembangkang : DS Zambry



IPOH: UMNO dan Barisan Nasional (BN)  disaran supaya tidak hanya ‘tunggu dan lihat’ berikutan senario pergolakan ideologi yang meruncing dalam komponen parti pembangkang kini.
Malah komponen parti tersebut seharusnya mengambil peluang tersebut untuk melaksanakan analisa dan  membentuk srategi yang lebih baik  untuk terus memperkukuhkan parti.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pergolakan yang berlaku dalam parti pembangkang kini merupakan senario kemantangan pihak masing-masing.
“UMNO dan BN katanya melihat perkembangan ini dengan teliti serta merangka pendekatan dan startegi yang terbaik bagi menghadapi perkembangan politik era ini.
” Katanya ada pengumuman pada 14 September ini jadi kita tengok lah..,” katanya mengulas mengenai penubuhan Parti baharu Gerakan Harapan Baharu yang diuar-uar akan menggantikan PAS.
Tambahnya lagi, sejarah perkembangan politik tanah air sentiasa berubah apabila sesebuah pertubuhan parti yang dominan telah pun berada di persada politik tanah air atau dalam landskap politik dalam satu jangka masa yang lama.
Katanya lagi, perpecahan yang berlaku biasanya terjadi disebabkan oleh  serpihan-sepihan komponen yang tidak berpuas hati dan sebulu dengan cara perjalanan parti tersebut.
“Ianya pernah berlaku sendiri dalam UMNO, MIC, MCA dan sebagainya dan kumpulan-kumpulan ini akan berhadapan dengan suasana yang mencabar bagi mengharunginya,” katanya.
Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pesara-pesara kerajaan peringkat negeri Perak di kediaman Menteri Besar hari ini.
Tambahnya lagi sejarah juga telah membuktikan dengan kewujudan pelbagai badan yang tertubuh daripada pelbagai parti dan akhirnya terkubur dan  tidak dapat tampil sebagai parti sebenar.
“Kita tidak boleh hanya melihat tanpa melakukan sebarang analisa berhubung situasi berkenaan,” katanya.

Thursday 30 July 2015

Perpaduan Bukannya Barang Yang Boleh Dijual Beli-PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menasihati semua pihak supaya terus mempertahankan perpaduan yang dimiliki selama ini.
Menerusi catatannya di laman Facebook milik beliau, mesej ringkas mengenai perpaduan itu antara lain menyaran semua pihak agar terus bersatu dan mengekal perpaduan yang terjalin.
“Perpaduan bukannya barang boleh diganti.
“Perpaduan bukannya barang yang boleh dijual beli,” katanya.
Beliau turut menyifatkan bahawa perpaduan nasional yang mapan adalah tunjang kepada haluan Malaysia menjadi sebuah negara yang terus maju.

Wednesday 29 July 2015

PM Terima Kejutan Sambutan Hari Jadi



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kejutan sambutan hari jadinya ke-62 hari ini.
Menerusi laman facebooknya hari ini, sambutan hari jadinya diraikan dengan pemberian dua biji kek di pejabatnya pagi tadi.
“Saya dikejutkan dengan kek di Pejabat tadi. Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi,” katanya ringkas.
11709769_10152906912075952_4635390566698825541_n
Menteri-menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melalui platform media sosial seperti Twitter.
Najib dalam akaun Twitter peribadinya juga turut menulis sebarang tweet tentang kejutan yang diberikan kepadanya oleh pegawai-pegawainya.
Beliau berkata: “Saya terkejut dengan kek di pejabat tadi Terima kasih kerana hasrat hari jadi..”,
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan hari lahir mereka kepada pemimpin nombor satu negara ini.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, di Kuala Lipis, Pahang.

Tuesday 28 July 2015

Semua Orang Tahu Usaha Untuk Jatuhkan Najib – Mahathir



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa desakan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan telah diketahui orang ramai dan ianya bukan satu konspirasi.
Mahathir mendakwa, gesaan beliau yang mendesak Najib melepaskan jawatannya dilakukan secara terbuka dan seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya.
“Apa yang kita tahu sekarang adalah saya telah secara terbuka menggesa beliau meletak jawatan. Tiada konspirasi.
“Hanya pengakuan terbuka kepada seluruh Negara bahawa saya ingin melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri,”katanya melalui penulisan terbaharu di blog beliau, chedet.cc.
Mahathir turut berkata, meskipun sebelum ini ada beberapa individu yang datang berjumpa beliau secara peribadi untuk menyampaikan tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, namun mereka tiada sebarang perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
“Mungkin terdapat sebelum ini, tetapi selain daripada orang-orang yang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau.
“Itu bukan menyatakan bahawa mereka sebenarnya mengalu-alukan idea beliau meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan bawah tanah yang aktif dan tindakannya tidak ada,”tulisnya.
Mahathir turut mengulangi pendiriannya dengan tegas bahawa Najib perlu melepaskan jawatannya walau apa cara sekalipun.
“Di seluruh dunia, Presiden yang dipilih dan Perdana Menteri telah diminta atau terpaksa dan mereka semua melakukannya.
“Malah di sesetengah Negara, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, Menteri-Menteri, Perdana Menteri akan meletak jawatan,”katanya.
Katanya lagi, meskipun Najib telah dipilih sebagai Perdana Menteri, ianya tidak bermakna tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta Najib untuk berundur sebagai Perdana Menteri.
“Janganlah jadi bodoh dan menuntut bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta beliau untuk berundur.
“Dia harus meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan ketua Barisan Nasional dan biarkan orang lain memimpin dan menjadi Perdana Menteri,”tegasnya.

Monday 27 July 2015

Menziarahi pesakit Yang terlantar 34 , Pt Hj Amin.









Jutaan terima kasih pd Dato' Sham Mat Sahat , semua exco Umno Bhg. Bg.Serai & Ajk yg terlibat, lawatan pesakit terlantar 34 , Pt Hj Amin.

Sunday 26 July 2015

Program sumbangan akbar 'Berita Harian'utk sisipan bagi calun UPSR











Di program sumbangan akbar 'Berita Harian'utk sisipan bagi calun UPSR , di Sk Alor Pongsu & sekolah -sekolsh dlm DUN Alor Pongsu. 

Saturday 25 July 2015

Jamuan Di Simpang 4 Semanggol




Hadiri majlis perkahwinan anaknda En Jamri (kerani Pejabat Penghulu Tg Piandang) & anaknda Tok Ketua Shahidon (Ketua Kg Bukit Tengah Semanggol)

Wednesday 22 July 2015

Selamat Menyambut Ulangtahun Dato Sri Najib Razak


Selamat Menyambut Ulangtahun Dato Sri Najib Razak, Semoga Allah Memberi Kekuatan Kepada Dato Sri Najib Razak Menghadapi Segala Rintangan Dan Dugaan Yang Di Hadapi. Semoga Umur Panjang Dan Kesihatan Yang Baik

Tuesday 21 July 2015

Renioun Besama Kawan-Kawan Lama



Bersama rakan sekolah YB Dato' Sham Mat Sahat ( DUN Alor Pongsu ) dan Encik Abd Rashid Hassan ( Importer New and Reconditioned Cars ) semasa Reunion SMAI 78 Bagan Serai pada raya ke 3 lalu.

Monday 20 July 2015

Al-Fatihah —



Dalam Perjalanan Ke Bukit Gantang Untuk Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Azwan Bro. Saya Terpaksa Berpatah Balik Apabila Mendapat Berita Kematian Akibat Kemalangan Di Sungai Bogak.

Seorang Pelajar UITM Permatang Pauh Berumur 18 Tahun Nur Faten Hanani Muhamad Azmi Yang Tingal Di Matang Pasir Alor Pongsu.

Tuesday 14 July 2015

Majlis Kurniaan Hari Raya Aidilfitri kepada anak yatim,miskin, OKU & Ibu Tunggal











Majlis Kurniaan Hari Raya Aidilfitri kepada anak yatim,miskin, OKU & Ibu Tunggal telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong di Dewan Bagan Serai. Seramai 350 orang hadir menerima kurniaan. .Turut Hadir DS SUK Perak, OKK Laksamana Raja Mahkota Dato'Orang Besar Jajahan Kerian, YB Dato' Sham Mat Sahat, YB Dr.Azmi, Ketua Jabatan, pemimpin komuniti dan para dermawan. . Daulat Tuanku. .Permaisuri berjiwa Rakyat. .Tahniah & menjunjung kasih Tuanku. . .

Monday 13 July 2015

sumbangan barangan kepada kumpulan asnaf di Parit Buntar.



Terima kasih YB Abu Bakar Ali,,atas duit raya dan sumbangan barangan kepada kumpulan asnaf di Parit Buntar. Moga dapat rahmat dan keberkatan.Tahniah YB yang prihatin.

Sunday 12 July 2015

Jom Semua!!!



Saya dan Isteri serta Keluarga dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan ke Majlis Rumah Terbuka DUN Alor Pongsu pada 18.7.15 (sabtu) mulai jam 11.00 pg hingga 3.00 ptg bertempat di kediaman saya di Kpg Parit Jawa Bagan Serai Pk...semoga kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan lg majlis ini. Trm Ksh "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"

Friday 10 July 2015