YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Friday 31 July 2015

Ambil Peluang Atas Perpecahan Pembangkang : DS Zambry



IPOH: UMNO dan Barisan Nasional (BN)  disaran supaya tidak hanya ‘tunggu dan lihat’ berikutan senario pergolakan ideologi yang meruncing dalam komponen parti pembangkang kini.
Malah komponen parti tersebut seharusnya mengambil peluang tersebut untuk melaksanakan analisa dan  membentuk srategi yang lebih baik  untuk terus memperkukuhkan parti.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pergolakan yang berlaku dalam parti pembangkang kini merupakan senario kemantangan pihak masing-masing.
“UMNO dan BN katanya melihat perkembangan ini dengan teliti serta merangka pendekatan dan startegi yang terbaik bagi menghadapi perkembangan politik era ini.
” Katanya ada pengumuman pada 14 September ini jadi kita tengok lah..,” katanya mengulas mengenai penubuhan Parti baharu Gerakan Harapan Baharu yang diuar-uar akan menggantikan PAS.
Tambahnya lagi, sejarah perkembangan politik tanah air sentiasa berubah apabila sesebuah pertubuhan parti yang dominan telah pun berada di persada politik tanah air atau dalam landskap politik dalam satu jangka masa yang lama.
Katanya lagi, perpecahan yang berlaku biasanya terjadi disebabkan oleh  serpihan-sepihan komponen yang tidak berpuas hati dan sebulu dengan cara perjalanan parti tersebut.
“Ianya pernah berlaku sendiri dalam UMNO, MIC, MCA dan sebagainya dan kumpulan-kumpulan ini akan berhadapan dengan suasana yang mencabar bagi mengharunginya,” katanya.
Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pesara-pesara kerajaan peringkat negeri Perak di kediaman Menteri Besar hari ini.
Tambahnya lagi sejarah juga telah membuktikan dengan kewujudan pelbagai badan yang tertubuh daripada pelbagai parti dan akhirnya terkubur dan  tidak dapat tampil sebagai parti sebenar.
“Kita tidak boleh hanya melihat tanpa melakukan sebarang analisa berhubung situasi berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment