YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

YB Sham Adun Yang Berjiwa Rakyat

Wednesday 11 December 2013

Perjuangan UMNO demi Islam semakin terserlah



Screen Shot 2013-11-30 at 5.16.31 PM





























KUALA LUMPUR  - Langkah UMNO meninggikan syiar dan syariat Islam berasaskan pegangan Ahli 
Sunnah Wal Jamaah merupakan kesinambungan usaha parti itu sebelum ini yang tidak dilihat banyak 
pihak.


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, umat Islam selama ini tidak melihat 'rupa' sebenar UMNO dalam memperjuangkan Islam kerana terlalu percaya usaha itu hanya dibuat parti politik pembangkang yang berwajahkan Islam.

Namun, katanya, perjuangan itu semakin terserlah kebelakangan ini lebih-lebih lagi ketika Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesungguhan kerajaan mempertahan kemuliaan dan kesucian agama Islam dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang berakhir semalam.

"Saya sangat bersetuju supaya Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan atau meletakkan perkataan Islam agama Persekutuan berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana banyak pihak mempunyai interpretasi berlainan mengenai Islam.

"Cuma UMNO perlu memastikan program yang dilaksana parti itu berdasarkan konsep dan doktrin Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana, yang mana ulama-ulama di Malaysia sudah mencukupi untuk memberi input mengenai erti Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada perspektif arus perdana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan penggulungan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam yang menegaskan, parti itu akan meminda fasal 3 dalam Perlembagaan UMNO yang mana bukan lagi disebut Islam agama Persekutuan tetapi Islam agama persekutuan berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Najib, langkah itu adalah usaha awal yang dilakukan di peringkat UMNO sebelum pergi lebih jauh dengan mentakrif Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah memandangkan memerlukan persetujuan dua pertiga di Parlimen serta sokongan Majlis Raja-raja.

Menurut Ismail Mina, UMNO boleh memanfaatkan tokoh-tokoh guru pondok, ahli akademik dan para ilmuwan Islam di pusat pengajian tinggi selain intelektual Islam yang peranan mereka sebelum ini dilihat tidak dimanfaat secara optimum.

Tambah beliau, golongan itu boleh memberi huraian lebih terperinci berhubung takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan dan asas utama Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment