YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Tuesday 31 December 2013

MALAM SEBELUM MENYAMBUT TAHUN BARU DI BAGAN SERAI




SEBELUM MENUNGGU DETIK UNTUK MENYAMBUT TAHUN BARU,YB SHAM TELAH MEMBELANJA PENDUDUK BAGAN SERAI DENGAN MEMBAWA 3 LORI YANG BERISI PENUH SARAT DURIAN UNTUK DIBERI KEPADA SEMUA YANG BERADA DI SITU.INI KERANA SEKARANG MUSIM DURIAN JADI DIE MEMBERI SEMUA ORANG MAKAN DURIAN SEBELUM MENUNGGU UNTUK MENYAMBUT TAHUN BARU...

INILAH CONTOH YB YANG BERJIWA RAKYAT YANG SELALU BERSAMA RAKYAT TAK KIRA SUSAH DAN SENANG.TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PENDUDUK BAGAN SERAI DAN ALOR PONGSU KERANA MEMBERI KEYAKINAN UNTUK MEMIMPIN MEREKA  KE TARAF YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA.

KAMI DI SINI YB SHAM DAN SEMUA PENGERAK-PENGERAK UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI MAHUPUN ALOR PONGSU  INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU YANG KE-2014,SEMOGA NEGARA KITA SELALU DALAM KEADAAN AMAN DAN SENTOSA.....

Monday 30 December 2013

Program back to school dan bantuan anak yatim










Perbelanjaan secara berhemat

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari.
Berikut kenyataan penuh beliau:
Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.
Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun depan.

Langkah-langkah penjimatan lain yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa.
Keputusan ini telah dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Sebelas langkah tersebut adalah seperti berikut:

* Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5 hingga 10 peratus.
* Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.

* Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus.
* Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
* Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

* Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
* Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

* Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
* Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

* Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
* Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

PROGRAM 'BACK TO SCHOOL' DAN BANTUAN ANAK YATIM











HARI INI YB SHAM MERASMIKAN PROGRAM BACK TO SCHOOL SERTA BANTUAN ANAK YATIM.PROGRAM INI ADALAH ANJURAN  UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI DAN PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM BAHAGIAN BAGAN SERAI.

PROGRAM INI ADALAH MERINGANKAN BEBAN ANAK-ANAK KITA UNTUK KE SEKOLAH,DENGAN ADANYA BANTUAN INI ANAK-ANAK KITA DAPAT KE SEKOLAH DENGAN SEMPURNA DAN DAPAT BELAJAR DENGAN BAIK.

TERIMA KASIH KEPADA YB SHAM YANG TELAH SAMPAIKAN BANTUAN INI KEPADA ANAK-ANAK YANG MISKIN DAN YATIM SUPAYA DAPAT MERINGANKAN BEBAN IBU BAPA YANG SUSAH SERTA YANG TIADA IBU BAPA.

MACAM INILAH YB YANG KITA MAHU MEMBERI BANTUAN UNTUK  ANAK-ANAK MISKIN SERTA YATIM DAN MEMBANTU MERINGAN MASALAH IBU BAPA YANG SUSAH.
YB SHAM ADALAH PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT LA,SUSAH SENANG SELALU BERSAMA RAKYAT MACAM INILAH PEMIMPIN YANG TERBILANG.

TERBAIKLAH YB SHAM

Sunday 29 December 2013

Melayu jangan terperangkap permainan kotor pembangkang

Ketua Penerangan Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM), Ismail Hassan (empat dari kanan), bersama ahli persatuan itu selepas membuat laporan polis mengenai perhimpunan haram pihak pembangkang pada malam 31 Disember ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Rakyat terutama masyarakat Melayu diminta sedar dan tidak terperangkap dengan permainan kotor pembangkang yang menggunakan isu kenaikan harga barang untuk mempengaruhi mereka supaya turun ke jalan raya membuat bantahan.

Pengerusi NGO-NGO Selangor, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, penganjur perhimpunan yang dipercayai didalangi pemimpin-pemimpin pembangkang itu sengaja memperbodoh-bodohkan rakyat dengan meniupkan fakta yang salah agar boleh memesongkan pemikiran mereka untuk membenci kerajaan.

"Rakyat perlu sedar lebih 70 peratus sektor perniagaan di negara ini dikuasai masyarakat Cina yang diketahui telah menolak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu telah mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan.
"Orang Melayu perlu sedar perkara itu kerana kita percaya kebanyakan yang akan turun pada perhimpunan itu nanti adalah golongan Melayu.

"Mereka perlu berfikiran rasional terhadap pengurangan subsidi kerajaan tidak terlalu menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tetapi lebih disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi, industri perniagaan, perkilangan dan sebagainya demi memberi keadilan kepada semua peringkat rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jamal, rakyat telah ditiupkan dengan fakta yang salah, maka mereka tidak perlu terpedaya dengan seruan pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mahu memperbodohkan masyarakat untuk turun ke jalan raya yang pastinya tidak mencapai apa-apa matlamat melainkan hanya mendatangkan kerugian.
Sementara itu, mengulas kenyataan Father Lawrence Andrew yang mahu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Melayu, Jamal berkata, Pengarang mingguan Katolik, Herald itu diberi masa seminggu untuk menarik balik kenyataan tersebut sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini khususnya di Selangor.

Kata beliau, isu kalimah Allah telah diputuskan di mahkamah yang memberi hak kepada umat Islam dan selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang agama lain daripada menggunakan kalimah itu.

"Kami percaya isu ini ditimbulkan semula semata-mata mahu mencetuskan keadaan tidak baik di negara ini selain mempunyai maksud tersirat supaya orang Melayu dan Islam bangun membantah.
"Sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataan itu, kami bercadang mengadakan protes di hadapan gereja pada 31 Disember ini kerana kita tidak mahu orang Melayu Islam berterusan dicabar maruah, akidah dan kedudukan Melayu di negara ini," katanya.

Tokoh veteran UMNO meninggal dunia



MELAKA 29 Dis. - Tokoh veteran UMNO dan pejuang kemerdekaan, Datuk Borhan Mat Yaman, 85, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Jenazah dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Klebang Kechil dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klebang selepas waktu zuhur. - ONLINE

Rafizi berbohong lagi - TIBAI


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Dakwaan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung penjualan dan pembelian aset kerajaan bernilai RM5.6 bilion adalah siri pembohongan terbaharu Ahli Parlimen Pandan itu. 

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sehingga hari ini, Rafizi masih gagal mengemukakan bukti senarai nama pembeli aset berkenaan.
"TIBAI menganggap Rafizi seorang manusia yang kuat berbohong serta mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Mengapa sehingga kini beliau gagal mengemukakan senarai pembeli aset negara seperti didesak oleh banyak pihak. Ini jelas menunjukkan satu lagi siri pembohongan daripada pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menjelaskan dakwaan Rafizi berhubung penjualan dan pembelian aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan sebagai tidak berasas.
Muhammad Zahid berkata, pembohongan itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini pembangkang mendakwa wujud pengundi warga Bangladesh selain isu pembentukan kerajaan pada 16 September 2008.
Beliau turut mencabar Rafizi membuat laporan polis bagi membuktikan kesahihan dakwaannya.
Katanya, tindakan itu amat perlu kerana dakwaan beliau boleh mengundang suasana huru-hara serta merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, Rafizi perlu bertindak mengikut lunas undang-undang serta fakta yang sahih.
Katanya, semua tuduhan tersebut mesti disertakan dengan bukti yang jelas.
"Kita menantikan segala bukti yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Jika tidak ada, sudah pasti tindakan beliau ini boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau sebagai wakil rakyat," katanya.

Friday 27 December 2013

633 laporan polis seluruh negara

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bersama wakil empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman bagi membantah penganjuran Perhimpunan Guling Kerajaan di hadapan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Bantahan serta kemarahan orang ramai terhadap perhimpunan haram pada 31 
Disember ini terus memuncak setelah pelbagai pihak di seluruh negara tampil membuat laporan polis dengan jumlah terkini sebanyak 633 laporan diterima setakat ini.
Jumlah itu termasuk lebih 200 laporan yang dibuat di seluruh negara hari ini.

Antara yang membuat laporan hari ini ialah Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini.
Adiwijaya yang ditemui pemberita selepas membuat laporan berkata, penganjur serta dalang yang cuba melakukan perhimpunan haram ini sebenarnya adalah mereka yang terdesak dan sengaja mengambil kesempatan atas sambutan tahun baharu.

"Mereka hanya mengambil kesempatan pada malam itu bagi meraih sokongan orang ramai dan perkara itu akan menimbulkan ketakutan kepada orang awam yang ingin menyertai sambutan tahun baharu," katanya.
Di Pahang, tiga sayap parti UMNO Bahagian Kuantan, UMNO Bahagian Paya Besar, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera, Pemuda MIC Bera, Persatuan Veteran Bekas Tentera Daerah Bera dan Persatuan Bekas Polis Daerah Bera telah membuat laporan.
Laporan tersebut dibuat di IPD Kuantan dan Balai Polis Bera.
Di Perak, 13 laporan polis dibuat dengan enam laporan dibuat di Balai Polis Sungai Senam di sini dan IPD Sungai Siput (7).

Mereka terdiri daripada Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Kesatuan Anak Muda Islam, Suara Anak Muda 1Malaysia, Gerakan Belia 4B, Gabungan Kelab Kereta Negeri Perak dan Persatuan Belia Optimis 1 Suara.
Turut membuat laporan polis adalah Pemuda UMNO Sungai Siput, Pemuda Gerakan Sungai Siput dan Pemuda MIC Sungai Siput.

Di Kedah, Pertubuhan Bekas Pasukan Khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (PBPKU), Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (DAULAT) dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerai membuat laporan.
Turut membuat laporan ialah Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Pendang, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Baling Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Belia 4B, Belia MAYC dan Masyarakat Orang Asli.

Laporan dibuat di IPD Jerai, IPD Pendang dan IPD Baling.
Di Sarawak, Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak (Adab) membuat laporan polis di IPD Kuching.
Di Terengganu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Kuala Terengganu yang membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu.

Di Johor, Sebanyak 11 laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Segamat oleh Pemuda UMNO Sekijang, Majlis Belia Daerah Segamat, Pertubuhan Belia 4B Segamat, Pertubuhan Generasi Baru, Pertubuhan Belia Padang Lalang dan Pertubuhan Belia Sulir.

Turut membuat laporan polis secara serentak itu adalah Pertubuhan Belia Batu Anam, Pertubuhan Belia Kampung Tenang, Kelab Pemuda Segamat dan Pertubuhan Belia Mercu Warisan Segamat.

Polis kenal pasti 4 NGO dijangka buat kecoh sambutan ambang Tahun Baharu





KUALA LUMPUR 28 Dis. - Polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. - 

PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA!!


JOM ADIK-ADIK SEMUA KITA KE PROGRAM JOM GUNTING RAMBUT KEMBALI SEKOLAH PADA HARI AHAD INI DI DATARAN BAGAN SERAI.2OO ORANG PERTAMA AKAN MENDAPAT PERCUMA.

APA TUNGGU LAGI ADIK PELUANG HANYA DATANG SEKALI BUKAN SELALU BUKAN KENA BAYAR PUN,PROGRAM INI MUNGKIN AKAN DI RASMIKAN OLEH YB SHAM ADUN ALOR PONGSU PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.

JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG ADA MOH KITA RAMAI-RAMAI KE DATARAN BAGAN SERAI.............................

Himpunan 31 Disember: Pembangkang perlu jelaskan pendirian


                                                             
                                                      


KUALA LUMPUR  - Pakatan pembangkang perlu menyatakan pendirian mengenai Himpunan Guling Kerajaan yang didakwa akan diadakan pada 31 Disember ini sekiranya mereka benar-benar menentang sebarang usaha memperjuangkan nasib kerajaan yang digulingkan di luar negara.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata, penjelasan pakatan pembangkang kepada rakyat mengenai perjuangan mereka yang sering membantah usaha-usaha penggulingan kerajaan di luar negara adalah perlu bagi membuktikan kebenaran.
"Di Parlimen mereka minta isu penggulingan kerajaan Mesir dibahaskan dan sekarang apabila isu itu timbul di negara sendiri, mereka hanya berdiam diri.

"Kita minta mereka menyatakan pendirian apakah mereka merestui perhimpunan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai rancangan penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.


Menurut Reezal Merican, beliau melihat tidak ada mana-mana negara mampu bangkit selepas mengalami proses penggulingan kerajaan sama ada yang pernah berlaku di Mesir atau Libya.
"Oleh itu, apakah penggulingan kerajaan ini merupakan jalan keluar untuk membentuk kerajaan? Mereka seharusnya meletakkan kestabilan sebagai agenda penting untuk kebaikan rakyat bersama," jelasnya.


Wednesday 25 December 2013

TAHNIAH YB SHAM TELAH TERPILIH MENJADI CHAIRMAN ANAK SYARIKAT PKNP













Menerima Kereta Nissan Teana dari CEO PKNP sebagai kenderaan rasmi saya sebagai Chairman Anak Syarikat PKNP terima kasih atas kepercayaan YAB MB Perak.................

Taktik lapuk guna nama rakyat


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyelar tindakan kepemimpinan pembangkang yang menganjurkan himpunan rakyat pada 31 Disember ini dan menyifatkan penganjuran tersebut sebagai taktik lapuk dengan mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Beliau seterusnya menyeru agar kepimpinan pembangkang berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat di negara ini dengan anjuran himpunan yang sedemikian.
"Mereka ini saya lihat cuba membawa masuk budaya asing, budaya luar yang bertentangan dengan budaya kita. Mereka lihat apa yang berlaku di Thailand, Mesir dan banyak lagi negara luar, yang menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan, maka mereka cuba ciplak kaedah tersebut untuk dilaksanakan di negara ini.

"Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi seperti ini. Ini bukan budaya kita. Budaya kita adalah dengan bermuzakarah dan berbincang bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Lagipun, sampai bila kita mahu berdemonstrasi?," tegasnya seperti dilaporkan oleh UMNO-Online.

Sepatutnya ujar beliau, pakatan pembangkang yang mendabik dada mendakwa mereka itulah juara demokrasi perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
"Rakyat telah buat keputusan, maka mereka patut hormati keputusan majoriti rakyat di negara ini. Untuk apa lagi buat demo itu dan ini? Ini memperlihatkan pembangkang langsung tidak menghormati keputusan majoriti rakyat di negara ini.

"Negara kita mengamalkan sistem demokrasi di mana lima tahun sekali, rakyat akan memilih dan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara ini, dan keputusan itu telah pun dibuat. Sistem pemilihan pemimpin di negara kita adalah berdasarkan sistem pilihan raya, dan bukannya sistem di jalan raya," ujarnya.

Justeru beliau berpendapat, sepatutnya kepemimpinan pembangkang mencari jalan yang lebih baik untuk memberikan pandangan dan pendapat, bukannya dengan cara menghasut rakyat ke jalan raya.
"Jangan kata kerajaan tidak mendengar suara pembangkang. Contohnya dalam penggunaan dakwat kekal yang didesak oleh pembangkang, kerajaan dengar dan laksanakan. Begitu juga dengan beberapa perkara lain lagi.

himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang ini memperlihatkan sikap mereka yang rakuskan kuasa, dengki, khianat serta tidak mempedulikan nasib dan suara majoriti rakyat di negara ini.
"Majoriti rakyat di negara ini mahukan perpaduan dan bukannya perpecahan serta huru-hara. Tetapi kepimpinan pembangkang tidak peduli hasrat dan aspirasi rakyat terbanyak kerana apa yang penting, matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan, dan dengan itu kuasa akan berpindah ke tangan mereka tercapai," jelasnya.


Sumbangan dari umno bagan serai dan parit buntar kepada anak yatim yang hidup dalam kesusahan



Melawat seorang pelajar jugak anak yatim yg tinggal dalam serba kekurangan dikunjungi oleh saudara YBhg mua'amar ghadafi Datuk Wira Jamal Jamaluddin Ketua Pemuda Bhg Parit Buntar serta jawatan kuasanya menghulur bantuan sebagai tanda simpati .. terima kasih kpd Beliau kalah bukan bererti tinggal tanggungjawab tp yg menang hilang x kemana,dan terima kasih juga daripada yb sham kerana memberi pertolongan sama........

harap adik ini dapat belajar dengan baik bila tiba buka sekolah nanti,kalah menang bukan jadi alasan yang penting tanggungjawab kita menolong orang yang betul2 dalam kesusahan.............

BN kekal parti paling popular atasi pembangkang




KUALA LUMPUR 24 Dis. - Barisan Nasional (BN) kekal sebagai parti paling popular di negara ini dan dijangka menang jika pilihan raya umum diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel) pada 6 hingga 8 Disember lalu terhadap 1,676 responden seluruh Semenanjung menyaksikan BN mendapat sokongan sebanyak 32 peratus berbanding pakatan pembangkang, 29 peratus.

Sebanyak 35 peratus kaum Melayu dan 21 peratus kaum Cina didapati menyokong BN manakala 28 peratus kaum Melayu dan 33 peratus kaum Cina menyokong pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, sebanyak enam peratus kaum Melayu dan 10 peratus kaum Cina menyatakan mereka tidak pasti sementara 31 peratus kaum Melayu dan 36 peratus kaum Cina tidak mahu menjawab apabila diajukan perkara tersebut.

Pecahan status mengundi pula menyaksikan 42 peratus daripada pengundi yang telah mengundi lebih dari empat kali pada pilihan raya umum paling ramai menyokong BN dan hanya 26 peratus daripada kumpulan itu mengundi pembangkang.
Kalangan pengundi luar bandar turut menyumbang 37 peratus daripada penyokong BN berbanding pembangkang hanya 29 peratus.

Berhubung kecenderungan responden terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tinjauan menunjukkan Najib jauh lebih popular.
Najib yang juga Pengerusi BN mendapat sokongan 46 peratus berbanding Anwar hanya 32 peratus dengan responden Melayu sebanyak 48 peratus dan Cina 43 peratus.

Pengarah Umcedel, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, perkara tersebut menunjukkan imej Najib dan BN tidak terjejas malah lebih baik berbanding Anwar dan pembangkang pada enam bulan selepas pilihan raya umum lepas.
"Boleh dilihat di sini bahawa orang Melayu masih memegang teguh kepemimpinan BN di negara ini. Mereka terus yakin BN dapat mempertahankan kebajikan kaum dan kesucian agama Islam daripada diganggu-gugat sebarang ancaman.

"Walau bagaimanapun, BN perlu peka mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik kerana ketiga-tiga perkara ini dapat memberi kesan kepada sokongan tersebut," katanya semasa membentangkan tinjauan itu di Universiti Malaya hari ini.

Monday 23 December 2013

Jaga nama baik, imej negara demi kejayaan lebih besar

Najib Tun Razak bersama Datin Seri Rosmah Mansor berdoa selepas melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Mekah, malam semalam. Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi bermula 21 hingga 24 Disember. - BERNAMA

MEKAH 23 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mampu mencapai kejayaan lebih besar jika rakyat yang berada di luar negara atas apa jua urusan sentiasa menjaga nama baik dan imej negara.
Perdana Menteri berkata, cita-cita kerajaan menjadikan Malaysia negara Islam yang berjaya, moden dan progresif tetapi tetap berpaksi kepada syariat Islam, terbukti berjaya dengan penglibatan rakyat di luar negara.
Rakyat Malaysia telah membuktikan kemampuan di luar negara dengan penyertaan mereka dalam projek raksasa seperti projek pembesaran Masjidilharam dan Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait setinggi 602 meter, katanya.

"Oleh itu, jika kita terus bersama-sama dan kekal bermuafakat dan bersatu sebagai umat Islam, sudah pasti akan mencapai kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya semasa bertemu dengan rakyat Malaysia di Restoran Felda D'Saji di sini.

Adalah menjadi harapan beliau, tegasnya, agar rakyat Malaysia yang berada di sini atas urusan perniagaan dan mengerjakan ibadat haji atau umrah supaya menjaga nama baik dan imej negara.
"Mereka (warga Arab Saudi) di sini meletakkan kita di tangga (kedudukan) yang begitu tinggi dari segi pandangan mereka terhadap kita dan sebut sahaja nama Malaysia, kita dapat lihat mereka menyambut kehadiran kita dengan baik," kata Najib.

Beliau berkata mereka (Arab Saudi) begitu senang hati menerima rakyat Malaysia sebab imej yang dipamerkan rakyat yang menghormati undang-undang dan peraturan negara mereka selain hubungan antara rakyat dengan rakyat
.
Najib berkata mereka melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya.
"Oleh itu, saya harap bawa diri dengan baik dan jangan buat angkara membuatkan mereka tidak senang terhadap Malaysia dan boleh merosakkan nama baik negara pada pandangan mereka.

"Dalam mencari rezeki, belajar atau mengerjakan ibadat haji tunjukkanlah pembawaan diri yang baik dan jadikan mereka sebagai sahabat dan saudara kita dan dengan ini ia dapat memudahkan urusan pada masa akan datang," kata Perdana Menteri. - BERNAMA.


Jangan hasut anak muda ke perhimpunan 31 Disember

Haizee Mohd. Salleh (depan, empat dari kanan) bersama wakil dari tujuh pertubuhan bukan kerajaan Klang selepas membuat laporan polis terhadap penganjur Himpunan Guling Kerajaan di IPD Klang Selatan, semalam.

SHAH ALAM 23 Dis. - Golongan muda disaran menghindarkan diri daripada menyertai Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini sebagaimana yang dipaparkan di dalam laman web dan blog tertentu.
Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Klang, Haizee Mohd. Salleh berkata, banyak lagi program berfaedah yang boleh dilakukan pada hari tersebut berbanding menyertai program yang boleh memudaratkan mereka.
"Anak-anak muda khususnya di Klang dan di negara ini jangan libatkan diri dengan aktiviti yang boleh menimbulkan suasana yang boleh memporak perandakan negara ini.

"Kita perlu memelihara keharmonian negara dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bersama tujuhpertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Belia 4B, Muhammad Ali Zakariah dan 30 orang wakil Kelab Belia Tamil, Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja, UMNO Taman Desa Utama, Persatuan Penduduk Pangsapuri Klang Jaya, Persatuan Pengakap Klang dan UMNO cawangan Teluk Menegun.

Muhammad Ali pula berkata, sepatutnya pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan saluran yang tepat untuk menyampaikan rasa hati bukannya memilih untuk menimbulkan huru-hara di jalanan.

"Kita ada saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap sebarang masalah tidak kira isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), isu kenaikan tol dan tarif elektrik.

"Langkah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati ialah dengan menyuarakan pandangan kepada kementerian dan syarikat terlibat, mengapa orang lain termasuk golongan muda turut dibabit sama," katanya.

Kesemua NGO yang membuat laporan polis tersebut melaungkan sokongan kepada keamanan dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pemimpin yang dipilih secara demokrasi.


Sunday 22 December 2013

PERJUMPAAN DENGAN KETUA-KETUA KAMPUNG BAHAGIAN PARLIMEN BAGAN SERAI




Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua kampung bahagian bagan serai baru-baru ini menunjukkan komitmen bahawa Yb sham seorang pemimpin berjiwa rakyat.Semua ketua kampung dalam perjumpaan itu hadir untuk menyelesaikan masalah yang berlaku kepada setiap-setiap kampung di bahagian bagan serai.

Yb sham berkata dalam mesyuarat itu menegaskan kepada setiap ketua kampung supaya apa-apa masalah yang berlaku di setiap kampung harus di beritahu kepada Saya atau pusat khidmat saya supaya masalah rakyat dapat di atasi dengan segera.

Saya berharap ketua-ketua kampung harus amik peranan penting kepada penduduk di kawasan masing-masing agar kebajikan rakyat dan masalah yang berlaku di kawasan bagan serai mahupun dun alor pongsu dapat di atasi segera.

Pemimpin seperti yb sham ini memang seorang yang sangat prihatin dengan rakyat,ini menunjukkan beliau sangat sayangkan rakyat di kawasan bahagian bagan serai mahupun alor pongsu......

hidup yb sham,pemimpin berjiwa rakyat........................


Masih tidak endah larangan

Majlis keagamaan bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah pada tulisan latar belakang pentas dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Klang, semalam.

KLANG. - Larangan penggunaan kalimah Allah kepada penganut bukan Islam dilihat seolah-olah masih tidak diendahkan oleh pihak tertentu apabila sebuah badan keagamaan bukan Islam dikesan menggunakan kalimah itu dalam penganjuran majlis keagamaan mereka di sebuah hotel di sini hari ini.

Dalam majlis tertutup yang dihadiri kira-kira 200 orang itu, penganjur meletakkan kalimah tersebut pada latar belakang pentas di dalam sebuah dewan hotel berkenaan yang tertera dengan perkataan International Full Gospel Fellowship Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, 'Dari dalam gelap akan terbit terang'.
Bagaimanapun tinjauan ke atas hotel berkenaan, mendapati penganjur meletakkan notis berbeza di luar dewan berkenaan yang tertera sebagai satu sambutan perayaan anjuran sebuah pertubuhan agama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Selangor dan Nilai.

Selain ucapan, majlis keagamaan itu yang berlangsung kira-kira pukul 1 petang hingga 6 petang difahamkan turut diselitkan dengan nyanyian-nyanyian berunsurkan memuji agama bukan Islam termasuk menyebut kalimah Allah di dalam liriknya.

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi negeri Selangor adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi satu titah khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais pada 14 November lalu menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Menurut baginda, enakmen tersebut adalah terpakai kepada semua rakyat Selangor sama ada mereka beragama Islam atau bukan Islam.




Saturday 21 December 2013

YB SHAM MERASMIKAN TOURNEMENT BOLING ANJURAN PUSPANITA



Yb Sham merasmikan Tournement boling anjuran puspanita baru-baru ini,Ini menunjukkan aktiviti-aktiviti ini harus di banyakkan supaya Yb dengan persatuan atau rakyat akan lebih dekat bersama supaya mengiratkan silaturrahim di antara pemimpin dengan rakyat.

Hal ini menujukkan yb sham seorang pemimpin berjiwa rakyat serta menyokong apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh persatuan serta Program bersama rakyat.Sudah lama program-program macam  ini di lakukan cuma setengah pihak asyik memburukkan beliau,tapi beliau tetap sabar dan tidak peduli apa kata orang.

Kalau yb sham bukan pemimpin berjiwa rakyat manakan boleh memenangi di dun alor pongsu selama tiga penggal.Oleh itu,apa program yang di lakukan oleh yb adalah semua untuk rakyat dan beliau boleh memimpin serta menjaga kebajikan rakyat di kawasan alor pongsu mahupun bagan serai.

Apa-apapun Yb sham memang pemimpin berjiwa rakyat la,teruskan usaha anda yb,kami di belakang tetap menyokong apa-apa perjuangan yb bagi memastikan rakyat di kawasan alor pongsu terbela dan terjamin................

Dakwa ditawar RM300,000


KUALA LUMPUR - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Yuktes Vijay mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM300,000 agar tidak membantu peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dakwanya, tawaran tersebut dibuat melalui orang tengah di tempat letak kereta di Kelab Selangor, dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan pihak tertentu jika beliau membantu Muhammad Shafee berikutan banyak maklumat sulit pasukan peguam bela Anwar masih dalam pengetahuannya.
Yakin dengan pendedahan itu, Yuktes menerusi kenyataannya di portal http://www.anwaraidc.com dengan tajuk 'Pendedahan Eksklusif: Anwar Ibrahim & Kes Liwat II-Yuktes Vijay' mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Pada masa yang sama beliau juga mendakwa hubungan antara Anwar dengan bekas peguam belanya, Sankara Nair, kini sedang berdepan dengan masalah menyebabkan peguam terkenal itu tidak mewakili Ketua 
Pembangkang tersebut dalam kes rayuan liwat kali ini.

"Saya kesal, hubungan dengan manusia baik seperti Sankara yang putus. Mengapa? Kenapa? Apa dah jadi adalah cerita untuk hari lain. (Namun) Dengar khabar juga Anwar dalam proses memujuk Sankara," dakwanya sebagaimana dipetik dari anwaraidc.com hari ini.

Dalam pada itu, Yuktes memberitahu pasukan pendakwaan dalam kes rayuan liwat kali ini mempunyai sembilan asas yang cukup kukuh menyebabkan Anwar dan pasukan peguam belanya cuba melengah-l
lengahkan kes dengan cara mahu menggugurkan Muhammad Shafee.

Katanya, sembilan asas itu yang menggusarkan Anwar serta pasukan peguam belanya dan adalah tidak benar, dakwaan mengatakan Ketua Pembangkang tersebut kononnya takut dengan kehebatan Muhammad Shafee kerana beliau tidak pernah kalah kepada peguam berkenaan.

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


Walaupun sibuk dengan kerja dan program lain,Yb sham sempat menghadiri perkahwinan pengantin di kawasan beliau.Ini menunjukkan Yb sham seorang yang pemimpin berjiwa rakyat.

Bukan di lantik sebagai Yb atas nama sahaja tapi menunjukkan beliau pemimpin yang peramah serta berjiwa rakyat.Di samping itu juga turut kelihatan saudara Muammar Ghadafi serta ahli-ahli umno Bagan serai dan umno parit buntar.

Jika pemimpin yang baik serta peramah maka anak buah juga mengikut jejak yb turun padang serta mendekati dengan lebih dekar bersama rakyat.

Pemimpin macam inilah yang kita mahukan berjuang untuk rakyat serta kebajikan untuk rakyat.Pasti pilihanraya akan datang barisan nasional akan memenangi lagi di kawasan alor pongsu.

Apa-apapun Yb sham memang seorang pemimpin berjiwa rakyat,kami penduduk alor pongsu terus menyokong umno serta barisan nasional................

Hidup yb sham sempoi la................

Thursday 19 December 2013

SYABAS DAN TAHNIAH DARI YB SHAM KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PMR


Tahniah dan Syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR,Semoga Keputusan cemerlang ini Berkekalan sampai peperiksaan SPM yang akan datang......

Pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di negeri ini mencatatkan keputusan terbaik dalam tempoh tiga tahun apabila 3,200 calon atau 8.37 peratus daripada 38,872 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Ini menunjukkan Anak perak semuanya bijak dan cemerlang,Dengan adanya Bantuan Dari kerajaan pelajar-pelajar yang cemerlang akan terpilihara dan di beri kemudahan yang lebih bagus,kepada yang tidak cemerlang jangan putus asa buktikan dalam peperiksaan SPM akan datang...

Yang penting rajin belajar pasti dapat imbuhanya..............

Tahan pihak rancang himpunan




KUALA LUMPUR .- Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini yang dipercayai didalangi pihak pembangkang perlu digagalkan dengan tindakan keras oleh pihak berkuasa kerana demonstrasi tersebut bertujuan mencetus huru-hara.
Sehubungan itu, beberapa Ahli Dewan Negara hari ini mendesak polis segera menahan pihak yang merancang himpunan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Senator Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, niat penganjuran himpunan tersebut sudah jelas iaitu mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui jalanan selepas beberapa percubaan terdahulu melalui demonstrasi Bersih gagal .

“Niat mereka yang terlibat menganjurkan demonstrasi ini jelas dan kita tidak mahu rakyat resah. Pihak berkuasa kena gagalkan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) SOSMA 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memandang serius tindakan pihak yang mengedarkan poster mengajak orang ramai mengguling kerajaan pada 31 Disember ini dan akan menyiasat perkara itu di bawah SOSMA.

Dalam pada itu, gesaan serupa turut disuarakan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin kerana jelas beliau, demonstrasi jalanan tidak boleh dibiar berkembang di negara ini kerana budaya itu bertentangan dengan tata cara tempatan.
“Kita pun boleh buat demonstrasi tetapi ini bukan cara kita. Cara kita melalui peti undi, tunggulah empat tahun lagi. Kita di dewan ini bercakap soal pembinaan jati diri masyarakat tetapi parti politik tertentu bertindak menghancurkannya.

“Jadi, saya ingin mendesak Menteri Dalam Negeri dan pihak berkuasa bertindak secara keras bagi memastikan himpunan itu tidak menjadi kenyataan kerana apa yang penting ialah ketenteraman awam, bukannya individu tertentu," katanya.
Sebelum itu, Senator Norliza Abdul Rahim dan Senator Lim Nget Yoon dalam celahan mereka mempersoal apakah kerajaan terlalu baik hati dengan tindakan pembangkang walaupun objektif mereka mahu mencetuskan huru-hara seperti di Thailand.
Tidak selesa dengan pendedahan yang mengaitkan pihak pembangkang di sebalik himpunan tersebut, Senator Saiful Izham Ramli bangkit bertanya, daripada mana sumber yang dirujuk beberapa Ahli Dewan Negara untuk membuat dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun persoalan itu segera dijawab Yahaya apabila beliau berkata: “Dalam insiden-insiden lepas pun tiada pemimpin pembangkang mengaku mahu mencetuskan huru-hara tetapi apabila sampai waktunya, dalang sebenar itu muncul".


Wednesday 18 December 2013

Keputusan PMR: 3,200 calon dapat semua A di Perak




IPOH 19 Dis. - Pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di negeri ini mencatatkan keputusan terbaik dalam tempoh tiga tahun apabila 3,200 calon atau 8.37 peratus daripada 38,872 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Perak, Muhamat Roli Hassan berkata, keputusan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN) daripada 2.73 mata pada 2012 ke 2.69 mata tahun ini.
Menurut Muhamat Roli, bilangan calon yang mendapat semua E (gagal) pula meningkat daripada 47 orang atau 0.12 peratus pada tahun lalu kepada 53 calon atau 0.14 peratus tahun ini.
"Tahun ini turut menyaksikan pencapaian calon bandar dan luar bandar semakin baik dengan memperoleh gred purata masing-masing 2.58 mata dan 2.82 mata

"Begitu juga dari segi mata pelajaran apabila 10 daripada 15 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal dan KHB Pertanian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar pengumuman keputusan PMR 2013 di Jabatan Pendidikan Perak di sini hari ini.

Katanya, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) muncul sekolah terbaik negeri ini apabila 103 daripada 114 calonnya memperoleh semua A dan diikuti Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Menengah Sains Tapah dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. 


Makan Tengah Hari Bersama Ahli Umno Bagan Serai Dan Parit Buntar



Yb sham baru selesai perjumpaan umno bahagian bagan serai dan parit buntar bagi menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang berlaku di bahagian bagan serai dan parit buntar.Turut kelihatan Ketua Umno bahagian Parit buntar pun ada.

Tujuan perjumpaan adalah untuk mengetahui masalah-masalah rakyat yang berlaku di kawasan masing-masing supaya rakyat dapat pertolongan dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Ini menunjukkan bahawa Yb sham seorang adun yang berjiwa rakyat walaupun sibuk tapi sempat berjumpa dengan umno bahagian parit buntar bagi menyelesaikan masalah yang berlaku...

Wakil rakyat macam inilah kita harus sokong bukan dilantik atas kepentingan tapi di lantik sebagai khalifah serta pemimpin membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan.....

Kita lihat wakil rakyat pembakang ada ke turun padang dan selesaikan masalah rakyat,tiada langsung semua dilantik cuma ingin nama dan elaun sebagai yb,mereka cuma pandai cakap je tapi kerja langsung tak buat...

saya cakap bukan hendak nak kutuk pembakang,tapi diri sendiri kenalah menilai mana pemimpin berjiwa rakyat atau pemimpin makan duit rakyat......

jadi pilihan di tangan anda,masa depan di tangan anda juga ok............

Saya sokong Yang mana tolong saya dari kecil sampai saya besar iaitu Barisan nasional tanpa dorang kita tak akan dapat kemudahan yang baik dan sempurna..........

Yb sham tetap sempoi.................

Dasar populis pembangkang helah tutup kelemahan

Mohamad Ezam, Tan Chew Wah
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan negeri pakatan pembangkang hanya menggunakan dasar-dasar populis untuk menutup kegagalan mereka menyelesaikan masalah rakyat.
Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, dasar-dasar populis yang diamalkan pakatan pembangkang juga hanya untuk meraih undi daripada rakyat secara murahan.
“Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang berupaya membentuk satu dasar yang benar-benar memberi manfaat dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentu tidak akan membiarkan dasar populis menjadi asas utama kepada kerajaan kerana hal itu tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang menegur kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu supaya menghentikan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka.
Chang Khim berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu berpandangan jauh mengenai kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.
Sementara itu, Ezam berkata, dasar populis pakatan pembangkang tidak mengejutkan kerana itu adalah gaya politik mentor mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar hanya pandai memperkenalkan dasar populis untuk kekal menjadi pemimpin. Malah, apakah dasar yang dilaksanakan Anwar sewaktu menjadi Menteri Kabinet dahulu yang telah memberi manfaat kepada rakyat pada hari ini.
“Pemimpin-pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang lain juga tidak berupaya untuk membentuk dasar yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka terikut dengan telunjuk Anwar," jelasnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha DAP Cawangan Kampung Baru Balakong, Tan Chew Wah mempersoalkan mengapa pemimpin pakatan pembangkang Selangor mahu menarik balik dasar yang diamalkan selama ini.
“Kerajaan Selangor mempunyai banyak wang dan sering memperjuangkan isu populis seperti pemansuhan caj tol dan sebagainya.
“Ini semua mungkin disebabkan mereka mahu mencari publisiti sama seperti isu cukai pintu, apabila mereka cuba bantah bagi melihat sama ada mendapat sokongan atau tidak," tegasnya.

