YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 12 December 2013

Najib mahu Majlis Tertinggi kaji semula syarat pemilihan parti




KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau secara peribadi menganggap syarat pemilihan parti terlalu longgar tetapi menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk mengkajinya semula dengan turut meminta pendapat bahagian.

Menyifatkan prinsip pemilihan itu baik untuk parti, Presiden UMNO itu bagaimanapun tidak mahu prosesnya 'terlalu ketat atau terlalu longgar' pula.

"Saya fikir (pertandingan) jawatan Ketua Bahagian juga terlalu longgar, orang mudah sangat (mencabarnya).
"Kalau dia serius tak apa tetapi kalau orang kata maaf cakap orang 'putus wayar' pun nak lawan susah juga.
"Silap-silap orang 'putus wayar jadi presiden parti susah juga. Ada juga orang fikir begitu nak cari glamour lawanlah presiden. Presiden pula kena turun bawah diperkenalkan kepada perwakilan, dah sah malu juga. Digode-godenya.

"Inilah kita tahu 3.4 juta (ahli UMNO) ini, macam-macam manusia ada dalam parti kita ini," kata beliau ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pemilihan UMNO melibatkan perebutan jawatan peringkat sayap berlangsung 10 Oktober lalu manakala bahagian-bahagian dan MT termasuk Naib Presiden 19 Oktober.
Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penggulungannya meminta semua badan perhubungan UMNO negeri mengemukakan cadangan penambahbaikan proses pemilihan parti yang sebelum ini mendapat rungutan banyak pihak, kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pemilihan Parti yang diketuai beliau sendiri.

"Badan perhubungan UMNO negeri-negeri boleh meneliti perkara-perkara berkaitan dengan proses pemilihan tersebut termasuk aspek pentadbiran, sistem yang telah diguna pakai, syarat-syarat kelayakan ahli bertanding dan sebagainya untuk diperhalusi jawatankuasa itu.
"Oleh sebab kita mempunyai banyak masa, maka saya kira sudah sampai waktu bila selesai sahaja pihak negeri mengadakan mesyuarat dan berbincang serta mengemukakan perakuan ini kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pemilihan,'' katanya.


No comments:

Post a Comment