YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Thursday 19 December 2013

Tahan pihak rancang himpunan




KUALA LUMPUR .- Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini yang dipercayai didalangi pihak pembangkang perlu digagalkan dengan tindakan keras oleh pihak berkuasa kerana demonstrasi tersebut bertujuan mencetus huru-hara.
Sehubungan itu, beberapa Ahli Dewan Negara hari ini mendesak polis segera menahan pihak yang merancang himpunan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Senator Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, niat penganjuran himpunan tersebut sudah jelas iaitu mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui jalanan selepas beberapa percubaan terdahulu melalui demonstrasi Bersih gagal .

“Niat mereka yang terlibat menganjurkan demonstrasi ini jelas dan kita tidak mahu rakyat resah. Pihak berkuasa kena gagalkan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) SOSMA 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memandang serius tindakan pihak yang mengedarkan poster mengajak orang ramai mengguling kerajaan pada 31 Disember ini dan akan menyiasat perkara itu di bawah SOSMA.

Dalam pada itu, gesaan serupa turut disuarakan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin kerana jelas beliau, demonstrasi jalanan tidak boleh dibiar berkembang di negara ini kerana budaya itu bertentangan dengan tata cara tempatan.
“Kita pun boleh buat demonstrasi tetapi ini bukan cara kita. Cara kita melalui peti undi, tunggulah empat tahun lagi. Kita di dewan ini bercakap soal pembinaan jati diri masyarakat tetapi parti politik tertentu bertindak menghancurkannya.

“Jadi, saya ingin mendesak Menteri Dalam Negeri dan pihak berkuasa bertindak secara keras bagi memastikan himpunan itu tidak menjadi kenyataan kerana apa yang penting ialah ketenteraman awam, bukannya individu tertentu," katanya.
Sebelum itu, Senator Norliza Abdul Rahim dan Senator Lim Nget Yoon dalam celahan mereka mempersoal apakah kerajaan terlalu baik hati dengan tindakan pembangkang walaupun objektif mereka mahu mencetuskan huru-hara seperti di Thailand.
Tidak selesa dengan pendedahan yang mengaitkan pihak pembangkang di sebalik himpunan tersebut, Senator Saiful Izham Ramli bangkit bertanya, daripada mana sumber yang dirujuk beberapa Ahli Dewan Negara untuk membuat dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun persoalan itu segera dijawab Yahaya apabila beliau berkata: “Dalam insiden-insiden lepas pun tiada pemimpin pembangkang mengaku mahu mencetuskan huru-hara tetapi apabila sampai waktunya, dalang sebenar itu muncul".


No comments:

Post a Comment