Tuesday 17 December 2013

JOM SEMUA MEMANCING BERSAMA RAKYAT ANJURAN UMNO BAHAGIAN SERAI DAN KRISBES


Jom semua mai memancing anjuran umno bahagian serai dan krisbes di simpang 3 selinsing pada 25 disember ini.Pendaftaran cuma RM10 untuk 1 joran manakala pelajar upsr 5A percuma....
inilah masanya warga alor pongsu serta bagan serai tunjuk skill dan cara memancing dengan hebat...

Program ini akan di rasmikan oleh Yb sham adun alor pongsu merangkap Ketua umno Bahagian Bagan Serai,inilah peluang rakyat untuk mendekati dengan ybsham yang berkjiwa rakyat.

Hadiah yang akan diberi kepada pemenang agak lumayan dan terbaik la,Jom semua datang ke pertandingan memancing dan memenangi hadiah-hadiah yang telah tersedia,mana tahu rezeki kalau menang kan..

Apa-apa pun terima kasih kepada yb sham kerana membuat program sebegini untuk mendekati lagi wakil rakyat dan penduduk di kawasan bagan serai serta alor pongsu............
apa2 pun yb sham terbaikla..............




































Saidatul Badru: Perjuangan PKR itu 'sampah'




KUALA LUMPUR 13 Dis. - Perjuangan yang menyimpang daripada aspirasi kaum dan agama yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya adalah 'sampah' daripada perspektif orang Melayu serta bumiputera di Sabah.
Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said berkata, rakyat dari Negeri di Bawah Bayu itu semakin sedar bahawa parti berkenaan tidak mampu mengangkat kebajikan mereka lalu kembali menyokong UMNO.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyifatkan pemimpin-pemimpin PKR negeri itu yang keluar parti sebagai 'kotoran parti' hanyalah untuk menyedapkan hatinya sendiri.
"Rafizi tidak perlu bongkak menggelar yang keluar parti macam-macam. Dia perlu bertanya kepada diri sendiri apakah dia yang sebenarnya sampah atau kekotoran kerana sehingga kini masih kekal dalam parti ketika orang lain sudah meninggalkannya.

"Siapa budak mentah Rafizi ini? Kami yang mempelopori PKR suatu ketika dahulu dan kami tahu betapa tersasarnya parti itu, Rafizi ini entah siapa tiba-tiba cakap begini. Apa yang dia tahu pasal perjuangan?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menghina mereka yang meninggalkan PKR sebagai kotoran atau tidak ubah seperti najis seperti dipetik dalam portal Malaysia Today yang antara lain menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.
Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti itu ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna)

Mengulas lanjut, Saidatul Badru yang juga Yang Dipertua Persatuan Anak-anak Negeri Sabah (Perasa) Kuala Lumpur menjelaskan, Rafizi yang belum matang dalam selok belok politik di Sabah serta di seluruh negara perlu mencerminkan diri dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Tidak sedarkah Rafizi dan pemimpin PKR lain bahawa mereka yang keluar parti bukan dipecat, kami keluar kerana berasakan perjuangannya sudah menyimpang serta tidak menguntungkan kaum Melayu dan bumiputera di negara ini," katanya.

Perkara sama ditekankan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang menyifatkan Rafizi sebagai seorang budak hingusan dan masih bertatih semasa beliau dan pelopor-pelopor PKR yang lain berjuang lebih sedekad lalu.
"Rafizi jangan celupar, kami bekas pemimpin PKR keluar atas prinsip masing-masing. Siapa dia mahu cakap orang lain sampah atau kotoran sedangkan kita telah melalui rintangan sebelum ini?" soalnya.

Sunday 15 December 2013

Pengamal Syiah dikesan di utara Perak - JAIPk






IPOH 15 Dis. - Kawasan utara Perak khususnya Taiping, Kamunting dan Bagan Serai dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi pengamal Syiah di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti pengamal Syiah di kawasan tersebut setelah mereka membuat akuan bersumpah telah mengamalkan fahaman tersebut beberapa bulan lepas.

"Dalam isu menangani ajaran Syiah ini, JAIPk lebih ke hadapan apabila bertindak segera dengan menangkap enam orang pengamal fahaman tersebut di kawasan utara Perak pada Ogos dan September lalu.
"Kesemua yang ditangkap telah pun didakwa di mahkamah dan kes tersebut masih berjalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Memetik laporan Mingguan Malaysia hari ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor.

Mohd. Yusop berkata, pihaknya sedang membuat pemantauan di seluruh negeri ini bagi mengesan pengamal ajaran Syiah dan akan terus mengambil tindakan sekiranya mendapat maklumat.
Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai statistik bilangan pengamal Syiah di negeri ini dan tidak tahu bagaimana Jakim boleh mengenal pasti terdapat 1,500 pengikut ajaran tersebut di negara ini.

"Pengikut fahaman Syiah ini sukar dikesan kerana mereka suka bertaqiyyah atau berpura-pura sehingga kita tidak dapat mengesan amalan mereka ini. Mereka juga tidak ada pertubuhan berdaftar.
"Kita pun tidak tahu di mana pusat mereka ini berkumpul. Kita dapat tangkap enam orang sebelum ini pun kerana mereka membuat akuan bersumpah mengaku sebagai pengamal ajaran itu," katanya.

Mohd. Yusop memberitahu, bagi mengekang ajaran Syiah di negeri ini, JAIPk telah melaksanakan sebanyak 20 program penerangan khususnya dalam kalangan penjawat awam, sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negeri ini mengenai bahaya fahaman Syiah.